🌺 - Bab 41

307 24 2
                                    

Sebelum nak masuk magrib, Daniel pergi singgah ke kedai makan untuk membeli barang masakan yang mama dia suruh. Memang ramai yang perhatikan dia sebab jarang sekali ada lelaki beli barang dapur.

Semasa dia nak ambil pasta, ada seseorang menegur dengan lembut. Daniel menoleh dengan pantas, melihat sahaja wajah wanita tua itu terus dia senyum.

"Assalammualaikum, Daniel kan?"

"Wassalam, Aunty. Ye saya, Daniel"

"Dah besar panjang dah kamu dah lama makcik tak jumpa kamu" tegur wanita tua yang bernama Karina Hanna itu.

Aunty Karina ni sekalu menolong keluarga dia sewaktu dia kecil dahulu.

"Aunty apa khabar?"

"Baik je. Mama kamu macam mana? Sihat?"

"Sihat. Ni Dani nak beli bahan masak yang dia oder" jawab Daniel dengan senyuman ikhlas.

"Aunty Lyna dengan Aunty Wina mana?" Tanya Daniel pelik, selalunya mereka akan datang bertiga.

Ellyna Eyka dan juga Darwina Zahra. Mereka selalu sekali jika pergi mana-mana. Dah setahu Daniel, anak diorang selalu sekali juga. Cuma dia tak pernah kenal dengan anak diorang je.

"Diorang ada je dalam kereta .. Aunty balik sini sebab nak pergi rumah anak Aunty je. Kamu tahukan anak Aunty, dengan Aunty Lyna dan Aunty Wina duduk rumah sekali" beritahu Karina.

"Tahu kut. Diorang kerja ke sekrang?" Tanya Daniel ingin tahu.

"Tak adalah. Dia masih belajar lagi tapi.. Aunty pun taktahulah apa diorang buat dekat kolej tu. Yang Aunty dapat rasakan banyak masalah yang diorang timbulkan" terang Karina kepada Daniel.

"Macam tu pula eh? Er.. Dani nak gerak dulu lah Aunty. Takut mama tunggu lama-lama. Nanti datanglah rumah kalau free" beritahu Daniel.

"Ye ye.. gerak elok elok"

"Kirim salam dekat Aunty Ellyna dengan Aunty Darwina tau. Bye" Daniel terus pergi dari situ.

Karina tengok sampai kelibat Daniel hilang. Dia datang untuk menjenguk anak-anak mereka sebab sudah lama mereka tidak pulang ke kampung. Ellyna Eyka, Karina Hanna dan Darwina Zahra, dalam perjalanan







___________________________________
Jangan lupa vote dan comment ! 😉

Miss TroubleMakersWhere stories live. Discover now