Amymas berada disebuah hutan terbesar dikawasan itu. Mereka datang berempat dengan tujuan ingin berkelah atau berkhemah. Mereka sudah lama tidak berkelah di hutan.
Mereka sempat memberi surat kepada Daniel. Mereka langsung tak kisah kalau Daniel nak report dekat sesiapa yang mereka berkelah, taktakut langsung..
~ Assalammualaikum pensyarah yang ku cintai, kami Amymas. Pakcik confirm kenal kami kan.. bahawasanya kami ingin meminta izin taknak hadir ke kolej untuk hari ini sahaja. Bertujuan kami ingin berkelah dekat mana? Tak payah tau.. sibuk je pakcik ni. Sehari sahaja kami pergi. Pakcik tak payah risau lah ye. Kami pun tak berapa sayang pakcik. Kami berkelah dulu ye.. kami pandai jaga diri jangan risau. Pakcik jangan tunjuk surat ni dekat dekan pula ye. Yang paling penting jangan tunjuk dekat awek pakcik takut dia jelas, lagi satu pakcik jangan menangis je sepanjang kami tak ada ni. Bye price pakcik. We will miss you! Ikhlas dari kami berempat yang teramat comel ini.. Muah! Esok kami datang kolej lah naa
#Amymas
Surat itu mereka sudah pun menyuruh Ying Xoo serahkan kepada Daniel depan-depan. Kalau Ying Xoo beri orang lain surat itu, mereka takut kantoi di tangan dekan atau sesiapa sahaja.
Di dalam hutan itu, mereka membuat kerja masing-masing seperti Emysha dan Danisya bersusah payah memasang khemah yang tidak pernah mereka pasang seumur hidup, Emylia berusaha menangkap ikan manakala Kaisara membuat unggun api.
Mereka semua memandang Emylia dengan pandangan yang pelik. Ada ke orang tangkap ikan pakai penapis? Kalau ada pun mesti dapat ikan kecil, kenyang ke? Nak makan apa kalau lapar..
"Lia, dapat ke kalau pakai penapis nak tangkap ikan tu?" Jerit Kaisara apabila jaraknya dengan Emylia agak jauh.
"Dapat! Dapat! Insyaallah" jawab Emylia bersahaja.
"Kau tahu mana dapat? Kalau tak dapat kita nak makan apa?" Soal Kaisara lagi
Soalan Kaisara, Emylia hanya mengabaikan. Dia terus menangkap ikan mengguna penapis itu, tetapi tidak dapat. Dia berusaha dan berusaha. Akhirnya dia mendapat seorang ikan yang agak besar, terukir senyuman Emylia.
"Gais! Firsttime dapat ikan! Yuhooo!" Jerit Emylia dari jauh dengan suara yang gembira. First time kot tangkap ikan.
"Bagus ahh.. tapi bila difikirkan balik. Aku geli lah nak bedah ikan" kata Emysha pula.
Bedah? Benda untuk saintis je..
Mereka pandang satu sama lain, itu adalah masalah yang paling sukar.
"Kita sama-sama berusaha bedah ikan ni okey" kata Emylia lagi.
Emysha, Kaisara dan Danisya mengangguk setuju dan menyuruh Emylia menangkap lagi sehingga dapat banyak.
Pada petang itu, Danisya pergi ke arah unggun api untuk periksa kayu api masih ada lagi atau tidak, ish menyusahkan betul lah. Diorang senang lenang berehat dekat dalam khemah aku yang kena chek runguk Danisya Dalam hati.
Danisya pergi ke arah kayu api dan teruk membelek-belek.. agak-agak cukup tak untuk semalaman ini? Cukup kut, ada 3 batang ni, cukup lah! Kau nak banyak mana langsung. Kaisara keluar dari khemah dan pergi kepada Danisya.
Kaisara datang kearah Danisya yang sibuk membelek-belek kayu api itu, untuk melihat apa yang dilakukan oleh Danisya.
"Kau buat apa tu?" Soal Kaisara apabila melihat Danisya sibuk dengan kayu api itu sampai tidak bersuara.
"Main futsal. Chek kayu api lah mangkuk" maki Danisya, Kaisara buta ke taknampak.
"Ada berapa?" Tanya Kaisara
"3 batang" balas Danisya senyum.
Kaisara pandang Danisya sekilas! 3 batang sahaja? Kau biar betul, aku rasa tak cukup tu, mana cukup! Tak cukup! Tak cukup bos!
"3 batang? Mana cukup beb"
"Kau nak banyak mana langsung? Cukup lah tu, tamaknye kau" perli Danisya kepada Kaisara.
"3 batang mana cukup. Sekali pakai dah guna berpuluh-puluh kayu, kau ke tak?" Balas Kaisara serius.
"Sapa yang pakai kayu punya banyak? Tarzan? Gila banyak dia pakai kayu, buat apa dengan kayu tu? Normal ke tak pakai banyak-banyak macam tu?"
"Kau tu yang tak normal. Mana ada orang pakai 3 batang kayu api je! Bongok sangat kau ni" maki Kaisara selamba.
"Jom lah pergi cari, makin lama makin gila cakap dengan kau!"
Kaisara memanggil Emysha dan Emylia memberitahu kayu api habis. Mereka pun pergi mencari kayu api tersebut, beberapa jam je lagi cuaca maki malam. Mereka kena cari cepat cepat sebelum senja.
___________________________________
Jangan lupa vote dan comment ! 😉
YOU ARE READING
Miss TroubleMakers
FanfictionAmymas ! (Complete) Cerita ini mengisahkan tentang sebuah kumpulan yang bernama Amymas. Kumpulan tersebut terdiri daripada empat orang iaitu Emysha, Emylia, Danisya dan Kaisara. Mereka berempat sentiasa bersama tidak kira susah atau senang. Mereka...