🌺 - Bab 90

206 16 0
                                    

Amymas mencari dimana Lucky Girl berada, mereka pergi cari Lucky Girl yang kemungkinan berada di dalam cafe yang berdekatan dengan kolej, tempat Lucky Girls selalu lepak termasuk Amymas.

Amymas mencari kelibat Lucky Girl, kiri kanan semua mereka pandang, beberapa saat memandang sekeliling. Baru mereka nampak Lucky Girls yang berada di meja paling hujung sekali. Terus kaki melangkah ke arah mereka, Sally perasan akan kehadiran Amymas terus dia mengeluh menyampah. Amymas mengambil kerusi dan duduk di meja yang Lucky Girls duduk tanpa rasa bersalah.

"Korang nak apa? Punya lama menghilang, tiba-tiba datang nak cari pasal? Korang blah lah" halau Zatty dengan kasar.

Amymas hanya mendiamkan diri seperti patung yang tidak boleh melakukan apa-apa. Lucky Girls memandang mereka.

"Korang pekak ke?"

Sekilas Danisya memandang Sally.

"Awak....!" Danisya membuat muka sedih, membuatkan Lucky Girl terkejut. Awak? Dah kenapa dengan diorang ni?

"Kau apahal dow?" Marah Zatty.

"Saya minta maaf! Saya tahu saya banyak buat salah terhadap awak bertiga.. arghh! Maafkanlah sayaaa!" Rengek Danisya seperti budak kecil dan diikuti dengan yang lain kecuali Emysha.

"Saya tahu saya banyak buat salah dekat awak tapi saya betul-betul menyesal" Danisya membuat muka yang paling sedih yang dia boleh buat dan memandang Lucky Girls saling berganti.

"Arghh! Geli lah aku dengan korang ni, saya awak, saya awak! Aku lempang sat lagi" marah Zatty membuat aksi yang geli.

"Saya tahu! Saya pun geli berkata begini tetapi saya terpaksa! Kalau awak rasa dengan cara lempang tu awak boleh maafkan saya, saya redha" Terkejut apabila Danisya berkata macam tu, kenapa dengan diorang ni?

Lukcy Girls pandang satu sama lain.

"Kau kata apa? Dengan cara lempang pun kau sanggup, sebab nak minta maaf dekat kitorang? Okey.. bagi kitorang lempang kau, seorang 3 kali" Zatty senyum sinis.

"Sila lah.. saya tidak kisah. Awak bu.." belum habis Danisya berkata apa-apa pipinya terus terasa sakit.

"Arghhhhhhh! Sakit sial! Kau apahal?" Keluar sudah suara jantan Danisya.

Orang yang memandang di dalam cafe itu dibiarkan sahaja, rasa malu terus hilang. Buat apa nak malu kalau ada betina cari pasal?

Danisya memandang Lucky Girls bengang. Mama aku pun tak pernah lempang aku macam mana kau, Mak Tom dengan Daniel lempang aku, kau boleh lempang aku? Danisya menyentuh pipinya yang terasa sakit.

"Eh? Marah pula?" Perli Lucy

Emylia membuat isyarat mata suruh Danisya bersabar sebentar. Danisya yang pandang Emylia tu terus mengubah muka yang marah kepada muka yang senyum.

"MasyaAllah Anak.. saya tahu kamu teringin jadi wanita da..yusss tapi janganlah sentuh kulit cantik saya ni. Saya sebenarnya geli dengan tangan babi awak tu" Danisya berkata dengan penuh sopan dan riak badan sedikit lembut.

Kau nak minta maaf tapi kau sempat sindir atau perli kitorang? Lucky Girls memandang satu sama lain dengan perasaan sakit hati.

"Sapa anak kau?" Balas Sally kasar.

"Ya habibi.. sayer nak minter maaf atas kesalahan sayer sahajerrr! Tolonglah maafkan sayer. Kita berkawan boleh tak? Alaaaaaa... boleh lah!" Emylia mengoncang-goncangkan bahu Lucy yang berada disebelahnya.

Lucy berasa rimas.

"Heyyyyyy! Kau tak payah nak sentuh aku lah!" Balas Lucy kasar sambil menyapu bajunya dibahagian Emylia sentuh, jijik konon.

Miss TroubleMakersWhere stories live. Discover now