🌺 - Bab 43

321 27 4
                                    

Amymas sampai di rumah hampir pukul 12 pagi. Kereta diparking, apabila keluar dari kereta itu mereka ternampak sebuah kereta proton berwarna putih tengah parking diluar yang berhampiran dengan pintu pagar rumah mereka.

Kereta itu seperti kenal tetapi mereka tidak ingat kereta siapa. Yang pasti kereta itu pernah dilihat, persoalan sekarang ni. Ingat parking mak bapak kau ke sesuka hati kau je nak parking dekat depan rumah aku? Desis Amymas.

Mereka jalan ke arah pintu, sempat lagi jeling ke arah kereta tersebut. Kasut dibuka dan disimpan dirak, Kaisara membuka timbul pintu tersebut, tidak sempat dia nak langkah masuk ada sesuatu yang dia nampak!

"Arghh! Pontianak!" Jerit Kaisara sambil mengundurkan diri, habis terlanggar Danisya, Emysha dan Emylia yang ada dibelakangnya.

"Ha? Pontianak?!"- Danisya ! Mereka kelihatan takut, rumah mereka mana pernah masuk pontinak sebelum ni. Seram!

"Baca yasin!" Jerit Danisya tetapi dia adalah orang yang pertama keluar dari rumah tersebut.

Seseorang yang dikatakan pontianak itu pun keluar dari rumah apabila terkejut melihat keempat-empat anak dara itu! Perangai mengalahkan orang kena rasuk !

"Bertuah punya budak!" Jerit suara seseorang dari dalam rumah.

Amymas yang seperti kecil suara itu terus mengangkat muka. Danisya sangat kenal suara itu. Dia yang bersembunyi dibelakang kereta itu terus panjangkan leher untuk melihat gelaran siapa itu.

"Mama?" Danisya terkejut melihat.

Emysha, Emylia, Kaisara yang ketakutan itu terus sedar apabila Danisya menyebut perkataan mama. Mama? Apa diorang buat dekat sini?

"Mama! I miss you! Mama miss me?" Danisya berlari anak mendapatkan mamanya itu, terus tubuh yang memakai telekong itu.

"Mama?!" Yang lain turut sama datang peluk tubuh tua itu kerana rindu..

"Mama? Mama mana?" Tanya Emysha kepada mama Danisya itu.

"Ha'ah lah ! Mama mana?" Soal Emylia juga.

"Mama Kai mana? Rindu lah" kali ini Kaisara pula yang bertanya, jelah dah berbulan-bulan tak jumpa kan.

"Diorang ada dekat dalam tengah solat" jawab Darwina kepada anak kawannya itu.

Solat? Lambat betul solat. Tapi mama suka solat banyak kali. Alim lah kononnye kan, mereka terus masuk ke dalam rumah. Danisya tak habis-habis tanya, bagaimana Darwina boleh masuk ke dalam rumah itu.

"Mama buat apa dekat sini?"

Rang tamu itu penuh sahaja dengan anak dan mak masing-masing. Tengah-tengah malam mama mereka nak soaljawab kenapa? Mereka dah ngantuk ni.

"Kenapa korang balik lambat sangat?" Tanya Darwina agak risau, yelah dari petang tadi mereka balik sampailah pukul 12, baru nampak batang hidung anak masing-masing.

"Korang pergi mana ni?" Tanya Ellyna pula.

"Club" jawab Emysha selamba tapi jujur

"Club? What are you talking about? Korang sedar tak korang pergi mana? Anak dara pula tu!" Mama Emysha dan Emylia sudah membebel tak tentu pasal.

"Just enjoy okey" kata Danisya tenang.

"Tak sentuh pun najis setan tu, mama. Musuh kitorang pun tak sentuh, tak sangka diorang pun tahu halal haram" - balas Emylia.

"Korang tu dah besar panjang, takkan nak kena tegur banyak kali baru faham bahasa" Ellyna dah mula membebel.

"Ni mama.. habaq pasal faham bahasa.. ni Lia ada benda nak cerita dekat mama" Emylia sudah nak mula kan gosip terkini.

"Apa dia?" - Darwina

"Lia, jangan nak cerita yang bukan-bukan" tegur Karina, ibu kepada Kaisara Hazel.

"Manoo adoo! Orang citerr benda yang elok ye.. benda ni betul-betul berlaku" Emylia dah nak mulakan cerita.

"Dekat kolej kitorang tu kan.. ada pensyarah baru tau tak mama lepastu tu yang menyakitkan hati ni.. ni hati ni!" Emylia menunjuk dadanya itu tanpa rasa malu.

"Haa.. dia boleh ugut nak tolak markah kitorang! Wahh.. panas ini hati!" Sambung Emylia lagi.

"Tolak markah? Markah apa? Assignment korang? Tak lain dan tak bukan ni, korang mesti tidur dalam kelaskan? Memang patut pun kena tolak markah!" Karina mengokong pensyarah tersebut.

"Mama mana boleh sokong dia, kenalah sokong anak sendiri tidur dalam kelas.. ada ke mempertahankan orang yang tak kenal, macam pensyarah tu" Kaisara menegur mamanya.

"Suka sangat balik lewat malam ke? Habis tu kelas esok pergi pukul berapa kalau tidur lambat?" Soal Ellyna pula.

"Pukul.. 9 kut" jawab Danisya bersahaja.

"Pukul sembilan? Bukan kelas korang start pukul lapan ke?" Tanya Ellyna pelik.

"Excuse me mama! Mama sportchek jadual kelas kitorang ke?" Tegur Danisya.

"Yelah" jawab Ellyna.

"Mama mama sekalian tahu tak? Membaca, melihat, mengambil, menyentuh barang orang tanpa meminta izin itu adalah salah. Salah besar!" Ceramah Danisya kepada mama mereka.

"Betul. Mama akan kena hukuman tali gantung sehingga mati kalau polis tahu semua tindakan mama ni!" - Emylia

"Yess, mama akan disoal siasat, mama nak ke macam tu? Mama tak takut kena masuk penjara punya lama?" - Danisya

"Mama kena minta izin dulu sebelum bertindak tanpa pengetahuan sesiapa. Tak baik mama kalau macam tu" - Emylia.

"Itu boleh dipanggil jenayah sexual tahu tak? Kerana membaca biodata orang sesuka hati" - Danisya

"And one more thing, itu semua salah! Berdosa, tak baik sebab apa? Sebab tak minta izin lah. Aduh mama ni takkan nak kena beritahu satu-satu" rungut Emylia lagi.

Ellyna, Darwina dan Karina menggeleng kepala melihat perangai anak masing masing. Tak berubah-rubah, perangai budak-budak masih lagi melekat pada diri mereka.








___________________________________
Jangan lupa vote dan comment ! 😉

Miss TroubleMakersWhere stories live. Discover now