🌺 - Bab 19

419 33 2
                                    

Mereka bangun awal pada pagi ini untuk tunaikan rancangan mereka. Semalam mereka sempat singgah kedai untuk beli gam yang sebotol besar.

Yang menyakitkan hati, si penjaga kaunter tu boleh buat muka busuk dengan diorang. Diorang pun tak suka lah bau tu, busuk gila.

Sebaik sahaja mereka tiba di luar dewan, mereka memandang kiri kanan, kut kut ada orang. Line clear barulah mereka masuk ke dalam dewan itu.

Kelihatan mereka adalah orang pertama. yang datang awal. Selalunya, kelas dah start baru nampak batang hidung diorang ni, Emylia berjalan ke arah meja pensyarah.

Kaisara dan Emysha menjaga pintu, mereka takut juga kalau ada yang masuk tiba tiba.

Emylia dan Danisya tuang gam jernih itu di atas kerusi dan meja dengan banyak. Baru padan muka dengan Daniel tu, biar satu badan penuh dengan gam, tuang banyak-banyak lambat kering.

Ikutkan nak sahaja mereka bubuh gam gajah tetapi mereka masih berhati mulia, takut mereka bubuh gam gajah, Daniel bangun dari duduk je seluar terus terkoyak.

Apabila satu meja dan kerusi telah disapu gam dengan rata, mereka terus pergi dari situ dengan wajah yang tenang. Kalau nak buat jahat jangan takut, kalau takut tak payah buat.

Mereka lepak didalam kereta sehingga pukul 9 lebih. Itu adalah waktu yang sepatutnya masa mereka akan masuk dewan.

Mereka berlari untuk sampai ke dewan sebab tak sabar nak tengok drama. Sebaik sahaja mereka tiba di sana, kelihatan Daniel masih lagi belum masuk, lambat betul dia masuk, kering juga kan gam tu.

Amymas berwajah seperti biasa, dan seperti biasa juga, kehadiran mereka yang lewat itu akan mengambil tumpuan pelajar lain. Orang pandang mereka hal biasa, sapa yang tak kenal Amymas termasuklah Lucky Girls.

"Lambat datang" tegur pelajar lain.

"Suka hati aku lah nak datang awal ke lambat" balas Danisya kasar.

"Tanya je pun, sombong betul" rungut pelajar itu.

"Kami bangun lewat tadi" balas Kaisara senyum, Kaisara suka senyum. Kalau pelajar lain tanya dia akan jawab sambil senyum.

"Ouh.. bangun lewat lagi?" Pelajar itu sangat faham dengan perangai Amymas termasuk Lucky Girls. Dia membalas senyuman Kaisara.

"Kenapa pakcik Daniel tu tak masuk lagi?" Tanya Emysha kepada Kaisara.

"Mana aku tahu" balas Kaisara, dia memandang pelajar tadi.

"Wey.. kenapa pakcik Daniel tu tak masuk lagi?" Tanya Kaisara lagi.

"Aku taktahu lah. Kenapa kau tanya? Kau dengan Encik Daniel tu gaduh eh? Ke ada apa apa? Macam tak sabar je nak tunggu dia masuk" usik pelajar itu.

"Eh? Emm.. tak adalah. Dia bukan main marah kitorang masuk lambat tapi dia pun sama je. Tak sedar diri" Kaisara menyembunyikan rasa excited dia ingin melihat Daniel kena gam.

"Tak baik kau cakap macam tu"

Suka hati akulah mulut aku balas Kaisara dalam hati tapi masih senyum kepala rakan sebelahnya itu.

15 minit kemudian..

Amymas sangat-sangat bosan, mereka melakukan aktiviti masing-masing seprti Kaisara lena di dalam dewan, Emysha membaca novel, Danisya bermain telefon siap kaki atas meja manakala Emylia tengah main baling-baling kertas dan membuat roket.

Tetiba pintu dewan itu dibuka luas. Mereka semua terus bangun memberi hormat tetapi tidak Amymas, mereka kan tengah bual hal masing-masing. Kaisara yang dengar kerusi berbunyi itu terus angkat kepala.

"Assalammualaikum semua. Hari ini Encik Daniel kena jaga bahagian pengambilan peperiksaan percubaan senior kamu. So, saya kena gantikan dia untuk hari ini"

Amymas memandang satu sama lain. Alamak, lantak kau lah Daniel. Sebaik sahaja mereka kata begitu, mereka lupa akan gam telah mereka letak dekat meja pensyarah itu.

"Boleh saya tahu apa yang Encik Daniel dah ajar dan apa yang dia belum ajar atau awak nak saya berikan masa ni untuk awak semua ulang kaji?"

"Ulang kaji lah, tuan" balas seorang pensyarah tua itu yang bernama Malik.

Lelaki tua itu hanya mengangguk, dia berjalan ke arah meja pensyarah sambil membawak beg kerjanya. Lelaki itu terus lelaki begnya di atas meja, tetapi dia tidak perasan.

Kemudian, dia menarik kerusi itu dan terus duduk. Beberapa saat kemudian, pinggungnya tiba-tiba rasa basah. Dia menyentuh kerusi itu, ada cecair.

Dia memerhatikan, ini gam! Dia terkejut dan terletak tangannya di atas meja dan gam itu telah memenuhi tangannya. Tuan Malim itu cepat-cepat bangun dengan kasar.

Semua pelajar terkejut termasuk Amymas. Mereka memandang pensyarah itu pelik, Amymas tak ingat apa-apa. Pensyarah itu turut memandang pelajar saling berganti.

"Siapa yang letak gam dekat sini?!" Suara dingin pensyarah Malik telah pun muncul, semua terkejut apa yang dikatakan lelaki tu.

Amymas terkejut, baru mereka teringat yang mereka ingin kenakan Daniel tetapi lain pula yang jadi. Mereka pandang satu sama lain, habislah kita!





___________________________________
Jangan lupa vote dan comment ! 😉

Miss TroubleMakersWhere stories live. Discover now