Jam tetap menunjukkan pukul 8.30 malam. Amymas seperti biasa lah akan duduk diluar walaupun waktu malam. Mereka hanya membiarkan anak beranak itu menonton tv milik mereka.
Pelbagai topik yang disembangkan oleh mereka di luar itu. Tidak lupa juga, mesti mata mereka akan menjeling ke arah Mak Tom bersama Sufiah. Nak perhatikan sekian lama tinggal dirumah mereka, apa yang mereka buat.
Sekian lama duduk bersama, mereka adalah nampak Mak Tom tu mengemas rumah itu tetapi tidak seteruk Sufiah mengemas rumah. Sufiah akan mengemas rumah itu lepas dia pulang dari tempat kerja. Nasib baik sedar diri, Kau tinggal rumah aku, kau buat macam rumah sendiri tu mestilah kena kemas sendiri.
Mata mereka pantas memandang ke arah pintu pagar rumah. Kelihatan ada lampu kereta yang menerangi rumah itu, ada orang datang tapi siapa?
Amymas menuju ke arah pintu pagar itu. Pintu pagar automatik dibuka perlahan-lahan, mereka memandang ke arah kereta tersebut walaupun kelihatan silau kerana lampu terang, mereka tetap ingin melihat siapa itu.
Kereta seperti kenal tapi siapa pemiliknya? Sapa pula yang datang malam-malam ni. Lalu kereta lampu di padam, barulah boleh nampak wajah itu dengan jelas. Lucky Girls?
Lucky Girls keluar dari kereta, Zatty siap bersama dengan cermin mata hitam menuju ke arah Amymas yang sedia terpacak dihadapan rumah sambil tersenyum.
"Hello!" Tegur Lucy sambil membuat gaya ingin memeluk mereka.
"Wslm" jawab Danisya tanpa berperasaan langsung.
Lucy memandang Danisya dengan jelingan maut. Kau nak perli aku ke apa tak reti bagi salam bila datang rumah orang hah? Excuse me.. aku tak ada la
jahil sangat bisik hati Lucy"Kenapa korang datang?"
"Saja nak jumpa kawan baru kitee ni" Zatty mengintai-gintai didalam rumah tersebut sambil menurunkan sedikit cermin matanya.
"Kau malam-malam pun nak bercermin mata hitam kan? Kau gintai rumah aku ni apahal? Nak mencuri?" Soal Emysha dengan nada yang tenang.
"Mana orang tua tu?" - Zatty
Tajam Amymas tengok Lucky Girls.
"Kau datang rumah aku sebab nak jumpa dengan bakal Mak mentua kau ke? Kata tadi nak jumpa a.k.a new friends kau ni?" Sindir Danisya dengan wajah yang serius sambil menunjuk diri sendiri.
"Hey.. hey.. hey" Zatty mengoyangkan badannya ke kiri dan ke kanan turut juga jari telunjuknya "She's not my mother-in-law .. okay" beritahu Zatty.
"Kau saja datang sini nak cari gaduh ke?" Soal Danisya.
Zatty memandang Danisya
"But i tak cari gaduh dengan you kan? Come on.. kita berkawan kan sekarang?" Soal Zatty "Okey!" Zatty ingin memeluk Danisya tetapi ditepis lembut
"Apa kau buat? Nak peluk-peluk pulak.." - Danisya menyapu bajunya sedikit.
"Aku tau.. kau nak aku peluk kau kan? So aku peluklah kau. Eleh nak malu-malu pula.." sengaja Zatty mengusik Danisya sambil menyeret tangannya dilengan Danisya tetapi malangnya hanya tepisan dan jelingan sahaja diberi.
"Taknak jemput aku masuk ke? Maklumlah ni kan kali pertama aku datang rumah kau yang can..tik ni.." sindir Sally sambil ketawa.
"Cantik ke? Thank you" Sengih Kaisara sendiri.
"Tak cantik pun" Sally kembali serius, nak cakap saja-saja tapi tak sangka ada orang perasan.
"Kau jangan nak membongaklah. Kau datang rumah aku banyak kali dah kan"
"Tu dekat kampung tapi dekat sini tak sebab dulu kita bermusuhan sejati.. hahahah" Sally gelak seperti anak pontianak mengawan.
"Okeylah. Aku nak masuk dulu" kata Lucy yang hanya memperhatikan Zatty dan Danisya tadi.
Baru beberapa langkah berjalan, Lucy berhentikan langkahnya apabila terpandang sesuatu kemudian dia memandang Amymas.
"Empat-empat ni kereta korang ke?" Lucy pelik
"Yalah. Kau ingat aku tak berduit ke? Mentang-mentang kau lagi kaya.." jawab Emylia kasar.
"Yelah kan, kereta kena lah ikut jumlah tuan, patutlah i nampak you all naik kereta lain-lain. Tapi kenapa korang selalu naik sekali bila pergi mana-mana?" Lucy masih pelik
"Nak jimat minyak.." jawab Emylia bersahaja.
"Rumah je besar mewah tapi kedekut nak bayar duit minyak..." Perli Lucy sambil kakinya menuju masuk.
Diikuti Zatty dan Sally
"I dah boleh nampak orang tua tu dengan anak dia" kata Lucy perlahan tapi jelas didengar disemua, dia masih berjalan menuju ke arah pintu.
Amymas mengikut dari belakang. Tak jemput masuk pun dah masuk. Boleh jadi setaraf dengan Mak Tom. Orang muda benda biasalah, tapi ni Mak Tom yang dah berkerut.
________________________________
Jangan lupa vote dan comment ! 😉
YOU ARE READING
Miss TroubleMakers
FanfictionAmymas ! (Complete) Cerita ini mengisahkan tentang sebuah kumpulan yang bernama Amymas. Kumpulan tersebut terdiri daripada empat orang iaitu Emysha, Emylia, Danisya dan Kaisara. Mereka berempat sentiasa bersama tidak kira susah atau senang. Mereka...