🌺 - Bab 33

353 27 3
                                    

Amymas berjalan beredar dari mereka semua dengan perasaan yang benci, sakit hati, rimas! Mereka melabuhkan punggung dengan kasar dekat sebuah meja makan kantin itu.

Kalau ikutkan nak je diorang tendang Faizal tu sampai dekat balas polis, duduk je dekat sana dah tak payah susah-susah nak bagi surat dekat Kaisara.

Semasa mereka tengah melepaskan geram, Emysha ternampak Daniel baru sahaja duduk di meja kantin bahagian pensyarah. Mereka ingin kenakan Daniel tetapi bagaimana?

Emysha hanya diam, dia memandang ke arah makcik kantin yang tengah melayan pelanggan itu. Tetiba dia ternampak, air yang berwarna hitam itu diberikan kepada pelanggan.

Air colour hitam? Daniel baju colour putih. Emysha senyum jahat dan mengajak sahabatnya untuk pergi beli sesuatu di kantin. Sampai di kantin dengan biadabnya mereka memotong barisan..

"Makcik. Nak oder air yang colour hitam boleh?"

"Air colour hitam? Air apa?"

"Air apa yang colour hitam yang makcik bagi dekat budak tu tadi?" Tanya Emysha tak tahu.

"Tu air kopi" balas Makcik itu.

"Ouh kopi nama air tu.. bodohnya aku.." selamba Emysha mengutuk diri sendiri.

"Bagi satu boleh tak? Air tu mesti ada letak gulakan?.. Saya nak makcik tukar, makcik letak sos ikan dengan kicap, letak banyak-banyak" oder Emysha, memang kantin tempat yang boleh oder-oder pun.

"Ni dah kali ke-2 kamu berempat oder air yang merapu. Kamu ni nak kenakan siapa?" Soal makcik itu.

"Mana ada kenakan siapa-siapa, tak baik lah makcik tuduh-tuduh. Kitorang suka benda yang lain daripada yang lain" balas Emysha berlagak.

"Bila masa kau minum kopi?" Tanya Emylia pelik.

"Aku tak minumlah" Emysha memandang ke arah Daniel dengan senyuman jahat.

Emylia juga turut pandang ke arah Emysha pandang. Kelihatan dia ingin mengenakan si Daniel. Waww.. buat tanpa berbincang ya Emysha.

Air kopi kaw-kaw ikat tepi sudah pun siap dibuat. Mereka bayar dan terus ke arah Daniel yang duduk bersorang diri sambil bermain telefon itu.

"Assalammualaikum, pakcik" tanpa di jemput Emysha dan yang lain duduk di meja Daniel.

"Waslm. Ada apa?" Daniel pelik, tak pernah-pernah nak tegur.

"Pakcik buat apa dekat sini?" Soalan yang bodoh di tanya oleh Danisya.

"Saya tengah cuci jamban. Maklumlah makin ramai yang masuk tandas" sindir Daniel senyum.

"Ouh.. lama lagi ke nak siap?" Pergi layan lawak bodoh pula Danisya ni.

"Awak nak apa sebenarnyar?"

"Pakcik, saya ada oder air yang sedap ni dekat pakcik. Pakcik minumlah, RM1.50 duit saya hilang sebab nak belanja pakcik" beritahu Emysha, menghulurkan air tersebut.

"Saya taknak. Saya dah oder makanan dan minuman saya sendiri" balas Daniel.

"Ala.. pakcik ni. Kenapa jahat sangat taknak terima? Duit saya habis banyak tau nak beli air ni je. Saya ni jarang buat baik, selalu buat jahat dekat pakcik je, kali ni saya nak belanja pakcik air" - Emysha

Kenapa dia nak paksa aku ambil air ni? Ni mesti ada yang tak kena. Ada apa dekat air ni? Nampak macam air kopi biasa tapi..

"Awak ada letak apa-apa ke dalam air ni? Ubat tidur ke?"

"Tak ada" pantas Emysha jawab dengan bohongan.

"Kalau macam tu awak minum dulu" arah Daniel sengaja.

Emysha yang jarang senyum itu terus senyum apabila Daniel meminta dia minum air itu dulu.

"Kitorang tak minum air kopi" jawab Emysha jujur.

Amymas bukan sahaja nakal, jahat, suka kenakan orang tapi bab makanan mereka juga cerewet. Banyak yang mereka tak minum dan tak makanan.

"Kalau awak tak minum saya tak minum"

"Ambil jelah pakcik ni pun.. ingat dapat free ke? Mahal Emysha beli ni" rungut Kaisara pula.

"Kamu panggil lah sapa-sapa rasa dulu depan-depan saya sebab saya tak percayakan korang berempat. Maaflah saya jujur orangnye"

"Panggil sapa?" - Emylia memandang sekeliling.

Daniel memandang kiri kanan. Dia nampak Lucky Girls baru sahaja nak pergi dari situ terus dia memanggil. Lucky Girls nampak Amymas bersamaa dengan malas Lucky Girls datang jugak.

"Ni, Emysha ada belikan air. Awak minumlah" kata Daniel selamba sambil menunjuk air di tangan Emysha.

"Air apa tu?"

"Pakcik. Saya belikan dekat pakcik kenapa nak bagi diorang?" Rungut Emysha bengang. Gagal lah rancangan dia.

"Saya tak bagi. Saya nak diorang rasa cukup manis, cukup sedap tak air ni" balas Daniel.

"Kitorang rasa? Nampak macam air cococola. Bagi aku rasa lah!" Sally mengambil air itu dari tangan Emysha secara spontan.

Terkejut Emysha, dia ingin mengambil semula tetapi tidak sempat apabila Sally sudah pun minum air tersebut dengan cepat.

1, 2.. sembur!

Sally menjerit tak sedap! Tetapi yang bermasalah sekarang ni. Dia sembur dekat Emysha dengan Emylia yang berdekatan dengannya, kena muka, baju. Si kembar itu juga menjerit, jijik!

"Kau letak apa doh dalam air ni?!"

Daniel terkejut tengok dan dengar soalan Sally. Dia memandang Amymas yang tengah berdiri di depan dia dengan tajam.

"Kenapa? Air ni? Air cococola kan? Bukan kau suka ke?" Zatty mengambil air itu dan dia juga minum.

Kali ini, Kaisara dengan Danisya pula yang kena sembur dengan jijik. Memang cari pasal betul lah Lucky Girls ni. Tak ada tempat lain ke nak sembur.

"Wey! Gila ke? Tak sedap langsung!"

Kalau macam ni terang terang lah gagal rancangan diorang nak kenakan Daniel. Daniel pula membuat muka yang menahan sabar di situ.

"Awak nak kenakan saya ke macam mana? Apa yang awak letak dalam tu?" Serius suara Daniel.

"Tak sedap ke?" Lucy mengambil dari tangan Zatty dan minum. Masing-masing ingin rasa.

Sekali sedut, berubah wajah dia, terus dia sembur dan terkena Daniel yang ada disebelahnya.

"Ni bukan air cococola! Ni air longkang!" Jerit Lucy sambil untuk hilangkan rasa.

Daniel melihat bajunya, baju putih kini bertompok-tompok hitam. Mukanya di bersihkan menggunakan tangan, takpa asalkan baju Daniel turut kotor. Lucky Girls dan Amymas dipandang saling bergilir! Siap korang!





___________________________________
Jangan lupa vote dan comment ! 😉

Miss TroubleMakersWhere stories live. Discover now