Amymas memandang Daniel yang duduk keseorangan sambil bermain handphone. Mungkin tunggu mama dia yang tengah bersembang dengan mama mereka kut.
Amymas berbincang untuk kenakan Daniel lagi. Mereka menghampiri Daniel yang kononnya aman keseorangan itu. Kau takkan aman kalau kau dekat dengan Amymas.
"Bulannya gelap, malam yang menarik, bintang yang menyedari, langit yang cantik..."
Daniel terkejut mendengar suara itu tetapi dia tidak menoleh kerana dia tahu siapa yang menegurnya. Bala sudah datang, sabar je lah.
"Pakcik Daniel yang tidak hemsem, kasutnya murah, baju yang baru beli dengan harga yang murah, jam tangan secordhand, handphone 2 ringgit. Pakcik buat apa di sini?" Tegur Kaisara sambil membuat aksi yang tidak menarik minat.
Daniel malas nak jawab soalan itu. Dia bermain handphonenya tanpa memperdulikan Amymas yang mendekati dirinya.
"Pakcik Daniel yang pekak lagikan bisu, saya tahu pakcik tidak dengar dan tidak boleh menjawab soalan saya tapi saya tanya tu jawablah!" Emylia pula berkata.
"Awak nak apa?! Jangan kacau saya boleh tak?" Daniel masih lagi bengang dengan apa yang telah mereka lakukan.
"Pakcik sihat?"
"Kenapa tiba-tiba tanya saya sihat ke tidak?"
"Mana tahu pakcik balik je tadi terus menangis, kena simbah dengan air milo panas kan" perli Emylia sambil ketawa sedikit.
"Saya malas nak layan perangai awaklah! Baik awak pergi kalau tak ada benda yang nak beritahu"
"Saya dengan my geng come because nak you.. minta maaf dekat Danisya! Pakcik lupa ke apa yang pakcik buat?" Soal Emylia
"Buat apa saya nak kena minta maaf pula? Awak yang buat salahkan? Awak yang patut minta maaf dekat saya bukan saya yang minta maaf!"
"Pakcik nak saya beritahu semua orang yang pakcik ni lelaki dayus ke? Biar tak ada perempuan nak dekat pakcik!" Ugut Danisya pula dengan geram.
"Awak nak ugut saya? Bukan ke perempuan dengan mak awak tu girlfriend saya kan? Dia nak je dekat saya" sindir Daniel dengan selamba.
Amymas tahu Daniel memerli dia bahawa mama Daniel sendiri mereka panggil girlfriend tua Daniel tetapi Amymas kisah apa? Mereka hanya membuat muka yang tidak bersalah.
"Saya suruh pakcik minta maaf cara baik kan? Cakap je lah yang pakcik tu sanggup dipanggil dayus!" Perli Emylia pula.
"Pakcik kena ingat tau, mak pakcik taktahu yang pakcik tu dah tampar Danisya. Kalau dia tahu, confirm pakcik kena marah sebab pukul perempuan" ugut Kaisara sambil senyum sinis.
"Pakcik nak minta maaf tak?"
Daniel diam..
"Dua saat je saya bagi, kalau tidak saya beritahu mak pakcik!" - Emylia
Daniel masih diam, geram!
"Sa..tu.."
Daniel membuat muka menyampah.
"Dua! Aunty Dianaaaa!" Panggil Emylia dengan kuat.
Diana yang tidak jauh memandang Emylia
"Okey! Okey, saya minta maaf!" Kata Daniel pantas, dia mula mengalah. Kalau mama dia tahu dia akan dimarah teruk kerana telah menyakitkan seorang wanita.
"Ye, Lia? Ada apa?" Diana separuh jerit.
Daniel dah mula panik apabila mama dia mula mendekati mereka. Aduh, matilah aku kalau diorang beritahu apa yang aku dah buat beberapa hari yang lepas. Daniel memandang mamanya.
"Ye kenapa Lia panggil Aunty?" Soal Diana
Emylia memandang Daniel dengan ekor mata. Kau nak main-main dengan aku kan Daniel tapi disebabkan kau dah minta maaf, aku akan tukar ayat aku.
"Tak ada apa Aunty.. Daniel ni ahh" beritahu Emylia.
"Kenapa dengan Daniel?" Soal Diana sambil memandang anaknya.
Belum sempat Emylia nak bersuara, Emysha bersuara terlebih dahulu.
"Dia nak kitorang beritahu dekat owner restoran tu yang dia nak sangat basuh pinggan mangkuk yang kita pakai tadi tapi saya kata tak payahlah sebab tu bukan tugas dia, tapi.. dia nak juga. Tulah kitorang beritahu Aunty" Emysha membuat cerita palsu kepada Diana, padan muka kau. Emysha berkata dengan penuh sopan.
"Ha? Daniel nak basuh pinggan?" Diana sedikit terkejut dengan kata-kata Emysha.
"Yelah Aunty. Dia yang nak sangat, Aunty boleh beritahu dekat owner restoran tu tak? Dia kata tak bayar gaji dia pun tak apa. Ikhlas katanya" Kaisara menjeling Daniel dan senyum kepada Diana.
"Kalau Daniel nak basuh sangat, basuh jelah. Kalau Dani rajin, basuh je semua sekali yang ada dekat sana" Diana senyum kepada anaknya, baik pula anak dia kali ini.
Daniel berpura-pura senyum, dia memerhatikan Diana pergi ke arah kawan-kawannya. Kemudian, biji mata menoleh ke arah Amymas yang tengah menjelir ke arahnya. Jelir je yang korang tahu kan? Potong lidah tu baru tahu!
Karina memanggil Daniel yang kebetulan lalu didepannya. Daniel pun datang ke arah Karina dan kawan-kawannya, Daniel terus duduk dikerusi disebelahan Ellyna.
Diana dan Amymas tengah berbual satu sama lain. Jahat Amymas mengutuk Daniel dekat mama dia susah. Tak pasal-pasal mama dia percaya kata Amymas bulat-bulat.
"Daniel, okey ke ajar diorang tu?" Soal Karina
"Ha? Okey je.. kenapa tanya?" Daniel terpaksa menipu.
"Diorang tak ada buat masalah ke? Boleh Daniel bagitahu apa yang diorang dah buat? A to Z?" Soal Karina lagi.
"Beritahu apa? Diorang okey je" bohong Daniel. Dia bukan apa, dia kesian dekat Amymas walaupun Amymas banyak menyakitkan hatinya.
"Okey? Diorang mana pernah tak buat masalah. Daniel jangan risau.. beritahu je apa yang diorang dah buat selama Daniel mengajar diorang. Kalau Dani pernah jumpa diorang dekat luar kolej pun Dani cerita je"
"Eh.. tak ada apa lah"
"Dani bohong Aunty ni.. Amymas mana pernah-pernah tak buat masalah. Dani cerita je" - Darwina
"Kalau Daniel tak beritahu, Daniel dikira bersubahat dengan plan jahat diorang tu" ugut Ellyna pula.
"Tak sanggup saya dianggap bersubahat dengan diorang, Aunty" kata Daniel dengan serius, orang gila pun taknaklah.
"Daniel jangan nak reka cerita pula, Aunty kenal diorang tu" tegur Ellyna.
"Aunty nak Dani beritahu hal sebenar yang pernah diorang buat je selama ni" kata Karina pula.
Daniel yang tak sanggup dianggap bersubahat dengan budak yang bermasalah itu terus mencerita hal sebenar dari permulaan mereka jumpa sehingga sekarang.
Mama mereka yang dengar itu betul-betul terkejut dengan kata-kata Daniel, bagi mereka memang susah hendak percaya apa yang telah Daniel beritahu.
Tapi mereka percaya kerana apa yang Daniel beritahu itu ada logiknya kalau ikut perangai Amymas. Anak mereka itu memang sangat-sangat melampau!
Banyak kali dah diorang kata jangan buat masalah, tolong dengar cakap tapi diorang mengabaikan kata-kata mama mereka sendiri. Darwina, Karina dan Ellyna sangat geram apabila Danile mencerita itu, ada bahagian boleh diterima dan ada bahagian sangat melampau!
Amymas memang betul-betul taknak dengar kata-kata mereka. Tiada jalan lain selain mengugut mereka pasal hal keluarga! Korang memang tak sayang mama sebab tu korang tak dengar cakap mama bisik hati mereka!
___________________________________
Jangan lupa vote dan comment ! 😉
YOU ARE READING
Miss TroubleMakers
FanfictionAmymas ! (Complete) Cerita ini mengisahkan tentang sebuah kumpulan yang bernama Amymas. Kumpulan tersebut terdiri daripada empat orang iaitu Emysha, Emylia, Danisya dan Kaisara. Mereka berempat sentiasa bersama tidak kira susah atau senang. Mereka...