Emysha yang memandu kereta itu parking kereta dihalaman rumah dengan hati yang kecewa. Handbrake ditarik dengan kasar, nasib baik tidak tercabut.
Mereka melihat di luar ketiga-tiga buah rumah tersebut. Macam sunyi mesti tak ada dalam rumah, apabila memandang kiri kanan baru nampak mama mereka tengah berbual disebuah pondok di depan rumah itu.
Amymas tidak langsung bersuara dari tadi. Mereka keluar dari kereta dan pintu kereta dihempas dengan kuat, marah ni! Boleh dengar sampai kepada mama hempasan tersebut.
Ellyna Darwina dengan Karina melihat ke arah bunyi tersebut, kelihatan anak mereka pulang tanpa pengetahuan mereka. Cuti ke? Takkanlah kut. Mereka menuju ke arah Amymas yang duduk didepan pintu rumah yang memang ada meja tu.
Memang datang nak tanya mama kenapa menipu mereka. Itu saja, kain baju semua mereka tidak kemas walaupun memang dah ada baju dekat kampung ni, dari kolej terus pecut balik kampung kerana satu hal.
"Ha.. dah balik?" Soal Darwina
Tetapi kata-katanya tidak disahut oleh sesiapa pun. Darwina memandang anak mereka itu, kalau tengok pada muka macam tengah marah dan menahan geram.
"Kenapa ni?" Soal Karina pula
Amymas memandang mama mereka tajam dan terus dijeling. Ellyna, Darwina dan Karina memang tidak faham apa-apa tentang pandangan mereka.
"Kenapa nampak marah je? Ada masalah ke?" Darwina masih lagi bertanya kepada mereka berempat.
"Kenapa nampak marah sangat? Lucky Girls cari pasal ke dengan korang ke korang yang cari pasal? Kalau bukan Lucky Girls, siapa? Daniel?" Soal Karina seperti menuduh seseorang.
Amymas tidak bersuara selagi mama tak mengaku tetapi jika mama pun buat macam tak tahu apa-apa, Amymas akan bersuara.
"Kenapa balik tak beritahu?"
Soalan tidak dijawab
"Mama tanya ni.. cuti ke? Tapi takkanlah cuti, belum hujung minggu lagi. Ponteng?" Soal Ellyna pelik, tetapi soalannya tidak dijawab.
"Ponteng? Korang bukan dah janji dengan mama ke? Kenapa ponteng ah? Mama pesan apa? Jangan ponteng kan?" Soal Karina tegas tetapi lembut.
"Kenapa mama tanya tak jawab ni? Muka marah je mama tengok, tangan tu tak habis tunjuk penumbuk, geram dekat sapa? Korang ada masalah ke?" Soal Darwina ingin tahu apa masalah anak mereka.
Habis sahaja soalan Darwina, Danisya pantas bersuara tetapi pertanyaan dia langsung tidak memandang wajah mama sendiri.
"Mama taknak jujur dengan kitorang ke?" Habis sahaja soalan Danisya, barulah wajah mamanya dipandang, suara lain daripada yang lain.
Darwina perasaan akan berubahan suara anaknya dan pandangan itu. Suara kini bertanya dalam keadaan yang amat serious, jika dulu mesti ada suara sedikit bergurau atau ketawa tapi sekarang tidak. Pandangannya pun tajam memandang Darwina
"Jujur apa ni? Mama tak faham?" Darwina memang tidak faham apa yang dimaksudkan anaknya, takkanlah pasal arwah.. tak mungkin!
"Mama rasa pasal apa?!"
"Mama tak fahamlah!"
"Mama tak payah nak pura-pura taktahulah! Nisya ingatkan Nisya boleh percayakan mama sampai bila-bila tapi mama menipu juga akhirnya kan?! Benda paling besar bagi Nisya tahu tak?!" Danisya bangun dengan kasar dari duduk, suaranya pun mula meninggi.
Darwina, Ellyna dan Karina terkejut dengan kata-kata Danisya sebentar tadi. Mereka memandang satu sama lain dan kembali memandang Amymas, mata Danisya mula berkaca.
YOU ARE READING
Miss TroubleMakers
FanfictionAmymas ! (Complete) Cerita ini mengisahkan tentang sebuah kumpulan yang bernama Amymas. Kumpulan tersebut terdiri daripada empat orang iaitu Emysha, Emylia, Danisya dan Kaisara. Mereka berempat sentiasa bersama tidak kira susah atau senang. Mereka...