Mereka tidak menjawab soalan mama mereka, malah mereka memandang Kaisara dan senyum gembira apabila sahabat mereka sudah sembuh, soalan mama mereka tidak dijawab dan mereka bertanya soalan kepada Kaisara.
"Kai, kau dah boleh keluar eh?" Tanya Danisya senyum
Kaisara tidak menjawab. Darwina terus bersuara kembali.
"Mama tanya ni, korang pergi mana? Pagi-pagi dah tak ada. Semalam mama tak bagi keluar, mesti korang curi-curi keluarkan?" Tanya Darwina lagi.
"Korang dah curi-curi keluar, korang pergi mana?" Soal Ellyna pula.
Memang mereka hanya duduk dirumah anak mereka tetapi dirumah itu ada mereka dan anak mereka kenalah keluar minta izin dengan mama sendiri. Kalau mereka tiada mesti Amymas dah keluar.
"Kitorang keluarlah" balas Danisya selamba
"Pergi mana?" - Darwina.
"Jaga.." Danisya tidak tahu nak jawab apa, dia memandang Kaisara "Jaga Kai.." sambung Danisya lagi, tidak logik jawapannya.
"Kau jangan bohonglah" kata Kaisara tegas.
"Jaga Kai? Tapi semalam mama yang jaga. Bila masa pula korang jaga Kai ni? Boleh pula nurse tu bagi korang masuk sampai tiga orang pula tu. Selalunya penjaga pesakit sorang je" Karina seperti menyukarkan keadaan.
"Ada lah.. mama mengigau kut" jawab Danisya.
"Mengigau apa.. memang tak boleh jaga pesakit ramai-ramai dekat hospital" balas Karina lagi.
"Yeke?" Danisya tidak pernah tahu yang pengaja tidak boleh lebih dari seorang, disebabkan itu dia main jawab sahaja apabila Karina berkata begitu.
Mereka tidak ingin memberi tahu mama mereka perkara sebenar kerana mama mereka tidak pernah menyokong benda jahat yang mereka pernah buat. Malah lagi membebel adalah, cakap berdosalah, tak baik lah dan macam-macam lagi.
Mereka menyuruh mama mereka keluar sebentar kerana mereka ada hal penting ini diberitahu kepada Kaisara. Pada mulanya mama mereka taknak keluar tetapi selepas dipujuk dan mereka mengugut mama sendiri barulah mereka bertiga keluar dari wad itu.
Sebaik sahaja kelibat mama mereka hilang, mereka terus memandang Kaisara dengan sekali gus, membuatkan Kaisara sedikit terkejut. Kenapa dengan diorang ni?
"Apa yang nak diberitahukan tu?" Soal Kaisara malas.
"Aku dah jumpa siapa yang langgar kau!" - Danisya
"Ha? Apa korang cakap ni?" Kaisara kurang faham.
"Kau ni banganglah! Lelaki yang langgar kau tulah. Dia taknak bertanggungjawab, aku carilah dia sampai dapat sebab tulah aku sampai lambat hari ni" beritahu Emylia dengan bangga. Yelah dia dapat tangkap lelaki itu kut.
"Habis tu mana dia?" - Kaisara.
"Kitorang dah ikat dia dekat rumah dia sendiri" jawab Emysha tenang sambil membelek kuku sendiri, dalam masa yang sama sempat dia memandang Kaisara.
"Ha?!!" Kaisara terkejut.
"Dah sehari dia kena ikat. Aku lah yang ikat dia. Tak sangka aku ni pandai ikat orang juga kan" kata Emylia dengan bangga.
"Ha? Kepala otak kau, gila ! Jahat gila korang buat macam tu! Dia nak pergi tandas, makan macam mana? Tak baiklah" balas Kaisara suara yang cemas.
"Salah dia lah. Sapa suruh langgar kau lepastu lari? Kitorang dah cakap dengan dia, selagi Kaisara tak sedar selagi tu kitorang tak akan lepaskan dia"
"Nasib baik si Faizal tu tolong. Ikutkan Faizal taknak tolong tau sebab dia cakap plan aku jahat, kejam tapi bila aku sebut je nama kau, sekelip mata dia nak tolong" kata Emylia lagi.
"Kalau aku nak apa-apa aku sebut je nama kau, confirm dia akan buat. Banyak gila peminat kau Kaisara oii! Kau tahu tak aku ni dah macam orang gila pergi tuduh si Faizal tu" - Emylia
"Tuduh apa?" Tanya Kaisara
"Secret admire tu lah" balas Emylia.
"So bukan Faizal lah yang bagi?" - Kaisara
"Bukan lah. Kau tahu tak? Secret admire dengan lelaki yang selamatkan kita daripada Leon Chong tu orang yang sama!" Danisya.
Kaisara susah nak percaya.
"Kau dah boleh keluarkan? Jom aku bawak pergi jumpa dia"
Kaisara yang mula nak merajuk dengan sahabatnya sendiri itu terus tidak jadi. Rupa-rupanya mereka pergi membalas dendam untuk dirinya tapi siapa lelaki yang dia beritahu itu?
___________________________________
Jangan lupa vote dan comment ! 😉
YOU ARE READING
Miss TroubleMakers
FanficAmymas ! (Complete) Cerita ini mengisahkan tentang sebuah kumpulan yang bernama Amymas. Kumpulan tersebut terdiri daripada empat orang iaitu Emysha, Emylia, Danisya dan Kaisara. Mereka berempat sentiasa bersama tidak kira susah atau senang. Mereka...