Amymas berlari ke arah kereta mereka. Mungkin penjahat itu tidak tahu tempat mereka parking kereta. Enjin dihidupkan terus Danisya membawa mereka pergi dari hutan berbahaya itu.
Mereka mengeluh lega di dalam kereta, ingatkan nyawa mereka tidak selamat, terima kasihlah kepada lelaki yang tolong mereka itu.
"Fuih.. aku macam takcaya je beb ! Semalam kena culik, hari ni selamat. Selalunya, kena culik ni berbulan-bulan tau tak" balas Emylia.
"Kan.. macam bestlah pula pergi sana" Danisya yang memandu itu memang cari nahas.
"Aku memang tak akan ikut kau dah! Baik kita balik rumah je sekrang ni. Dah berapa malam aku tak mandi, rasa macam 20 malam tak mandi" bebel Emysha.
Kaisara tetiba teringatkan sesuatu
"Wey.. kitakan dah cakap nak datang kolej hari ni tapi sekrang ni nak dekat pukul 1 lebih dah" beritahu Kaisara kepada rakannya.
"Ala lek lah. Kita ni masih dalam misi nak balas dendam. Aku dapat rasakan dia risaukan kita, tambah pula kita tak beritahu hutan mana. Korang percayalah, nampak je muka kita risau hilang yang datang perang dunia dengan Daniel!"
"Ye jugak.. kita kena plan benda lain pula"
"Gam tak menjadi, jatuh kena simbah air tak jadi, Makanan tak jadi sebab apa? Sebab ada pensyarah tua ni ni ambil ahli tempat Daniel lah pula. Kesian pun kesian tapi nak buat macam mana sapa suruh jadi hero Daniel tu kan" beritahu Kaisara senyum.
Semasa peristiwa jatuh itu, pensyarah tua itu jatuh sakit tak layan. Mungkin itu balasan sebab denda pelajar lain yang tak bersalah berdiri tengah panas.
Kau memang hebat Amymas. Kau buat tu tak kantoi, kau buat ni tak kantoi. Hebat, hebat.. kau fikirlah plan yang lebih kejam untuk kenakan Daniel itu.
Mereka selamat sampai diruang dan membersihkan diri masing-masing , selepas bermain di hutan dengan penjahat itu pada pagi tadi.
Mereka berharap Leon Chong dengan kucu-kucu dia tak cari mereka sampai ke rumah. Yelah, mereka pun rasa tidak mahu memperbesarkan masalah dan tidak akan memberitahu polis pasal kejadian pagi tadi.
Esok mereka akan pergi kolej seperti biasa kerana nak ikutkan kehadiran mereka makin menurun, ni kalau sampai dekat dekan mesti kena membebel dan dapat surat amaran.
___________________________________
Jangan lupa vote dan comment ! 😉
YOU ARE READING
Miss TroubleMakers
FanfictionAmymas ! (Complete) Cerita ini mengisahkan tentang sebuah kumpulan yang bernama Amymas. Kumpulan tersebut terdiri daripada empat orang iaitu Emysha, Emylia, Danisya dan Kaisara. Mereka berempat sentiasa bersama tidak kira susah atau senang. Mereka...