🌺 - Bab 130

186 14 2
                                    


Lucky Girls yang mengintai mereka dari tadi agak terkejut apabila bapak Aminah dengan Saleha sudah pula ke rumah mereka.

Kebetulan tadi bapak mereka hanya lalu sebelah mereka sahaja, lebih kurang 2 meter tetapi Lucky menutup mulut masing-masing kerana tidak mahu mereka dengar manakala bapak mereka pula datang keadaan separuh mabuk dan memang tidak sedar langsung kehadiran Lucky Girls disebelah mereka.

Lucky Girls juga ada terkejut apabila mendengar suara Danisya menengking Aminah dan Saleha dan mereka tidak berapa dengar bulan Amymas bersama keluarga itu. Dengar yang Danisya tengking sahaja.

"Wey.. aku takutlah wey apa yang dah jadi dekat Amymas dari rumah tu!" Kata Sally dengan panik sambil kedua-dua tangannya diletakkan diatas dada, kedua-dua pipinya sendiri ditampar

"Kan.. kan.. dah lah tutup pintu. Entah-entah keluarga diorang tu termasuk diorang sengaja nak tangkap kawan baru kita.." teka Lucy sendiri.

"Jom balik wey.. aku takutlah! Dahlah diorang lalu betul-betul sebelah kita tadi. Nasib baik diorang mabuk and tak sedar kita ada dekat celah pokok depan rumah diorang ni.. kalau tak sekali kita kena heret. Jom lah beb, penakut plus aku ni.." Zatty tidak habis-habis memujuk mereka untuk pula.

"Kita mana boleh biar kawan baru kita! Tak baik, kita kena fikir something ni.." - Lucy

"Baru ke lama ke expired ke apa ke.. aku kisah apa! Daripada membahayakan diri aku baik aku blah, sapa yang tak takut mati!"

Tiba-tiba kepala pantas memandang rumah tersebut apabila mereka terdengar suara Danisya menjerit lagi. Dengar pada suara itu tengah marah dan kedengaran macam menangis.

"Wey! Apa jadi tu wey!" - Zatty

Sally dah terlompat takut

"Call Daniel dengan my baby cepat!" Arah Lucy turut juga terlompat ketakutan.

"Kenapa diorang?" - Sally

"Call jelah!" Lucy dah panik, dia mengundurkan diri beberapa langkah.

Zatty dan Sally pelik

"Kau nak pergi mana beb?"

"Aku nak duduk dalam kereta, lebih selamat. Kalau aku duduk sini entah-entah aku kena cekek dari belakang" beritahu Lucy dan terus dia berlari ke arah kereta mereka yang agak jauh dari situ.

Zatty dan Sally turut mengikut Lucy lari sambil telefon ditelinga mereka. Please angkat Daniel, Faizal. My new friend dalam bahaya ni bisik hati Zatty.

Banyak kali Zatty dan Sally cuba menghubungi mereka berdua tetapi tidak dapat dan panggilan seperti terputus. Sebaik sahaja mereka masuk ke dalam kereta terus kereta dilock.

"Diorang ni baik tak payah ada telefon, call tak reti nak angkat! Butoh sangat aih.." maki Zatty sampai tangan mendail lagi nombor Faizal dan Daniel.

Tetapi tidak dapat juga..

"Macam mana ni.. tak angkat dua-dua ekor.." beritahu Zatty dengan wajah panik, cemas dan lain-lain.

Mereka berfikir sekejap..

"Kau mesej Rayyan. Kawan Daniel tu.." kata Lucy sambil tersenyum.

"Rayyan? Aku mana ada nombor dia beb.." - Zatty

"Ala.. kau ni bodohlah. Kau mesej dia dekat Instagram lah. Dia kan selalu stalk Instagram Kaisara. Confirm hari cuti ni, dia online.." beritahu Lucy dengan terlebih bijak.

"Bijaklah kau ni Lucy.." puji Zatty tanpa sedar ayatnya sendiri.

"Aku memang bijak pun.."

"Nanti aku chat dia, dia tak balas macam mana? Tak mustahil dia ingat aku orang gila pergi mesej dia.." beritahu Zatty.

"Kau sebut nama Kaisara.."

"Kalau dia tanya Kaisara mana?"

"Kau beritahu nama penuh Kaisara termasuk binti sekali. Confirm dia kenal punya.." balas Lucy sambil mengambil keropok yang berada di dalam keretanya.

Sempat lagi makan..

"Aku dengar si Rayyan tu selalu dok stalk Kaisara pun geli aku dibuatnya beb.. tergilakan Kaisara tu ajak jelah nikah.." sempat lagi Sally membebel sorang-sorang.

"Tulah.. ni minat senyap-senyap buat apa. Sekali kantoi dengan Amymas, keluar rumah pun taknak agaknya dia tu" perli Lucy

"Bila dengar cerita yang Amymas pergi rumah Daniel, musnahkan barang dia dengan Rayyan tu aku tak boleh blah betul lagi. Tak manarik.. bagi hancurkan rumah tu terus.." Sally ketawa sambil berkongsi keropok yang ada ditangan Lucy.

"Betul! Diorang tu orang baru nak up.. sebab tulah tak berfikir menakjudkan.." perli Lucy, dia juga ketawa dengan kuat didalam kereta tersebut.

"Amymas asyik marah je sejak semenjak ni kan.. kalau diorang marah tak ada langsung lawak babi yang muncul dari mulut diorangkan?" - Sally

"Diorang tengah marah kan.. kalau aku pun sama. Aku akan cari pembunuh tu tapi aku tak sokong Amymas. Diorang bengong pergi serang orang mabuk.. kalau jadi apa-apa taktahu nak kata, kalau tak jadi apa-apa Alhamdullilah lerr.." - Lucy

Sempat lagi mereka mengutuk. Tiba-tiba mereka teringat sesuatu. Lucy memandang Zatty dan Sally saling berganti.

"MasyaAllah!" Lucy berhenti makan, lalu dia memandang Sally dengan muka yang terkejut.

"Kenapa?" Sally pelik

"Kita kan dah together dengan Amymas! Tak baiklah kita mengutuk diorang wey, jahatnya.." Lucy menutup mulutnya dengan muka yang agak bersalah.

"Tak pe.. diorang tak dengar. Tak berdosa pun" balas Sally selamba, keropok ditangan Lucy dirampas lalu, dia makan dia sorang..

Zatty sibuk mencari Instagram Rayyan di telefonnya. Selepas jumpa Instagramnya terus mesej diklik lalu type meminta tolong.












________________________________
Jangan lupa vote dan comment ! 😉

Miss TroubleMakersWhere stories live. Discover now