🌺 - Bab 4

1K 52 5
                                    

Mereka berada dikolej yang tempat kebiasaan mereka.. selepas habis kelas, mereka ingin berjalan pulang ke rumah tiba-tiba langkah Emysha, Emylia dan Danisya berhenti apabila ternampak Faizal di meja kantin yang sedang sibuk dengan phoneya.

"Eh eh.. korang nak pergi mana?" Kaisara pula yang terkejut apabila Emysha, Danisya dan Emylia berjalan dengan pantas ke kantin.

Dia melihat langkah mereka lurus pergi ke arah Faizal yang sedang melayan telefon itu. Dia lagi terkejut apabila mereka terus ke arah Faizal! Mesti nak serang Faizal ni... Kaisara hanya mengikuti dari belakang.. aduh jangan sampai pelajar lain pandang sudah.

"Woi Faizal! Kenapa kau kacau Kai?" Soal Emysha tenang sambil menghentak meja.

Semua yang berada di kantin itu pandang ke arah mereka kerana terkejut dengan hentakkan Emysha sebentar tadi, diorang sakit hati tengok perangai Faizal yang gatal. Kau siap kau Faizal! Kaisara pula baru sampai dengan wajah yang kalut.

"Malu wey orang tengok" tegur Kaisara memandang sekeliling, memang jelas ramai yang sedang memerhatikan mereka. Aduh malunyee.

"Korang nie kenapa?" Tanya Faizal

"Kenapa kau kacau Kaisara!?" Tanya Danisya tegas, benci tengok perangai tak bersalah Faizal itu, kang aku bagi makan kaki aku yang busuk ni baru tahu!

"Aku minat dia je pun, salah je?" Tanya Faizal

Masa tu Kaisara dah buat aksi muntah, geli dengar kata-kata Faizal itu, minat? Eiuwww. aku jijik sama kau.. jijik, jijik dan jijik.

"Kau ni, aku ingat muka je macam sampah tapi otak mengalahkan orang hutan apasal? Memang lah salah!" Marah Danisya.. tu dia Danisya.. muka macam sampah? Ramai yang minatkan Faizal sebab dia ala-ala oppa korea, kau boleh kata dia muka macam sampah! Kagum!

"Dah lah, daripada aku malukan diri aku sendiri baik aku blah!" Soal Faizal, tenang sahaja lelaki itu mengambil beg galasnya dan terus bangun, dia pun berlalu macam tu je..

"Eh eh!" Panggil Emylia. "Kau nak pergi mana tu? Aku belum settle lagi dengan kau nie!" Jerit Emylia, dia ingin mengejar Faizal. "Wey.. kau.. pengecu..." ayat Emylia berhenti secara tiba-tiba.

Faizal berhentikan langkahnya apabila terdengar bunyi satu hentakan yang kuat! Faizal menoleh belakang! Rupa-rupanya Emylia tersadung. Faizal menahan gelak melihat junior dia ini.. manakala Emysha, Danisya dan Kaisara terkejut beruk.

Danisya, Kaisara dan Emysha terus pergi ke arah Emylia dan mulut ternganga sambil tangan menutup mulut masing-masing. Aduh kenapa dia jatuh buat malu je, rungut Emysha apabila melihat sekeliling sedang ketawa, ada yang sedang menahan ketawa. Malu siot!

"Oh.. my .. god!" Satu demi satu terkeluar dari mulut Danisya.

"Lia, bangun Lia!" Kaisara pergi kepada Emylia dan ingin menolong sahabatnya itu bangun.

Emylia mengadu sakit sambil dia menggosok punggungnya yang sakit. Dia dan Kaisara ingin bangun apabila mereka berdua berdiri tiba-tiba Kaisara pula tersadung kerana Emylia terpijak tali beg galas Kaisara. Itu pun mereka agak terkejut termasuk Faizal, mula-mula Emylia jatuh and then Kaisara pula? Lepas ni, siapa?

"Kaisara! Awak okey tak?" Tanya Faizal panik, dia ingin menolong Kaisara tetapi dihalang oleh Danisya dan Emysha.

"Kau jangan sentuh dia!" Danisya memberi amaran tegas.

"Amboi nie! Sepak kang! baru tahu langit pendek panjang!" Sambung Emysha pula, tak suka orang yang tidak berkenaan menyentuh sahabatnya.

Langit pendek panjang? Are you seriously? Nama je pelajar cemerlang Amymas nie. Tapi lawak bodoh yang dipakai mereka itu, membuatkan mereka kelihatan bodoh, bodoh dan terlebih bodoh

Emysha menyampah melihat Faizal yang merisaukan sahabatnya itu. Dia ingin sahaja menyiram muka Faizal. Dia merampas botol mineral yang berada ditangan Danisya. Danisya terkejut apabila botol airnya dirampas oleh Emysha tetapi dia hanya memerhatikan sahaja. Emysha membuka botol air tersebut.

Air kosong itu sudah pun melayang keluar tetapi terkena Kaisara yang tiba-tiba bangun untuk berdiri di tengah-tengah antara Emysha dan Faizal. Emysha terkejut apabila air kosong itu terkena Kaisara. Alamak bukan salah aku kan? Dia yang bangun secara tiba-tiba..

Bukan Emysha sahaja yang terkejut tetapi kesemua yang dikantin juga turut terkejut melihat mereka. Emysha tengok muka Kaisara sudah merah menyala akibat menahan geram! Oh my god! Emysha memandang Kaisara.

"Hey beb! Apasal kau bangun?" Tanya Emysha dengan nada terkejut. Kaisara turut pandang Emysha.

"Habis tu kau nak aku terbaring dekat lantai ni sampai bila?" Tanya Kaisara geram sambil berdiri di sebelah Emysha dan Danisya.

Tetapi Emylia masih cuba untuk berdiri kerana punggungnya masih terasa sakit akibat hentakan tadi.

Emysha melihat tiada sesiapa dah! Dia mlihat air di dalam botol tadi masih lagi berisi. Emysha senyum jahat. Air itu melayang keluar lagi. Tetapi... Alamak! Muka Emysha berubah apabila air itu terkena Emylia pula! Emylia sama macam situasi seperti Kaisara!

Elok dua dua ekor nie boleh jadi penyelamat. Sape suruh bangun, hah! Amek! Baik hati sangat jadi pelindung si Faizal kan.

"Arghhh! What the hell? Argh!" Jerit Emylia sambil menyapu muka yang basah dengan air itu.

Lagi sekali semua yang berada di kantin itu gelakkan Emylia termasuk dengan makcik kantin. Kurang ajar punya makcik kantin. Suara gelak kau tu boleh dengar satu kantin tahu? Dasar makcik bawang! Ada pelajar tahan gelak, yang gelak terus pun ada!

"Asal kau pandang aku macam tu? Tak reti minta maaf?" tanya Emylia kasar kepada Emysha, Emysha hanya buat muka selamba.

"Apalah nasib korang.. tadi tersadung and then korang kena simbah air. Malu bin malu tau!" Kata Danisya nada yang memerli, tanpa rasa bersalah.

"Ehh kau! Kitorang yang kena kau yang malu! Apahal kau?" Marah Emylia jeling.

"Awak! Awak okeykan? Nah ambil tisu ni lap muka" kata Faizal tetiba menghulurkan tisu kepada Kaisara..

Emylia dan Danisya yang berperang mulut itu terus pandang mereka sekilas.

"Tak pa lah! Aku okey!" Jawab Kaisara sambil membetulkan bajunya yang basah.

Emylia terus berjalan sedikit dan merampas tisu tersebut daripada Faizal. Faizal terkejut dengan tindakan Emylia! Kau baik hati sangatkan nak bagi tisu ni!

"Thanks wey! Lega sikit muka aku ni! Hero malaya kononnye" perli Emylia pura-pura memuji sambil membersihkan mukanya.

Kau ingat kau boleh goda Kaisara ke? Ramai lah lelaki yang tak dapat goda Kaisara akibat bala-bala yang kurang ajar macam kami ni.. iaitu Amymas! Kalau bukan kami yang halang pun.. Kaisara tidak akan terpikat atau tergoda! Puihhhh!!!



___________________________________
Jangan lupa vote dan comment ! 😉

Miss TroubleMakersWhere stories live. Discover now