🌺 - Bab 63

254 19 6
                                    

Amymas berlari anak apabila mereka nampak Lucky Girls seperti mengejar mereka dari belakang. Kenapa Lucky Girls kerja mereka? Apa yang tak kena dengan diri mereka? Mereka berlari ke kelas Faizal.

Sebaik sahaja mereka sampai, mereka terus serbu masuk tanpa membeli salam. Puan Choung yang mengajar, bagi salah kat cina buat apa, mereka muncul didewan itu dalam keadaan kepenatan.

Semua memandang ke arah Amymas yang muncul tiba-tiba sahaja. Lihat pada keadaan mereka seperti penat kerana menarik nafas yang berhenti henti. Kenapa dengan diorang? Soal hati Puan Choung.

Faizal yang nampak kemunculan Amymas bersama dengan bunga dan teddy bear. Kali ni apa pula, mesti nak cakap aku yang bagi semua benda alah tu bisik hati Faizal. Dia seperti dapat agak.

"Amymas kenapa?" Soal Puan Choung lembut.

Mereka memandang ke arah Puan Choung dan saling berganti dengan pintu masuk. Lembut je Puan Choung bertanya kalau Daniel dengan Malik, tak kesampaian lah.

"Ada..ada hantu pakai skirt kejar kami!" Jawab Kaisara sambil menunjuk ke arah pintu.

"Hantu? Mana ada hantu" kata Puan Choung.

Habis sahaja kata-kata Puan Choung Lucky Girls muncul dalam keadaan penat juga, tetapi mereka berbeza sedikit kerana mereka berkaki ayam. Tula.. pakai kasut tumit tinggi lagi.

"Perhhh! Laju gila korang lari!" Kata Zatty dengan nafas yang naik turut, bukan nafas sahaja tetapi termasuk hidungnya.

Faizal terkejut apabila Lucky Girls juga muncul. Lucy memandang Faizal sambil hidung kembang kempis. Dia senyum dekat Faizal sambil melambai tangan.

"My baby Faizal! I miss you!" Lucy membuat flykiss.

Faizal terkejut dan dia menutup muka sedikit dengan buku apabila kawannya yang lain sedang memandang dia. Korang ni buat malu aku jee!

"Korang ikut kitorang kenapa?" Tanya Emysha pelik.

"Sebab Nisya ada sebut nama baby aku! Aku ikutlah, kalau tak, tak ada nye aku nak follow follow kau! Kalau kau nak tahu, seumur kita kenal aku tak pernah follow kau dekat instagram! Sebab apa?! Sebab kita adalah musuh!" Balas Lucy.

"Amymas, Lucky Girls apa yang awak semua buat dekat sini? Nak jumpa dengan siapa?" - Puan Choung

"Kebenaran ke mari, ingin berjumpah dengan seorang jejaka yang tidak ciuman!" Danisya berkata seperti suara lelaki dan membuat gaya papa zola.

"Jejaka yang tidak ciuman? Siapa?"

"Puan Choung jangan risau. Saya akan selamatkan Puan Choung dari jejaka tersebut. Kerana dia, kami semua dalam bahaya!"

"Siapa?" Ulang Puan Choung.

"Jejaka tak ciuman itu adalah" Danisya menunjuk ke arah Faizal "Itu.. jelaki yang berjaket hitam tu" Danisya bukan tunjuk guna jari telunjuk sahaja tetapi dia menunjuk menggunakan kelima-lima jarinya dan agak confuse kerana ada beberapa lelaki yang memakai jaket hitam.

"Yang mana satu?" Puan Choung mencari..

"Ituuu..!" Danisya menunjuk ke arah Faizal.

"Kamu tunjuk guna satu jari sudahlah. Saya tak tahu yang mana sebab ramai yang berjaket hitam" balas Puan Choung mata sibuk mencari.

"Aduhhh! Yang tuuuu!" Danisya menunjuk Faizal lagi tapi masih tunjuk lima jari.

Faizal tahu yang Danisya menunjuknya tetapi dia membuat muka selamba kerana tidak ingin memalukan diri sendiri. .

"Kau tunjuk siapa?!" Tanya Sally tiba-tiba.

"Aduh! Tuuu.. tuuu nampak tak?!" Tanya Danisya.

Faizal berpura-pura menulis

"Kau! Ni apahal? Yang mana? Dewan ni besarlah! Ramai orang!" Tanya Sally penyibuk.

Faizal perlahan-lahan membuka jaket hitamnya.

"Buta betul lah korang ni!" Danisya sakit hati betul. "Tuu.. nampak tak? Tu.. tu .. dok tengah buka jaket hitam tu!" Sambung Danisya.

"Saya tak nampaklah. Ramai pelajar dalam ni" balas Puan Choung.

Danisya bengang dia datang ke hadapan sedikit. Tangan yang penuh dengan bunga dan teddy bear diangkut sekali. Faizal dah rasa tidak selamat apabila Danisya semakin dekat.

"Nampak tu?" Tanya Danisya menujuk Faizal tetapi kali memakai bunga pula.

"Kau kalau nak beritahu tu, bagitau nama dah lah! Yang bodoh bersusah payah buat kami confuse kenapa?!" Tanya Zatty tidak puas hati.

"Suka hati aku lah! Aku jijik dengan nama dia!" Balas Danisya bersahaja. "Puan, nampak tak tu?! Dia tu lah yang tak ciuman tu"

"Young lady. Kamu tunjuk yang mana? Cuma kamu pergi dekat dia kalau kalau kamu tak tahu nama dia!"

"Tak boleh! Tu.. tu.." Danisya masih lagi menunjuk.

"Saya tak nampak!"

Faizal yang berpura pura menulis itu mengangkat kepala sedikit. Niat nak angkat sedikit tetapi terangkat banyak apabila dia nampak ada sebuah bunga besar melayang kearahnya.

Faizal terjatuh dari kerusi akibat bunga tersebut. Semua orang terkejut bila Faizal jatuh dari kerusi. Faizal pula tergolek macam nangka busuk lebih kurang macam Emylia tadi.

"My biyyy!" Lucy

"Haa.. tu yang jatuh tuh!"

Faizal memegang kepala yang sakit. Dia menahan sakit. Dia baru sahaja nak mula bangun, dia jatuh lagi apabila teddy yang besar pula mendarat ke mukanya lagi.

"Haa.. tu yang jatuh dua kali tuuu!"

"Biy!" Seperti sedih suara Lucy "Wey, Nisya! Kau pahal cederakan boyfriend aku?! Kau sengaja nak fight dengan aku kan?" Marah Lucy.

"Ehh.. kau nak kena marah pasal pa? Boyfriend kau tu yang cari pasal dengan dia, sapa suruh bagi surat macam-macam" Emylia merampas kad tadi daripada Emysha.

Emylia mengambil pen dari meja pensyarah itu. Dia memotong nama secret admire dan ditukarkan kepada Faizal Iskandar, dia kembali ke arah Lucy.

"Kau tengok ayat yang Faizal bagi dekat Kaisara!"

Lucy mengambil kad itu dengan kasar. Dia menjeling Emylia sebelum membaca. Mula bulat matanya bila membaca ayat yang ditulis. Lagi bertambah bulat mata Lucy apabila ada nama Faizal, Faizal Iskandar.

Tetapi Lucy tidak sedar yang Emylia memotong nama secret admire tersebut walaupun terang-terang dia tukar nama itu didepan Lucy dan yang lain.

"Baby! Kenapa.. kenapa ayat you.. ayat you macam minta kaki, biy! You gila ke?! Kenapa you cakap pyscho?? Apa you dah buat gila???" Tanya Lucy memandang ke arah Faizal.

"Wait.. maksud korang jejaka tidak ciuman tu Faizal?"



___________________________________
Jangan lupa vote dan comment ! 😉

Miss TroubleMakersWhere stories live. Discover now