🌺 - Bab 64

242 19 3
                                    

Lucy memandang wajah Faizal dengan pandangan yang marah. Faizal pula betul betul sakit hati apabila Amymas dan Lucky Girls cari dia sehingga sampai dewan itu. Apa yang penting sangat? Malukan dia lagi adalah.

"Baby! Kenapa you kata you tu psycho? You gila ke? You... you ni memang.. memang letak otak dekat lulut eh?"

Faizal yang kena baling dengan teddy bear termasuklah bunga dengan menahan sakit dan dia menuju ke arah pintu keluar. Dia taknak pelajar lain tengok mereka berperang mulut!

"Eh..eh kau! Kau nak ke mana? Aku ada dekat sini kau pergi dekat pintu tu apahal? Nak mampus dah ke?" Tanya Danisya kasar.

"Kita bincang dekat luarlah!" Balas Faizal kasar.

Amymas dan Lucky Girls memandang satu sama lain. Tanpa memperdulikan Puan Choung yang ada di situ mereka terus keluar dari dewan tersebut dan mengikut ke nama Faizal ingin pergi.

"Korang nak apa?" Tanya Faizal

"Kitorang nak apa?! Hello! Kau tu apa masalah nak kena bagi Kaisara surat bodoh macam tu? Kau tak faham ke jantan aku dah kata jangan bagi apa apa surat dekat Kaisara PEKAK BADAK dah ke?!!"

"Surat? Tapi tu kad kan?" Tegur Sally

"Surat dan kad, sama jelah! Kau nak aku report polis betul betul eh? Yelah.. kau tu bengong, telinga tersumbat. Orang kata Jangan Bagi tapi telinga kau dengar orang kata BAGILAH! Problem eh telinga kau?!" Emylia sengaja menguatkan perkataan bagilah itu.

"Surat apa?! Aku taktahu apa apa lah! Korang jangan asyik nak menuduh aku je! Aku tak tahu apa apa! Kau gila ke aku nak kena cakap aku psycho?! Yang psychonya korang bukan aku!" - Faizal

"Ikutkan nak je aku heret korang ni pergi mahkamah. Biar senang sikit selesai dekat sana, tak ada lah korang nak tuduh aku tak habis habis!" Sambung Faizal lagi sambil menjeling Amymas

"Kau ada duit ke nak bayar lawyer? Tak ada kan.. So, kau dengar je lah aku membebel dekat kau.. sebab semua ni berlaku disebabkan kau juga!" Emylia menunjuk penumbuk padunya.

"Biy! Kenapa you kata you psycho ahh?! You memang betul betul psycho ke? You jangan nak cari pasal dengan i, biy! You tahu tak i ni sayangkan you tapi you mengaku diri you psycho?!" Lucy sudah memarahi Faizal walaupun Faizal sudah kata bukan dia yang buat.

Faizal memandang Lucy.

"You kata you sayang i tapi you macam tak percaya yang i tak buat semua ni? Kalau you sayang i you percaya kata i, i tak buat semua benda ni" balas Faizal tegas.

"Terang terang ada nama you dekat sini biy! Faizal Iskandar! You buta ke tak boleh nak baca nama you sendiri? Tapi bila nak tulis ayat dekat kad tu boleh pula! Biy, kalau tak pandai baca, tak pandai tulis sekali!" Lucy bengang.

"Tak sangka you dua kali lima bodoh macam diorang. Emylia conteng nama secret admire dan dia tulis nama i. You tengok lah betul betul ada kesan contengan tu. Dia bukan conteng semua, dia buat satu baris je dekat secret admire tu. Still boleh bacalah secret admire tu!" Faizal menunjuk kad tersebut.

"Ouh yeke?" Lucy blur sekejap.

"Kenapa susah sangat kau nak mengaku tu kau yang bagi?! Kena ikat ke mulut kau tu?" Tanya Emysha kasar.

"Ke.. setan duduk dekat mulut kau?" Sindir Emylia pula sambil menahan gelak. Tetapi bagi semua tidak kelakar langsung.

"Aku dah kata bukan aku yang bagi surat tu!! Susah sangat ke korang nak tolong faham?!" - Faizal

"Kau kira balik.. kali ni dah masuk berapa kali kau bagi surat dekat Kaisara? Sekarang nak tambah dengan bunga, teddy bear pula. Baik kau beli dekat si mangkuk ayun ni!" Emylia menunjuk Lucy yang berkaki ayam.

"Apa bukti yang kau berani tunjuk bahawa kau tak bersalah?!" Danisya mencabar Faizal.

"Okey fine! Kau nak aku buat apa?"

"Terjun bangunan" jawab Danisya selamba.

Terkejut Faizal dibuatnya, Lucy juga turut terkejut dengan permintaan Danisya tersebut. Lucky Girls memandang Danisya tajam! Kau gila ke?

"Kau jangan nak cabar dia bukan bukan, Nisya! Kau tahu kan yang dia tu boyfriend Lucy? Kau nak Lucy jadi janda muda ke?!" Sally memarah Nisya, dalam masa yang sama dia membela Lucy walaupun Faizal dan Lucy tak kahwin lagi.

"Kau jangan nak cari pasal boleh tak? Kau ingat aku tak takut dosa ke? Bunuh diri tu berdosa besarlah gila! Tak fikir ke?! Aku ni waras lagi, tak pernah pernah aku terfikir nak bunuh diri sendiri!"

"Kau ni bodoh lagikan banggang? Dia suruh kau terjun bangunan bukan bunuh diri. Tak reti beza ke?" Soal Emysha tenang.

Kaisara pula hanya diam apabila mereka bergaduh disebabkannya. Kau nak gaduh? Kau gaduhlah! Aku tak kisah bisik hati Kaisara.

"Aku akan cari siapa secret admire!" Jawab Faizal.

"Kau nak cari buat apa? Kau sedar tak secret admire tu kau! Yang nak pergi cari diri sendiri tu kenapa? Akal mana? Ouh.. akal kau kat kubur" Emylia tanya soalan dekat Faizal dan dia sendiri yang jawab.

"Ya allah ya tuhanku! Aku dah kata bukan aku, BUKAN AKU faham tak?" Tanya Faizal tegas, dia dah boleh jadi gila kalau asyik dituduh sahaja.

Amymas memandang satu sama lain. Kalau bukan Faizal yang buat, siapa? Mereka dah tersalah orang ke? Dari dulu sampai sekarang, Faizal mesti tak mengaku. Danisya mengeluh berat.

"Okey. Kalau bukan kau yang salah, you have to find that secret fan. Tu pun kalau bukan diri kau lah!"

"Aku taknak kau upah orang untuk menyamar sebagai secret admire tu!"

Amymas terus pergi dari situ dengan wajah yang bengis, kalau secret admire tu bukan Faizal. Faizal pasti akan jumpa siapa peminat rahsia Kaisara yang sebenar!






___________________________________
Jangan lupa vote dan comment ! 😉

Miss TroubleMakersWhere stories live. Discover now