Prologue

2.5K 133 17
                                    

PANG!

Sebuah buku teks matematik yang dilempar oleh rakan sekelasnya, hinggap di atas kepala Gempa. Lelaki yang bertubuh besar dan pendek, berumur 17 tahun itu mengaduh sakit.

Gempa mengusap kepalanya, sakit tidak terkata. Dia hanya mampu berdiam diri sambil menangis di dalam hati. Dia mengerling rakan sekelasnya dengan hujung mata, mereka sedang mentertawakan dirinya yang malang itu.

"Hoi gemuk! Aku nak kau pergi mampuslah dengan badan kau yang entah berapa kilo tu. Dah macam spesies gajah aje aku tengok kau, ke kau ni kembar gajah eh?" ejek seorang gadis, yakni adalah pembuli setia kepada Gempa.

Seisi kelas menghamburkan gelak, mereka bersorak menyokong gadis itu. Yaya.

Namun sorokan itu tidak bertahan lama, bila seorang pelajar lelaki yang dipuja dan disegani seisi sekolah itu melangkah masuk ke dalam kelas. Top student sekolah, Halilintar.

Halilintar mendudukkan dirinya dikerusi, wajahnya dingin dan tegas. Tanpa menghiraukan mereka semua, dia merebahkan kepalanya di atas meja. Matanya menikam wajah rakan semejanya, Gempa. Tidak lama kemudian, dia berpaling menghadap ke tingkap kelas lalu kelopak matanya dipejam rapat.

"Okay guys. Kita sambung lain kali lah pula. Kita kasi nangis dia, okay deal?" ujar Yaya dengan wajah jahatnya.

Seisi kelas 5 Cempaka, bersorak setuju seperti mendapatkan mainan yang baru.

Gempa menundukkan kepalanya, hujung baju sekolahnya digenggam kuat. Dadanya berasa sebak dan sakit. Apa salah dirinya, sampaikan di jadikan mangsa buli? Apakah kerana tubuhnya yang terlampau gemuk dan banyak lemak itu, dia dipandang serong oleh mereka?

"Kau kuat Gem, kau kuat." bisik Gempa perlahan. Tubir matanya disekat, nafas ditarik panjang lalu dihembus perlahan.

•••••

Gempa menatang dulang makanannya dengan hati-hati, badannya yang besar itu amat menyukarkan dirinya untuk berjalan dengan baik.

"Maaf." kata Gempa bila tidak sengaja melanggar Halilintar yang bangun dari duduknya.

Halilintar hanya memandang wajah tembam lelaki itu, lalu dia mengambil alih membawa dulang makanan Gempa. Halilintar meletakkan dulang tersebut ditempat biasa yang Gempa selalu duduk.

Pembuatan Halilintar yang membantu si lelaki gemuk itu, membuatkan seisi kantin terdiam dan hanya memandang dengan perasaan meluat.

"Tch! Apasal lah dia caring sangat kat laki gemuk tu? Aku yang patut dia layan begitu, tak guna!" bentak Yaya geram, pipinya berbahang kerana amarah.

"Aku rasalah kan, laki gemuk tu dia sengaja nak tarik perhatian Halilintar kau tu." kata Ying, sambil mengunyah kuih pau.

"Betul tu Yaya, aku pun rasa macam tu. Kau tak rasa nak buat sesuatu kat dia ke?" seorang lagi rakannya bersuara, menghasut Yaya.

Yaya memandang kedua rakannya, Ying dan Dahlia. Dia tersenyum sumbing sambil memetik jarinya.

"Aku ada idea."

Mereka bertiga saling membalas senyuman yang penuh tersirat. Ibu jari diangkat, tanda bagus.

****"
Yay or nay?

****"Yay or nay?

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Halilintar

Halilintar

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Gempa

40 Day's I Love You (HaliGem) [C]√Where stories live. Discover now