🌺 - Bab 65

257 18 8
                                    

Hampir seminggu mereka menunggu jawapan dari Faizal tetapi Faizal tiada memberi apa apa maklumat pun tentang secret admire itu. Mereka berasa marah dengan Faizal.

Kerana Faizal tiada kata apa-apa tentang secret admire tu, mereka pun pergi mencari Faizal dikantin untuk..? Seranglah, Amymas akan buat apa lagi selain serang orang?

Mata sibuk mencari di mana Faizal berada. Beberapa saat mencari Faizal, akhirnya ternampak Faizal tengah makan bersama kawan-kawannya. Waw.. best betul kau makan kan? Aku suruh kau cari secret admire tu tapi kau boleh lepak dengan kawan kawan kau muka macam longkang tu? Longkang cantik lagi bisik hati Danisya geram.

"Woy Faizal!" Jerit Danisya dari jauh.

Kerana jeritan itu semua memandang ke arah Amymas. Kaki Danisya laju berjalan untuk pergi ke arah Faizal. Faizal yang tengah makan itu tiba tiba jadi tidak berselera nak makan apabila kemunculan Amymas. Meluat! Tetapi Faizal tidak meluat dengan Kaisara

"Kau bohong aku ke?! Nak dekat seminggu dah wey, apa apa maklumat pun kau tak beritahu aku! Kau bohong aku kan? Kau sengaja nak aku tuduh kau ke yang kau secret admire yang sebenar?!" Kasar Danisya bertanya dan dia mendekati Faizal.

"Woowo.. malulah sikit! Yang nak menjerit tak tentu arah ni kenapa? Korang tu perempuan. Jagalah adab sikit bro!" Tegur kawan Faizal yang bernama Aiman, perangai tak reti berlemah lembut dan macam jantan.

"Hey kau diam boleh tak? Kau tu dari dulu lagi suka penyebuk! entah-entah masa mak bapak kau tengah nak buat adik kau pun sibuk nak join kan?!" - marah Danisya kepada Aiman

Kawan Faizal terkejut sedikit dengan kata-kata Danisya. Dah lah kata kuat pula tu, mulut main lepas je si Danisya ni, tak pernah nak cover. Kawan Faizal menepuk meja sedikit kuat.

"Mulut kau jaga sikit! Suka hati kau je nak kata macam tu dekat aku dengan mak bapak aku? Kau ingat kau bagus sangat ke? Kau tu anak yatim kau tahu tak? Jagalah sikit mulut tu jaga maruah arwah bapak kau! Kalau dia ada lagi, mesti dia kecewa dengan kau sebab kau jadi orang bermasalah!" - Aiman.

"Aku taknak cakap dengan kau tahu tak?! Aku datang sini sebab nak cakap dengan Faizal! Kau sibuk kenapa?!" - Danisya.

"Aku sibuklah sebab dia kawan aku! Kau nak suruh dia cari secret admire untuk buktikan yang dia tak bersalah kenapa?! Kau ingat dia detektif? Dia dah kata dia tak buat tu maknanya tak buatlah! Takkan lah pasal surat je kau nak melalak tak tentu pasal?" Marah Aiman seperti orang yang matang.

"Aku suruh kau cari ke dia yang cari? Kau jangan sibuklah bro! Kau jangan nak bajet bagus, kau tu bukannya bagus mana pun. Aku dah suruh dia buktikan yang dia tak bagi semua benda tu, tapi dia tak datang bagi apa apa klu, maklumat dekat aku!"

"Kau nak suruh dia buktikan dekat kau kan? Suka hati dia lah nak buktikan bila pun, minggu depan ke bulan depan ke tahun depan ke sejuta tahun sekali pun suka hati dia lah!" - Aiman.

"Aku bagi tempoh dekat kau lima hari je kau tahu tak? Masalah sekarang ni dah enam hari, ni kalau aku ahlong dah lama kau kena pancung kepala sebab kau mungkir janji!" Danisya kata kepada Faizal kerana malas nak layan Aiman.

"Kau ni gila kan?!" - Aiman.

Kaisara dan Faizal dah menanah telinga dengar peperangan itu. Danisya gaduh disebabkan Kaisara dan Aiman disebabkan Faizal, mereka memang sahabat baik kerana itu Danisya boleh mengamuk sebab Kaisara.

"Selalunya perempuan gila je meroyan macam kau! Kau ni kenapa sampai macam ni sekali nak cari pasal? Sebab orang bagi kertas dekat kawan kau ni?" Aiman menunjuk Kaisara.

"Kenapa? Kenapa aku meroyan macam ni? Sebab Kaisara ni kawan baik aku lah sengal, tu pun nak kena ajar ke? Aku sanggup buat apa je sebab kawan aku. Bukan macam kau, sanggup bunuh diri sebab girlfriend gila harta yang tengah couple dengan kau!" Balas Danisya kasar.

Miss TroubleMakersWhere stories live. Discover now