🌺 - Bab 110

197 15 1
                                    


Di dalam dewan tersebut, Amymas hanya menguapkan mulut mereka kerana Daniel mengajar sangatlah bosan bagi mereka. Semua pelajar boleh fokus tetapi tidak bagi Amymas.

Emylia menahan kepalanya daripada terlena. Kaisara pula bermain dengan pen sambil meletakkan kepala di atas meja. Emysha bersandar di kerusi sambil berpeluk tubuh manakala Danisya sudah pun terlena.

Daniel tidak tahu dah nak kata apa dengan Amymas ni. Kalau berubah sebab terpaksa, perangai sebenar akan ada juga. Semua pelajar sedang buat kerja yang diberi tetapi bila melihat Amymas, mereka seperti berfikir sesuatu sahaja.

Kenapa dengan diorang tu? Selalunya tak termenung macam ni pun bisik hati Daniel dengan wajah yang pelik. Apa diorang fikir? Nak kata fikir pasal assignment depan mata diorang tu, macam bukan.

Nak tegur ke tidak? Kalau aku tegur nanti nanti apa pula kata semua pelajar dalam dewan ni. Dari hari pertama semua sampai sekarang mesti mereka akan dengar peperangan Amymas bersama Daniel. Setiap waktu Daniel mesti ada je masalah mereka. Tegur jelah!

"Amymas" panggil Daniel

Mereka menoleh ke arah Daniel

"Awak ni ada masalah ke? Kenapa awak termenung je? Dari tadi saya perhatikan tak bergerak pun tangan tu nak siapkan assignment awak tu? Kenapa?" Tanya Daniel.

Soalan tersebut membuatkan semua pelajar memandang ke arah Amymas dan Daniel saling berganti. Suka sangat tegur diorang masa tengah belajar kenapa. Semua mata tengok diorang.

"Sibuk je.." kata Emylia perlahan

"Kalau ada masalah baik awak cerita je dekat sesiapa. Jangan pedam perasaan awak tu nanti sakit dah menyusahkan mama awak pula.."

Memang Daniel rasa sakit hati dengan Amymas tetapi Amymas dah seperti adiknya sejak dia tahu Amymas anak kepada kawan mamanya. Terasa nak ambil berat.

"Sibuk je.." kata Emysha perlahan pula dan memang tiada sesiapa pun dengar termasuk Daniel yang jauh itu.

"Ceritalah apa yang berlaku dekat awak. Selalunya saya tengok tak macam ni pun perangai awak? Nampak sangat awak ada masalah sebab cara apa termenung tu macam fikir sesuatu"

"Saya fikir macam mana nak siapkan assignment yang Encik Daniel bagi ni ah" bohong Emylia sambil menunjuk tugasannya.

"Saya tak rasa pun awak fikir pasal tu sebab dari pandangan saya.. awak tengah fikir benda lain. Macam ada masalah keluarga je.." teka Daniel

Emylia memperbetulkan kedudukannya dan matanya memandang Daniel dengan tajam sekali turut juga dengan Kaisara dan Emysha

"Encik Daniel suka sangat sibuk hal kitorang kenapa? Tak habis-habis nak sibuk pasal kitorang" balas Emylia tegas.

"Saya risaukan pelajar saya je" Daniel memberi alasan

Emylia hanya diam. Kaisara nampak Emylia diam terus dia mengangkat kepala dan memegang assignment nya dan melihat ke arah Daniel.

"Okey Encik Daniel. Saya jujur dengan Encik Daniel. Saya dengan sahabat saya teringat akan boyfriend kitorang yang dah mampus di makan hantu" bohong Kaisara siap membuat cerita.

"Malaslah nak layan Encik Dania-Lee ni.." Emylia meletakakkan kepalanya sambil menutup muka dengan beg galas dia.

Kaisara dan Emysha juga turut buat begitu tetapi mereka memakan buku untuk tutup muka. Danisya tak payah kata kerana dari awal lagi dia dah lena.

Janji dengan mama taknak ponteng kelas je.. bukan taknak tidur dalam kelas kan? So boleh lah ni.. bisik hati Emylia tenang.

Daniel mampu menggeleng kepala sahaja. Patut ke aku pergi tanya mama diorang pasal diorang ni? Nampak macam stress je walaupun baru je buat masalah tadi. Diorang fikir pasal arwah papa diorang ke?













______________________________
Jangan lupa vote dan comment ! 😉

Miss TroubleMakersWhere stories live. Discover now