Sampai sahaja dihadapan pintu caffe itu. Terus Lucky Girls menepis tangan Emylia, Danisya dengan Kaisara yang menarik tangan mereka dengan kasar dan mata tajam memandang Amymas."Apahal korang ni? Main tarik-tarik pula ah?" Tanya Lucy sedikit bengang.
"Aku nak cantikkan makanan diorang tu pun belum selesai lagi. Kau ingat senang ke aku nak cantikkan makanan tu?" Soal Zatty geram.
"Diorang tu pernah cari pasal dengan kita. Lepastu Daniel tu nak marah-marah kita dulu, padahal bukan kita yang cari pasal. Takkan lah senang-senang je kau nak lepaskan diorang?" Tanya Sally pula.
"Kalau diorang yang cari pasal, diorang yang kena marah tak pe juga. Masalahnya Daniel tu macam menuduh kita yang mulakan dulu. Aku tak boleh lupakan semua musuh aku" Zatty memeluk tubuhnya sambil menjeling Amymas. "Ni baru Aminah dengan Saleha. Orang lain yang kitorang buli kau tak tarik macam ni pun.."
"Patutnya ajar sikit diorang tu. Selalunya orang berduit je tau membuli tapi ni tak sangka orang miskin pun pandai membuli. Tak sedar diri" perli Sally.
Amymas memandang satu sama lain.
"Kau tahu mana diorang tu miskin ha? Main tuduh je kau yang tahu kan.. miskin pun masih boleh berkawan apee.." balas Danisya selamba.
"Excuse me.. boyfriend aku tu hebat tau. Aku dah suruh dia dari maklumat pasal diorang tu" balas Lucy
Emysha memandang Lucy pantas
"Takkan lah kau marahkan diorang sampai nak ambil tahu maklumat keluarga diorang tu. Kau agak-agaklah, ni dah macam masuk campur hal family orang kau tahu tak?" Tegur Emysha
"Eh.. kau silap bro. Aku nak maklumat diorang supaya dengan maklumat yang aku dapat tu memudahkan aku untuk memerli mereka sekalian dan saya Nur Alice Lucy tak pernah nak ambil tahu hal orang yang dia tak kenal.." jawab Lucy dengan wajah yang tak bersalah.
Sally dan Zatty pandang Lucy
"Serius ah? Aku ingatkan kau cari maklumat pasal dia sebab kau curiga dengan dia.." - Sally
"Curiga tu ada lah juga.." - Lucy
Amymas memandang satu sama lain. Kemudian mereka kembali memandang Lucky Girls yang berada didepan mereka. Sempat lagi mereka jarakkan diri dari pintu caffe itu.
"Curiga?" Danisya pelik
"Yelah.. aku rasa diorang ada masalah mental plus kau tahu tak?" Balas Zatty sambil berpeluk tubuh.
"Kitorang pun sebenarnya ada rasa tak kena dengan diorang.. tapi tu hah.. disebabkan dah berubah kitorang hanya fikir positive je pasal family dan diri diorang tu" - Kaisara
"Kau je fikir positive pasal diorang. Aku mana pernah sebab aku tengok je diorang, aku rasa macam tak kena, bela saka agaknya" Danisya membalas kata-kata Kaisara.
Lucy senyum melihat mereka semua. Ingatkan dia sorang je rasa curiga dengan diorang tu tapi tak sangka Amymas dan geng dia sendiri pun fikir benda yang sama.
"Korang tak payah risaulah.. esok jumpa dekat kantin okey. Faizal... Opss.. my babybuu akan berikan maklumat selebihnya" kata Lucy dengan suara yang mengedik.
"Faizal?"
"Yes! My baby tu pandai kan? Dulu dia tolong carikan siapa punca Kaisara kena langgar. And now, dia tolong aku untuk cari maklumat tentang Aminah dan Saleha tu"
Amymas hanya mengangguk faham dekat kata-kata Lucy, kawasan itu sunyi seketika. Kemudian Lucy mula bersuara apabila melihat yang lain tidak bersuara.
"Haa ni. Korang apa masalah nak kena larang kitorang duduk dengan Aminah and Saleha tu?" Soal Lucy masih tidak berpuas hati.
"Masalahnya kau tu. Kau bukan duduk dengan dia sebab nak bersembang tapi kau nak kacau dia makan.. senang macam membulilah. Maklumlah kau kan group pembuli yang paling famous dekat kolej tu" sindir Emysha selamba.
"Hello korang tu pun sama je" balas Lucy
"Tapi korang yang paling teruk, teruk, teruk, teruk, teruk and paling, paling, paling teruk sekali diantara semua. Tu pun taknak mengaku ke?" Tanya Emylia sambil menjulingkan biji katanya. "Aku dah taubat"
"Korang tu kalau nak balas dendam balik pun, mesti lagi teruk dari kitorang okey.." Danisya sambung ayat Emylia sebentar tadi.
Lucy buat tidak tahu..
"Dahlah. I nak baliklah!" Lucy teruskan langkahnya pergi dari situ.
"Bye.. see you latorr.." - Sally
"Kalau kau nak masuk balik caffe ni. Kau pesan dekat Aminah dengan Saleha tu yang aku belum selesai lagi dengan diorang. Aku akan baiki balik makanan dia bila dia makan lain kali.." Zatty pergi dari situ.
Amymas hanya mengeluh ringan, mereks pun pergi dari situ dan kata-kata Zatty diabaikan begitu sahaja. Ingat kitorang ni pos-girl nak sampai menyampai bagai?
_________________________________
Jangan lupa vote dan comment ! 😉
YOU ARE READING
Miss TroubleMakers
FanfictionAmymas ! (Complete) Cerita ini mengisahkan tentang sebuah kumpulan yang bernama Amymas. Kumpulan tersebut terdiri daripada empat orang iaitu Emysha, Emylia, Danisya dan Kaisara. Mereka berempat sentiasa bersama tidak kira susah atau senang. Mereka...