🌺 - Bab 80

215 19 0
                                    

Mama Amymas akan pulang lagi beberapa hari, sebelum mereka pulang. Mereka ada buat temu janji dengan kawan mereka untuk makan disebuah restoran selepas sekian lamanya tidak berjumpa.

Bukan mereka sahaja yang pergi tetapi mereka membawa anak mereka. Amymas pada mulanya taknak pergi dan rasa tidak penting pun temu janji mama dan kawan mama itu tapi apabila mama menggunakan kuasa veto dia dengan mengugut Amymas tidak sayang akan mama sendiri, jadi mereka terpaksa pergi untuk buktinya yang mereka bukan sahaja sayangkan sahabat tetapi mama yang telah melahirkannya.

Dalam perjalanan, Amymas tidak habis merungut antara satu sama lain. Mama mereka menaiki kereta mereka dan Amymas menaiki kereta mereka. Amymas datang lewat sedikit kereta mereka ingin bersiap.

Darwina, Karina dan Ellyna pun muncul disebuah meja besar yang siap ditempah lebih awal, muat-muat untuk sembilan orang sahaja, dan jumlah mereka cukup-cukup sembilan orang.

Amymas dan Mama mereka sampai dahulu sebelum kawan mereka. Amymas pergi merayau dahulu sebelum kawan mama datang, mereka bosan nak kena duduk dekat sana.

Di dalam tandas...

"Aku tak suka lah bila kita kena pergi makan-makan macam ni! Mama sengaja nak kita gemuk agaknya" rungut Emylia sambil membasuh tangannya.

"Kau gemuk, kitorang tak" balas Emysha selamba, sempat lagi dia menyakitkan hati adiknya sendiri.

"Kau sedar tak kau cakap apa, Sha? Kalau gemuk, kau pun akan gemuk! Kau tahu kan aku tak suka gemuk, kalau kau gemuk pun aku akan berusaha kuruskan kau. Jangan nak jadi macam Tuan Malik tu, buncit!" Balas balik Emylia kepada kakaknya

"Siapa kawan mama tu?" Soal Danisya tiba-tiba

"Kawan tempat kerja dia kut" - Kaisara

"Kawan tempat kerja? Mama kawan dengan pekerja dia sendiri ke? Tak class langsung" perli Danisya selamba.

"Salah ke?" Soal Kaisara semula.

"Tak salah tapi rasa pelik. Pekerja kawan dengan boss, pekerja yang lain nanti kawan mama tu ambil kesempatan dekat mama. Kawan a.k.a taik ayam!" - Danisya

"Kau rasa yang kita nak jumpa ni pekerja mama a.k.a kawan mama ke?" Soal Danisya lagi.

"Manalah aku tahu. Kau tanyalah mama sendiri, aku mana ambil tahu hal mama. Tapi kau tak rasa ke mama dah syak kira ni makin banyak buat masalah?" Soal Kaisara tiba-tiba sahaja.

"Syak kita buat masalah? Memang dari dulu lagikan kita buat masalah macam ni? Apa yang kau nak risaukan, mama pun dah tegur kita banyak kali" beritahu Danisya tanpa rasa takut sangat. Takut sikit tu adalah.

Mereka pun pergi ke arah meja yang telah mama mereka duduk tetapi langkah mereka terhenti apabila ada seorang perempuan dan lelaki duduk bersama mama mereka. Muka tidak kelihatan, kerana Amymas nampak bahagian belakang mereka sahaja.

Amymas tertanya-tanya, siapa itu? Tu ke kawan mama yang mama beritahu? Lelaki tu pula sapa? Mati-mati Amymas ingat anak kawan mama tu perempuan, lantaklah!

Darwina nampak Amymas menuju ke arah mereka, terus dia senyum dan memandang kawannya yang tengah berbual dengan Karina dan Ellyna, Darwina bersuara.

"Diana.. ni lah anak saya" Darwina menunjuk Amymas "Korang kenal tak Aunty Diana? Dulu time kecil-kecil, Aunty Diana selalu bawak korang keluar" beritahu Darwina.

Diana dan Amymas memandang satu sama lain. Alangkah mereka masing-masing terkejut apabila melihat Diana dan anak lelakinya.

Omg! Diana?! Daniel?! Omaigod, diorang kawan kepada mama? Macam mana kitorang boleh tak ingat. Amymas memandang satu sama lain dan menghadiahkan muka terkejut.

Aik? Ni bukan budak yang simbah air dekat Daniel dan perempuan yang meroyan dekat tesco tu ke? Diorang anak Darwina, Ellyna dan Karina? Biar betul?

Daniel terkejut apabila Amymas adalah anak kepada kawan mama dia. Punya lama Daniel dan nama Amymas berbual pasal Amymas. Rupa-Rupanya Danisya, Emysha, Emylia dan Kaisara anak Aunty Wina, Aunty, Lyna dan Aunty Rina? Susah betul nak percaya bisik hati Daniel. Kecil je, dunia ini.

"Sha, Lia, Kai, Nisya apa tunggu lagi? Duduklah" tegur Darwina dalam senyum.

Amymas yang susah nak percaya itu terus duduk apabila Darwina menegur mereka. Duduk pun perlahan-lahan, sopanlah kononnye.

Ni bukan girlfriend tua Daniel ke? Ke mak Daniel? Aduih! Macam mana aku boleh kata girlfriend dia.. tak malu nye aku ni bisik hati Kaisara.

"Hai Aunty.. apa khabar?" Tegur Kaisara senyum.

"Baik.." jawab Diana "Ni kenalkan anak Aunty, Daniel, Muhd Izz Daniel" Diana menunjuk Daniel yang terdiam itu.

Daniel hanya pura-pura senyum dihadapan mereka.

"Daniel kenal kan, diorang ni?" - Diana

"Laa.. kenal ke? Kenapa tak bagitahu mama yang korang kenal Daniel?" Tanya Karina pula sambil memandang mereka saling berganti.

"Kenal mama. Diorang ni lah yang.." ayat terhenti seketika apabila dia nampak Amymas "Diorang lah pelajar kelas Dani" jawab Daniel dengan senyuman.

"Kenal tak kenal je Aunty" jawab Emylia dengan sopan.

Daniel memandang meluat

"Ehh, Lia dah kenapa? Tak pernah-pernah sopan macam ni, selalunya biadab" tegur Ellyna tanpa rasa malu dengan sikap anaknya, dia nampak semua memandangnya terus dia bersuara semula. "Maaf, anak kitorang tak pernah sopan macam ni sebab tu lah saya tegur. Saya pelik" jawab Ellyna kepada Diana

Daniel mendengar itu terus berbisik didalam hatinya, ouh.. Aunty dah kenal perangai diorang rupanya. Patutnya time aku ugut nak report dekat mama diorang, diorang macam tak kisah je.

Mereka melihat ke arah pelayan yang sedang membawa makanan ke arah mereka itu. Amymas hanya memerhati dengan muka yang geli apabila tengok makananan itu. Selesai sahaja dihidangkan, Amymas menunggu sehingga pelayan itu pergi dahulu baru mereka bersuara.

"Mama, what's this?" Soal Emysha dengan muka yang menyampah apabila melihat hidangan itu.

"Kari kepala ikan lah" jawab Ellyna tenang.

Mereka membuat muka meluat dengan mengeluh.

"Mama! I tak makan kari lah"

"Ha?" Ellyna berfikir sejenak "Ouh.. mama lupa lah, korang tak makan kari tapi korang boleh je makan" sambung Ellyna.

"I nak balik!" Emysha mengemas membuat seperti mengambil begnya.

"Ok. Korang oder je lah apa yang korang nak makan. Mama bayar. Janganlah, kitakan meraikan kawan mama ni" Tegur Ellyna.

Daniel membuat muka meluat lagi, mengada! Mereka pun oder makanan yang mereka suka, bukan sikit, bukan sederhana tetapi mereka oder terlalu banyak. Lantaklah, bukan mereka yang kena bayar.












___________________________________
Jangan lupa vote dan comment ! 😉

Miss TroubleMakersWhere stories live. Discover now