🌺 - Bab 97

189 16 1
                                    

Amymas ingin meminta maaf kepada Faizal. Dulu semasa cuti mereka mencari Faizal tidak jumpa dan mereka mengambil keputusan ingin mencari Faizal di kolej.

Amymas keluar dari dewan itu apabila pensyarah masih lagi belum masuk ke dalam dewan tersebut. Perangai sombong dengan semua pelajar susah hilang tetapi Emysha masih lagi sombong dan tidak banyak bersuara.

Amymas menuju ke arah kelas Faizal, mereka mengintai sedikit untuk melihat siapa yang mengajar. Kelihatan Daniel tengah mengajar mereka dengan penuh fokus. Amymas mengetuk pintu tersebut, Daniel yang dengar ketukkan itu terus menoleh ke arah tersebut termasuklah semua pelajar.

Tanpa bersuara, Mereka mendekati Daniel, Daniel dipandang dengan penuh semyuman. Danisya dan Emylia memandang meja pensyarah tersebut dan mereka terus menolak kesemua barang Daniel sehingga jatuh. Itu membuatkan Daniel dan pelajar laij terkejut terutamanya Daniel, kerana mereka datang berita bahawa Amymas sudah berubah tetapi apa yang mereka buat ni?

Danisya dan Emylia memandang semua pelajar dan mereka terus memanjat diatas meja tersebut dan terus duduk bersila. Semua pelajar dan Daniel dipandang ikhlas dengan senyuman a.k.a dah berubah mereka itu.

"Assalammualaikum semua yang dihormati yang dibenci yang dihina yang dicaci yang dikecam yang di- macam macam lagii!" Tegur Danisya separuh menjerit dan sempat sengih malu-malu kucing dekat Daniel yang kelihatan pelik melihat mereka.

"Apa awak buat ni?" Soal Daniel

"Maaf Encik Daniel. Saya tahu suara seorang wanita itu aurat tetapi saya haruslah menjerit.." Danisya memandang semua pelajar "Kerana.. saya tahu mereka ini semuanya pekak! Dan dewan ini agak besar!" Jerit Danisya sambil senyum.

Faizal yang tidak jauh dari mereka itu hanya memandang mereka dengan perasaan menyampah. Kalau tak buat kecoh memandang tak sah diorang ni, kebetulan Faizal tidak tahu yang Amymas dah berubah.

"Awak nak apa datang sini?" Soal Daniel lagi.

Danisya hanya senyum kepada Daniel kemudian dia memandang ke arah semua pelajar terutamanya ke arah Faizal, Faizal perasan akan pandangan Danisya tetapi dia hanya membuat bodoh

"Sayerr datang sini sebab nak minta maaf dekat Faizal!" Nama Faizal sengaja Danisya kuatkan lagi sebutannya.

Faizal sedikit terkejut apabila namanya disebut terus pandangannya tajam memandang Danisya termasuk yang lain. Korang kalau tak cari pasal dengan aku memandang tak sah, suka sangat memalukan aku dekat orang ramai bisik hati Faizal menyampah.

"Tapi.. perlu ke awak tolak barang saya sampai jauh dekat meja tu? Awak ingat barang awak ke nak main tolak-tolak macam tu? Kata dah berubah" balas Daniel sambil berpeluk tubuh.

"Bukan barang saya lah saya tolak, walaupun dah berubah wahai Encik Daniel.. ahh gituewww! Tengok saya dah tak panggil Encik Daniel pakcik dah. Saya dah berubah la tu. Saya dah berubah, laihailiha

"Wahai Faizal yang berlagak bagus! Saya dan kawan kawan saya yang lebih dikenali sebagai Amymas ingin meminta maaf atas salah silap saya selama ini" kata Danisya dengan penuh semangat dan kebaranian.

Faizal yang dengar itu sangat-sangat terkejut apabila Danisya mengatakan perkataan maaf. Bukankah Amymas tidak suka dengan perkataan maaf dan setahu dia, selama kenal dengan Amymas, Amymas bukan senang untuk berubah dalam sekelip mata sahaja. Ini mesti ada apa-apa yang tidak kena..

"Kau boleh percaya ke kau nak minta maaf dengan aku? Cara percakapan kau pun masih lagi buat aku sakit hati" balas Faizal sedikit menjerit, biarlah semua orang nak tengok bukan.

"Wahai kawan-kawan sekalian! Kitorang nak minta maaf kalau ada silap dan salah yang kitorang dah buat dekat korang selama ni. Kitorang dah fikir masak-masak nak berubah demi kebahagian... tak payah tahu pun tak apa tapi kitorang betul-betul nak minta maaf!" Kata Emylia dengan penuh sopan.

"Faizal kitorang betul-betul nak minta maaf"

"Aku sebenarnya susah nak percaya kalau kau dah berubah. Bagi aku orang macam korang ni memang susah nak berubah dan tak akan berubah sampai lah korang nazak!" Balas Faizal kasar

"MashaAllah. Kenapa kata begitu wahai sahabat? Kenapa?! Kitorang nak minta maaf ikhlas tahu tak? Ya allah kenapa aku dikurniakan sahabat yang bengong!" Tutur Emylia.

Faizal menjeling tajam.

"Kalau tak percaya tanya Encik Daniel, dia pun tahu yang kitorang dah berubah dah lama dah. Nak minta maaf dekat kau tapi kau tak ada masa hari cuti tu, kan Encik Daniel.. kan?" Tanya Danisya sambil memandang Daniel sambil senyum.

Daniel agak terkejut apabila namanya disebut terus dia bangun dari lamunannya. Daniel memandang Faizal dan senyum kepada Faizal, selama dia kenal Faizal, Faizal dah macam kawan baik dia sendiri.

"Betul Faizal, diorang dah berubah. Beberapa hari yang lepas diorang ada datang minta maaf dekat saya dan dekat semua orang yang diorang dah sakitkan hati. Mereka memang dah berubah" balas Daniel kepada Faizal.

"Kenapa susah sangat kau nak percaya kitorang ah? Teruk sangat ka perangai kitorang sampai kau susah nak percaya?" Soal Emysha pula sambil memeluk tubuh.

"Yelah!" Jawab Faizal bersahaja "Encik Daniel kenapa mudah sangat dengar apa yang diorang cakap? Mudah sangat Encik Daniel terpedaya dengan perangai diorang ni" Faizal menjeling Amymas kecuali Kaisara yang tak habis-habis tersenyum sendiri

"Faizal, awak jangan lah keras hati sangat untuk maafkan diorang. InsyaAllah diorang akan berubah" Daniel memandang semua pelajar dan bersuara "Awak semua pun maafkan diorang, diorang dah berubah"

"Lailahaillallah. Kenapa kata kitorang sebegitu? Kitorang tak pernah menipu okey" kata Danisya selamba.

"Kai, kau tengok lah Faizal ni. Dia taknak maafkan kita" rungut Danisya seperti budak-budak "Kau pujuklah dia"

Faizal yang dengar itu memandang mereka.

"Faizal. Maafkan lah kitorang, kitorang tahu kitorang banyak buat salah buat jahat dekat kau tapi kami tak tak tipu yang kami dah berubah. Maafkan kitorang eh?" Rayu Kaisara dengan penuh senyuman.

"Boleh percaya ke korang ni? Korang minta maaf dekat mukut ke ikhlas dari hati?" Soal Faizal masih lagi tidak percayakan Amymas walaupun Kaisara yang pujuk.

"Kau ni pun, bendul eh? Mestilah guna mulut. Macam mana nak cakap dari hati? Kita berkata, bersuara menggunakan mulut bukannya hati. MasyaAllah, kenapa kamu begini?" Soal Emylia.

Faizal menjeling.

"Faizal, tolong lah maafkan kitorang. Kitorang betul-betul dah berubah. Kitorang tahu kau sakit hati dengan kitorang tapi betul-betul dan ikhlas yang kitorang dah berubah!" Pujuk Kaisara dengan muka yang sedih.

"Faizal, Amymas boleh awak semua bincang dekat luar? Saya nak mengajar yang lain?" Soal Daniel kepada mereka berlima. Mereka seperti mengacau semua pelajar untuk berlajar

Faizal yang rasa berat ingin mengangkat punggung itu mengikut langkah Amymas. Hampir sepuluh minit memujuk Faizal, dia masih lagi tidak percayakan Amymas tetapi kerana melihat Amymas merayu tidak berhenti dan dia mahu masuk ke kelas dihalang, terus dia mengeluh berat dan akhirnya memaafkan Amymas juga.

Amymas kelihatan gembira apabila dimaafkan. Faizal tiba-tiba tumpang gembira apabila melihat mereka semua. Faizal yang ingin masuk ke dalam kelas semula dihalang oleh Kaisara apabila Kaisara memanggilnya, Faizal memandang Kaisara.

"Aku ada satu permintaan dekat kau" kata Kaisara dengan suara yang sedikit perlahan, dia memandang rakannya lain dan memandang Faizal semula.

"Apa dia?" - Faizal

"Getback dengan Lucy.. Please"














_________________________________________
Jangan lupa vote dan comment ! 😉

Miss TroubleMakersWhere stories live. Discover now