🌺 - Bab 88

198 20 0
                                    

Amymas pergi berjalan kaki menuju ke warung Pak Usop. Mereka menyampah apabila kena pergi warung itu kerana ada sekempulan makcik membawang tengah mengumpat waktu-waktu begini.

Mereka hanya masuk dan duduk di meja yang berjauhan dengan makcik bawang itu. Sekumpulan, makcik-makcik itu sedar akan kehadiran Amymas. Mereka terus bergosip.

Yang susah nak terima, mereka seperti sengaja ingin menyakitkan hati Amymas terutamanya Mak Tom. Nak membawang pun, sembang lah slow-slow sikit, ni sampai luar negara boleh dengar suara mereka.

"Hampa tau dak? Anak si Wina owner kilang coklat tu, anak kembar si Ellyna owner butik tu dengan anak Rina owner bakery tu kan? Hampa tau dak.. diorang baru nak balik dekat pangkal jalan!" Dengan degiknya Mak Tom mencerita.

Amymas hanya membuat pekak.

"Hampa tau dak? Aku tanya depa apa yang depa buat kat bandaq tu sampai 7 bulan sampai tak reti nak balik. Hampa tau dak depa jawab apa?" - Mak Tom

"Apa dia?" Soal kawannya.

"Depa kata depa berseronok ngan jantan kaya dekat bandaq tuh!" Jawab Mak Tom sengaja ingin Amymas dengar.

Danisya yang dengar itu ingin pergi serang tetapi ditahan oleh Kaisara, dia taknak bergaduh buat sementara ini kerana mama mereka akan marahkan mereka lagi. Danisya mengeluh geram.

"Kikih duit ka? Depa tu bukan dah kaya ka? Pasal pa nak kena kikih duit orang bandaq tu? Mata duitan ka?" Soal kawannya, bertubi-tubi.

"Ya lah. Hampa kena tahu, bila dah pi bandaq tak reti nak balik kampung tu mesti lah melepak ngan jantan kat bandaq tu. Terutamanya jantan yang kaya, penuh ngan harta sajo!" Balas Mak Tom sambil ketawa.

"Lagi apa yang hang tau pasal depa, Tom? Cita lah kat kami ni. Kami pun nak tau jugak!"

"Lagi? Ha.. ni lah aku nak habaq kat hampa ni. Diorang tu bila dah balik kampung ni, makin biadab. Hampa tau dak depa kata apa dekat aku? Dekat kata pahala aku semua pi tinggalkan aku, dosa is coming" ceria sahaja suara Mak Tom bercerita.

"Dosa is coming? Is coming tu apa, Tom?" Soalnya

"Ish kau ni.. is coming tu kan pergi. Pahala aku pi tinggalkan aku, dosa aku pun pi tinggalkan aku" balas Mak Tom.

"Hang dah tanya anak hang ka?"

"Aku tak tanya pun aku tau apa maksud is coming tu. Is coming tu maksud dia pi.. pi dari sini.. pi jangan datang dekat dengan aku. Tulah hampa, lain kali pi sekolah" perli Mak Tom kepada kawannya.

Amymas menahan ketawa dalam keadaan marah. Mereka tidak memandang makcik bawang itu malah mereka hanya mengoder makanan sahaja selepas Pak Usop mendekati mereka.

"Tom, lagi apa yang hang tau pasal depa dekat bandaq tu? Cita lah dekat kami ni.. kami pun terinngin nak dengar jugak"

"Ni aku serba salah lah nak cita dekat hampa"

"Ala...cita jelah!" -kawannya.

"Okey. Hampa nak dengaq aku cerita kan? Dengaq betul-betul. Depa tu rapat dengan jantan yang ada kat bandaq tu tapi bukan setakat kawan. Entah-entah dah sampai bilik tiduq tah.." perli Mak Tom sambil ketawa seperti pontianak.

Danisya betul-betul hilang sabar. Tak sempat Kaisara menahan, Danisya dengan laju terus melangkah pergi dari situ dan mendekati makcik bawanh tersebut. Emysha, Emylia dan Kaisara itu dari belakang.

"Hoi orang tua! Kau mulut jaga sikit boleh tak?! Tak payahlah asyik nak buat dosa je!" Tengking Danisya dengan kuat, semua terkejut.

"Hampa ni pasal apa?!"

Miss TroubleMakersWhere stories live. Discover now