Tengah tengah malam Emysha, Emylia dan Danisya berkumpul di hadapan bilik mereka Danisya. Mereka menurun tangga perlahan lahan, mata sibuk memandang sekeliling kerana takut mama mereka sedar.
Timbul pintu dipulas perlahan lahan supaya tiada bunyi yang kuat. Mereka terus pergi ke arah kereta mereka dan enjin terus distart. Nasib baik mama mereka tidak sedar yang mereka curi curi keluar.
Sebelum mereka pergi ke rumah tersebut, mereka singgah ke 7eleven untuk membeli minuman. Mereka sangat dahaga kerana dari pagi tidak minum air, makan pun tiada selera.
Kereta diparking betul betul dihadapan 7eleven. Mereka pun terus keluar bersama, air dipilih mengikut selera masing masing. Sebaik sahaja mereka keluar dari 7eleven itu. Emysha terlanggar seseorang.
Badan hampir nak jatuh ditahan, mata lurus memandang lelaki tersebut dan lelaki itu turut sama memandang Emysha dan yang lain. Daniel?
"Pakcik buta ke?! Alamak ai! Nasib baik saya tak mati tergolek! Kalau tak saya bunuh pakcik!"
"Awak tu yang buta. Jalan pandang depan bukan pandang lantai. Lagi satu, tadi awak kata kalau awak mati awak akan bunuh saya kan ?" Soal Daniel "But how?" Daniel seperti memerli Emysha.
"Ingat hantu tak wujud ke? Lagipun, adik saya dengan kawan saya ada! Diorang boleh balas balik lah dekat pakcik!"
"Dahla.. malas saya nak layan awak, gila. Haa ni.. awak buat apa dekat sini malam malam buta macam ni? Tak reti nak balik ke, kalau jadi apa apa dekat awak mak awak juga yang susah"
Emysha malas nak jawab soalan itu.
"Tanya orang konon... dia tu buat apa dekat sini!" Emylia membalas semula.
"Saya lelaki tak apa. Awak tu perempuan, you're girls, you know? Tak akan bahasa inggeris awak fail kut? Girl bahasa inggeris pun taktahu" perli Daniel
"Mana awak nak pergi? Semua pakai baju warna hitam je. Lipstik pun hitam, mata hitam, kasut hitam, baju seluar hitam. Rambut je tak hitam" perli Daniel lagi.
"Suka hati sayalah" - Danisya
"Takkan nak pergi mana-mana pun nak kena ikut tema ke? Atau awak sengaja nak pakai semua warna hitam, nak sedondon. Ingat sweet ke? Nanti orang tengok, hidup awak semua ni penuh dengan kegelapan"
Mereka hanya jeling, menyampah!
Daniel seperti perasaan sesuatu, dia memandang kiri kanan. Lupa yang Kaisara tiada bersama, dia dapat tahu yang Kaisara kena langgar dihadapan kolej, itu pun sebab dia nak pitam.
"Kawan awak lagi sorang mana?" Sengaja Daniel tanya.
Semua mata memandang Daniel pantas, takkan dia taktahu kut? Dekat kolej je pun Kaisara accident. Bukan dekat tempat lain, kalau semua pelajar pun tahu apatah lagi semua pensyarah yang ada dekat sana kan? Ke dia sengaja.
"Ouh.. lupa. Kawan awak tu dekat hospital"
"Pakcik jangan nak sakitkan hati saya tau. Saya kalau hilang sabar, daripada ada muka terus tak ada kepala. Nak ke? Jangan cabar saya! Kalau pakcik berani jerus air durian yang busuk tu, jangan ingat kami yang perempuan ni tak berani!" Tegas suara Danisya berkata.
"Korang ingat ingat saya takut? Kalau korang boleh cabar saya, saya pun boleh cabar awaklah! Dah saya yakin seratus peratus yang awak tak berani buat!"
"Pergi mampuslah!" Kuat Danisya berkata, dia terus masuk ke dalam kereta dengan keadaan yang marah terhadap Daniel, bodoh!
Emylia sempat memijak kaki Daniel sebelum dia pergi ke kereta, Daniel menjerit kesakitan, dah lah dia pakai selipar. Manakala Emysha hanya menjeling tajam, Daniel memandang sehingga kereta mereka laju meluncur pergi.
"Pelik betul. Selalunya bukan main buat lawak bodoh diorang tu, tapi kali ni bukan main serius lagi. Ada apa apa ke diorang ni? Nak ke mana malam malam?
Daniel terfikir sekejap, memang ada perbezaan. Selalu mesti ada ayat yang menyakitkan hati Daniel dan mereka mesti akan buat masalah bila berjumpa dengannya, kali ini betul betul lain kerana mereka sangat serius.
"Split personality kut"
Daniel terus masuk ke dalam 7eleven itu.
___________________________________
Jangan lupa vote dan comment ! 😉
YOU ARE READING
Miss TroubleMakers
FanfictionAmymas ! (Complete) Cerita ini mengisahkan tentang sebuah kumpulan yang bernama Amymas. Kumpulan tersebut terdiri daripada empat orang iaitu Emysha, Emylia, Danisya dan Kaisara. Mereka berempat sentiasa bersama tidak kira susah atau senang. Mereka...