🌺 - Bab 51

290 23 1
                                    

Minggu kedua sudah pun tiba, masa untuk mereka memasak. Selama seminggu duduk dengan mama mereka, mereka langsung tidak berlajar masak. Bila mama mereka ajak masak macam macam alasan mereka bagi.

Amymas masuk ke dalam dewan utama yang menjadi tempat mereka memasak itu. Semua barang sudah tersedia, semua orang sudah ada. Hanya kena tunggu pertandingan bermula lagi setengah jam.

Amymas nampak kelibat kedua dua perempuan yang mereka buli itu di bahagian pintu kedua dewan utama itu. Mereka datang dekat kepada mereka secara tiba tiba..

"Halloo.. yuhuuuu" tegur Danisya.

"Lama kita tidak ketemu ya.. kamu bagaimana? Sihat ngak?" Emylia nak cakap indonesia tetapi tidak pandai ada hati nak cakap juga.

"Korang nak apa?"

"Kau pasti akan kalah dalam pertandingan ini" kata Danisya dengan berlagak

Mereka malas nak layan Amymas yang datang serang mereka tiba tiba. Mereka merasa Amymas gila dan terus pergi dari situ.

Amymas bosan nak kena tunggu lama-lama, bosan yang teramat. Kaisara ternampak Lucky Girls yang bebarapa meter je jauh dari mereka tetapi ada yang tak kena, Lucy tiada disitu. Amymas datang ke arah mereka juga.

"Helloo.. mana lagi sorang? Takut ke?" Perli Danisya tiba-tiba.

Zatty dan Sally hanya membuat muka meluat yang amat. Sibuk je.

"Dia takut eh? Ouh.. atau sebab korang ada 3 orang dan peraturan kena dua orang je, sebab tu lah salah sorang dari korang pergi mampus?" Sindir Danisya lagi.

"Kau diam lah! Kau tu bukan tentu masak sedap sangat pun! Bukan.. tak sedap sangat, memang sah tak sedap masakan kau. So kau jangan nak berlagak sangat okey" balas Sally sambil kipas mukanya dengan kipas lipat itu.

"Kau perli aku? Kau ingat aku macam kau ke taktahu apa apa pasal dapur!" Balas Danisya.

"Kau tahu bahan dapur ke? Apa yang kau kenal? Beras? Budak tadika pun kenal beras tu apa" sindir Zatty pula.

"Seteruk teruk kitorang ni, kitorang reti beza daging ayam dengan daging lembu! Bukan macam kau, daging lembu dengan daging kambing pun tak reti beza!" Sindir Emylia balik.

"Kau nak bezakan daging lembu dengan daging kambing? Budak tadikan pun tak retilah! Kau tu reti beza ke daging babi dengan daging biawak?"

Amymas menjeling Zatty dan Sally.

"Korang tahu tak yang korang tu bakal kalah beberapa jam je lagi" - Sally

"Tak tahu pun. Aku rasa aku tak kalah sebab aku masih kenal daging ayam" balas Emylia.

"Tu baru daging! Belum bahan masak lain lagi. Belum tentu kau tahu semua tu" - Sally.

"Hello beb ! This's Amymas lah. Amymas tak tahu pun.. masakkan diorang akan sedap. Dan yang pasti dan terlebih pasti. Korang punya macam loser" pergi Danisya.

Zatty, Sally, Emylia dan Danisya masih berperang mulut. Masing-masing tidak puas hati. Emysha yang berkumpulan dengan Kaisara itu pergi ke arah bahan masakan.

Semua bahan masak itu diperhatikan, sejujurnya mereka tak kenal semua benda yang ada dekat tempat bahan masakan. Tetiba pengumuman telah pun tiba.

"Assalammualaikum semua pelajar. Harap korang semua dah bersedia untuk memasak. Pastikan korang dah ada pasangan sendiri untuk pertandingan ini. Okey, kamu akan mula lagi 10 minit"

"Kamu nampak tak belah kiri dan belah kanan kamu ada bahan masakan. Kamu perlu ambil bahan yang hendak dipakai sahaja dan tidak boleh membazir bahan bahan tersebut"

Emysha dan Kaisara memandang satu sama lain, macam mana nak ambil bahan yang nak pakai je kalau diorang masak pun taktahu nak pakai bahan apa.

"Saya akan beritahu menu yang harus kamu masak untuk juri sebentar saje lagi. Harap kamu semua bersedia dan tidak perlu mengelabah"

"Seperti yang kamu tahu, pemenang ada 3 orang sahaja dan kamu semua perlu buat yang terbaik untuk menanglah. Ayam telah disediakan di kawasan masak korang"

Amymas, Zatty dan Lucy hanya membuat bodoh dan malas nak ambil tahu pasal semua ni. Mereka pun di paksa oleh Daniel dan Malik. Lucky Girls dipaksa oleh Malik dan Amymas dipaksa oleh Daniel.

"Get Ready semua!"

"Yes get ready everyone! Get ready untuk kalah!" Jerit Danisya dan suaranya kedengaran satu dewan tanpa berasa sedikit malu pun, siap ketawa lagi.

"Korang akan kalah! Amymas ialah yang terbaik! Terbaik dan terbaik! Silap bukan Amymas tetapi Danisya dan Emylia adalah yang terbaik! Terbaik! Terbaik!"

Semua hanya memandang Danisya yang menjerit tanpa rasa malu langsung. Selalunya lelaki yang akan menjerit, melalak seperti itu.

Malik dan Daniel yang memberi pengemuman itu malas nak menegur dalam hati hanya berkata. Amymas dan Lucky Girls gila! Selalunya orang gila jangan dilayan. Takut nanti makin mengganas.

"Kenapa tak ada sorang pun balas kata-kata aku? Nampak sangat korang takut en? Sekurang kurangnya balas lah balik 'koranggg tuww yang patuwww kalarr'. Cakap cakap cepat" jerit Danisya bagaikan seorang yang gila di situ.

"Tak ada? Itu petanda kita akan menanglah, Nisya! Kaisara dengan Emysha pun akan kalah!" Balas Emylia sambil memandang Danisya.

"Hoi! Kau jangan nak jadi orang bengap tak tentu pasal dekat sini lah! Kau nak aku balas pantun kau yang dulu tu ke? Kalau pantun kau mesti kalah!" - Zatty

"Pantun apa bro? Wa tak hilanglah apa pantun" bohong Danisya dengan riak wajah yang hodoh.

"Kau ni memang jenis tak ingat apa apa eh? Macam mana kau nak menang kalau tak ingat apa apa benda langsung? Kau tu yang patut kalah!" Zatty mengatakan perkataan yang diperli oleh Danisya tadi.

"Ouhlalala babyyyy! Kau sedar tak kau tengah mengata siapa sekarang ni? Ni Danisyalah! Ni pula Emylia! Nur Emylia Elissa kau tahu tak? Bab memasak ni hujung jari jelah" - Danisya.

"Beb aku hafal nama penuh kau tau aahh" kata Danisya lagi dengan penuh bangga.

"Alaa.. so suwittt!" Mereka membuat aksi sweet di situ tanpa pedulikan Sally dan Zatty yang berperang mulut itu.

"Malas lah aku nak layan kau. Gila tak tentu pasal, yakin yang diri sendiri boleh menang pula tu, berlagak besar!" Balas Zatty menyampah.

"Dengar tak semua orang yang dia kata kami ni berlagak? Selalunya orang berlagak akan menang!" Jerit Danisya lagi, tak malu pun jerit jerit ni bagi dia yang malu mama dia lah nanti.

Sally menyampah Danisya dok memekak dekat situ, Sally mengambil botol mineral yang ada berdekatannya dengannya, sapa punya pun taktahu. Dia terus baling sehingga kena tepat pada kepala Danisya. Danisya yang kesakitan itu, memandang Sally atau Zatty sekilas.

Danisya dan Emylia pergi ke arah semua pelajar untuk memerli mereka. Pelajar lelaki yang tidak masuk pertandingan itu pun mereka perli tanpa rasa malu. Ayat yang disebut.

Kau akan kalah loser!

Kau bakal menangis bila pemenang akan diumumkan lepas habis pertandingan.

Kau akan melutut merayu minta aku ajar kau masak sebab aku berbakat.

Kau akan menyesal apabila berlawan dengan Danisya termasuk Emylia.

Kau kena mengalah awal awal lah loser.

Mereka memang jenis yang tak sedar diri.








___________________________________
Jangan lupa vote dan comment ! 😉

Miss TroubleMakersWhere stories live. Discover now