Lucky menunggu Faizal dikantin seperti mana mereka memberitahu Amymas. Tunggu untuk Faizal memberikan maklumat tentang Aminah dan Saleha. Sejujurnya mereka memang tidak berpuas hati dengan Aminah dan Saleha.
Baru sahaja tadi mereka nampak Aminah dan Saleha lepak dengan geng Moto mata tidak tahu mana asal usul, tapi mungkin kutlah diorang kenal. Bukan main ketawa sakan diorang tu, macam orang yang berduit pula.
Bukan itu sahaja, tadi dikedai makan pun mereka ternampak Aminah dan Saleha makan bersama lelaki. Siap bersuap lagi, macam lelaki tu tak ada tangan, dengan Lucky Girls bersuara pun takut dengan lelaki siap ketawa kalah Lucky Girls dengan Amymas ketawa pula tu.
Sekian lama tunggu, mereka nampak Faizal datang menuju kepada mereka dalam keadaan lari. Kenapa perlu lari pula?
Sebaik sahaja sampai di meja Lucky Girls duduk, Faizal pun turut duduk disitu dengan wajah yang kelihatan penat, letih dan juga cemas.
"Baby! You kenapa ni? Kenapa nak kena lari? Kalau tak sabar nak bagi maklumat pasal dua orang minah tu, takpayah lah penat kan diri sendiri. Kesian i tengok you, biy" tegur Lucy dengan wajah yang kesian melihat Faizal.
"I dah dapatkan maklumat yang you suruh i cari tuu" beritahu Faizal dengan keletihan.
"Okey.. thanks biy" Lucy senyum dan mengambil sampul tersebut dan melihat semuanya tetapi tak baca. Balik nanti bacalah.
"Faizal, you kenapa ni? Kalau rindukan Lucy sampai tak sabar nak bagi maklumat tu perlu ke you lari sampai macam ni sekali?" Soal Zatty pelik.
"Muka you nampak cemas, panik, kalut macam-macam lagilah. You ni kenapa?" Soal Sally pula.
"Ada maklumat yang lagi besar lagi yang aku aku dapat" beritahu Faizal dengan mata tak melepas memandang mereka bertiga.
"Maklumat apa?" Soal Lucy dengan riak wajah biasa.
Lucky Girls membelek-belek kertas itu semua. Kau tunggu dengan maklumat yang aku dapat ni.. lagi banyaklah aku boleh hina atau sindir atau perli kau bisik hati Lucky Girls.
Amymas yang baru sahaja muncul sebalik dinding itu.. baru je nak tegur tetapi langkah mereka terhenti apabila Faizal menyebut tentang mereka.
"Ni pasal Amymas dan keluarga diorang?" Jawab Faizal serba salah.
Lucky Girls yang sibuk menyelak kertas itu, sekelip mata tangan mereka berhenti. Lalu Faizal dipandang dengan wajah yang tertanya-tanya.
Amymas bersembunyi dibelakang dinding yang berada di bersebelahan meja yang mereka duduk. Mereka nak tahu juga apa yang ingin Faizal katakan tentang keluarga mereka. Pasal Amymas dan keluarga kau kata Faizal? Apa yang tak kena Faizal? Amymas tertanya-tanya apa yang Faizal ingin beritahu.
"Kenapa dengan diorang?" Serius Sally bertanya dan kertas itu terus diletakkan diatas meja, tajam memandang biji mata Faizal.
"Kau tahu apa yang berlaku sehingga diorang kehilangan seorang ayah?" Soal Faizal dengan serius.
"Eh you ni.. tak payahlah cakap macam you dektektif pula. Tanya biasa-biasa Sudahlah" tegur Zatty.
"Apa yang jadi biy? Mama diorang beritahu yang papa diorang meninggal sebab accindentlah" - Lucy
"Tak habis-habis cakap pasal papa diorang.. kita janganlah masuk campur hal ni" beritahu Zatty.
"Memanglah accident tapi punca accident tu macam mana? Korang tahu tak?" Soal Faizal lagi.
Amymas mendengar dengan teliti.
"Tahu. Papa diorang accindent kerana hilang kawalan sebab uncle Amran kena serangan jantung sewaktu dia tengah memandu. Dan kebetulan sewaktu itu, Uncle Nizam dan juga Uncle Luqman ada bersama di dalam kereta tersebut dan ajal ketiga-tiga manusia yang digelar ayah telah pun pergi meninggalkan anak dan isterinya.. that's right?" Soal Sally senyum kagum.
YOU ARE READING
Miss TroubleMakers
FanfictionAmymas ! (Complete) Cerita ini mengisahkan tentang sebuah kumpulan yang bernama Amymas. Kumpulan tersebut terdiri daripada empat orang iaitu Emysha, Emylia, Danisya dan Kaisara. Mereka berempat sentiasa bersama tidak kira susah atau senang. Mereka...