Seperti semalam, mereka bangun awal untuk kenakan Daniel. Meraka memasang tali di buka pintu itu untuk jatuhkan Daniel kalau dia langgar dan mereka juga meletakkan baldi yang berisi air di atas pintu.
Laluan itu khas untu Daniel sahaja. Mereka tidak masuk kelas lagi. Apabila ada orang nk lalu pintu itu Amymas membohong pintu itu rosak dan menyuruh mereka menggunakan pintu belakang.
Apabila mereka kira bilangan semua pelajar sudah hadir dan cukup termasuk mereka dan mereka terus masuk ke dalam dewan. Siapa yang akan masuk selepas ini mestilah pensyarah.
Mereka dah tak sabar nk tunggu Daniel membuka pintu itu. Kau akan basah Daniel, ajarlah kitorang dengan keadaan kau yang basah.
Beberapa minit kemudian..
Mereka terdengar bunyi pintu cepat-cepat mereka memandang. Pintu itu baru buka, kelihatan itu bukan Daniel. Omaigod!
Pensyarah tua itulah! Belum sempat nak halang Malik itu telah pun melanggar tali itu dan dia jatuh tersadung, barang yang dipegang jatuh. Semua orang terkejut.
Tidak cukup dengan itu, tiba-tiba air pula yang meluncur jatuh ke arah diri Malik. Lagilah mereka terkejut apabila air tumpah dengan banyak.
Patutnya letak air sikit je tadi! Aduih, selama kena denda berdiri lama-lama. Hari apa pula, kau ni kena bernasib baik sangat eh Daniel.
Tiba-tiba Daniel datang, lihat wajah Daniel itu turut sama terkejut. Dia menolong Tuan Malik bangun dan meletakkan dia diatas kerusi.
"Tuan, tuan okey ke?" Tanya Daniel panik.
Amymas dah takut semacam. Aduh! Kantoi tak aku yang buat semua ni? Pelajar dewan itu mesti tahu mereka yang plan sebab mereka tidak bagi pelajar lain masuk menggunakan pintu itu.
"Tuan buat apa dekat kelas ni?" Tanya Daniel kepada lelaki itu.
"Saya okey.. saya nak hantar file pelajar kelas ni" balas Malik itu.
Daniel memandang ke arah lantai, file itu selamat mendarat mencium lantai dewan yang besar itu. Daniel memandang semua pelajar.
"Siapa yang buat letak benda tu dekat pintu masuk utama?!" Tanya Daniel tegas.
Mereka diam membisu termasuk Amymas . Aku apa mereka nak buat ni? Tiada tidak balas dari pelajar itu, Daniel memandang Amymas, mereka bukan ke? Macam mana nak tahu kalau mereka pandai buat muka seperti orang tak bersalah?
"Okey! Taknak beritahu kan.. markah awak semua sahaja akan tolak 20%! Awak tak kesian ke buat orang tua macam ni? Adab dekat mana? Siapa yang buat tu, memang tak tahu pasal adab terhadap orang tua ke?" Marah Daniel tegas.
Pedih telinga mendengar Daniel ceramah. Pandai dia ceramah kami semua eh.. ceramah lah girlfriend tua dia tu kan.. eleh tak sedaq diri betul.
"Saya paling pantang kalau orang yang buat semua ni adalah lagu muda dari tuan pensyarah korang ni! Tak ada adab, biadab, suka sangat ke kenakan orang? Dulu dah kenakan dia dengan gam, kali ni bagi tahu lepastu basahkan dia pula?" Marah Daniel lagi.
Amboi.. kau fikir semua tu perangkat untuk lelaki tua tu? Excuse me! Semua ni Amymas buat untuk kenakan kau lah, Daniel ! Taktahu macam mana boleh ada penyelamat selamatkan kau, dah 2 kali.
Pelajar hanya memerhatikan lelaki itu wajah yang kerisauan.
Apabila tiba waktu berehat, Amymas pergi ke kantin. Dia ingin oder nasi untuk kenakan Daniel, dan tulis surat bahawa itu mak dia yang bagi. Mak lah kan.. taktahu lah mak dia ada lagi ke tidak.
"Makcik boleh bungkuskan nasi goreng kampung tak?" Tanya Kaisara senyum.
"Boleh, berapa?" Tanya makcik kantin.
"Satu je" jawab Kaisara.
"Makcik.. tapi nasi tu bila goreng.. letak 2 sendok besar garam. Sendok tau bukan sudu" beritahu Emylia kepada makcik itu.
"Nak bagi sapa ni?"
"Tak bagi sapa pun. Kitorang suka masin-masin. Teringin nak rasa darah tinggi. Best tak ada darah tinggi makcik? Macam best je dengar" balas Emylia sambil sengih, tanya pula makcik ni.
"Bungkus air sekali ye.."
"Air apa?"
"Air garam.. 2 sendok juga. Sendok besar tau. Kalau tak ada senduk pakai mangkuk, biar penuh mangkuk tu" balas Kaisara pula.
"Air garam, satu mangkuk? Tapi harga bertambahlah sebab pakai garam banyak"
"Okey.. kitorang mampu" balas Danisya berlagak.
"Okey.." baru sahaja makcik itu nak pergi dia dipanggil lagi..
"Err..makcik! Nasi goreng tu boleh. Letak 5 senduk besar lah? Thanks"
Makcik itu hanya mengikut arahan, dia hanya bekerja di kantin itu. Makanan yang di oder oleh mereka siap dalam masak 15 minit, mereka pun bayar untuk makanan itu.
Kau patut bersyukur Daniel aku belanja kau! Mereka pergi ke bilik pensyarah Daniel, kelihatan tiada sesiapa di situ, mereka terus letak makanan dan surat yang tertulis sesuatu itu di atas meja Daniel yang bersebelahan pensyarah tua itu. Dalam masa yang sama mereka akan mengintai dari jauh.
Selepas menolong Malik, Daniel memantu dia untuk duduk di meja mereka. Sebaik sahaja Daniel duduk, dia ternampak ada makanan di meja dia.
Siapa pula yang bagi ni? Daniel mengambil makanan itu, dia melihat, seperti baru masak, panas pun panas. Tapi tiada yang hantar. Dia ternampak satu kertas dan terus di ambil dan dibaca
~ Assalammualaikum Daniel, ini mak ada
sediakan makanan untuk Daniel. Makan
tau. Penat mak hantar.#Mak
Daniel mengangkat kening pelik, siap bila mama biasakan diri 'mak' ni? Pelik betul lah. Daniel memandang pensyarah tau itu. Kesian dengan dengan lelaki itu, jatuh, macam-macam dugaan.
"Tuan.. tuan lapar tak? Ni saya ada makanan ni. Tiba-tiba je ada atas meja saya, surat ni tulis mak saya yang hantar. Tuan nak tak?"
"Takpe...lah. Awak makan lah"
"Tuan ambil lah saya tak lapar" kata Daniel dengan senyum dan nasi itu diberikan kepada lelaki tua itu, dia mengucap terima kasih kepada Daniel.
Daniel memandang Malik yang sedang membuka bungkusan makanan itu dengan penuh selera. Nak kata lelaki ini pengemis bukan tapi dia tak bertenaga selepas jatuh.
Sudu diambil dan sudu di masuk ke dalam mulut. Kekali gigit! Dua kali gigit, muntah semula! Dia terjerit, Daniel terkejut.
"Air.. air!" Minta Malik seperti orang sawan.
"Air?" Daniel panik, dia nampak ad air berbungkus itu terus di ambil dan bagi dekat lelaki tua tu.
Malik sedut sekali, sedut dua kali, 3 kali.. semburrrr! Malik mengambil airnya sendiri. Daniel sedikit geli melihat tetapi dia pelik kenapa dengan pensyarah itu?,
Dalam masa yang, Amymas yang tengah memerhatikan itu, mengeluh berat! Nak kenakan orang lain. Orang lain yang kena, aduh awat licik sangat taktahu si Daniel ni.
Yang pergi bagi lelaki tua bangka tu kenapa? Terang-terang tulis mak kau yang masakkan? Kenapa nak bagi orang? Tak hargai langsung! Ke kau tak ada mak?
Amymas terus berambus dari situ sambil melepaskan geram. Ketiga-tiga benda yang mereka buat mesti kena dekat pensyarah tua tu, hero malaya kononnye.
___________________________________
Jangan lupa vote dan comment ! 😉
YOU ARE READING
Miss TroubleMakers
FanfictionAmymas ! (Complete) Cerita ini mengisahkan tentang sebuah kumpulan yang bernama Amymas. Kumpulan tersebut terdiri daripada empat orang iaitu Emysha, Emylia, Danisya dan Kaisara. Mereka berempat sentiasa bersama tidak kira susah atau senang. Mereka...