Part 31

685 75 6
                                    

Senyuman Gempa mengembang lebar, anak matanya menatap sungai buatan yang ada di halaman rumahnya.

Kepalanya didongakkan ke atas, dia melihat permukaan dada langit yang gelap gelita itu. Bulan yang bercahaya terang dengan bintang-bintang berkelipan menghiasi dada langit. Sungguh indah ciptaan Tuhan.

"Oit!"

Kepala Gempa teralih bila ada yang menegurnya, dia tersenyum manis pada Taufan yang melangkah mendekatinya.

"Melamun jauh nampak? Ingat kat siapa? Linlin kesayangan kau ya?" kata Taufan berbaur perlian.

Gempa merengus kecil. "Tak adalah. Cuma menikmati ciptaan Tuhan sahaja. Malam ni cantik pula tengok langit."

Gempa kembali memandang ke arah langit, Taufan turut melakukan hal yang sama.

"Cantik."

"Kan?"

Mereka berdua hanyut ke dalam fikiran masing-masing dengan anak mata tetap fokus pada keindahan langit malam itu. Mereka berdua tersentak kecil bila mendapati tahi bintang jatuh ke arah timur.

"Wahh! Tahi bintang lah." seru mereka berdua dengan mata membulat kagum.

"Tak sia-sia, aku keluar. Boleh tengok tahi bintang secara live." kata Taufan.

"Tulah kau, aku ajak kau tengok langit sebelum ni tak nak. Kan dah melepas." kata Gempa.

Taufan mencebik. "Yelah. Ohya, minggu depan dah exam. Kau dah ulangkaji?"

"Dah. Kau pula?"

"Sama. Dah." jawab Taufan.

Gempa mengangguk, dia rebahkan kepalanya pada bahu Taufan. Suasana diantara mereka berdua menjadi hening. Sesekali tangan Taufan mengelus rambut Gempa.

•••••

Beberapa hari kemudian...

"Semua pelajar boleh mula menjawab sekarang."

Semua pelajar berdoa dan mula menjawab kertas soalan dalam keadaan senyap.

Gempa menoleh kiri dan kanan, dia memandang Halilintar yang jawab soalan peperiksaan dengan santai sahaja. Halilintar menoleh bila rasa dipandang oleh seseorang, dia menjongket kening pada Gempa.

Gempa mencebik lantas dia menjawab kertas ujiannya.

Halilintar tersenyum melihat Gempa yang blur dalam menjawab soalan itu.

Masa bergerak dengan pantas, sehinggalah cikgu yang menjaga kelas mereka mula angkat suara.

"Okey, masa menjawab sudah pun tamat. Semua pelajar sila berhenti dari menjawab. Orang yang duduk paling belakang sila pungut kertas peperiksaan mengikut barisan korang. Cepat."

Tanpa buang masa, para pelajar yang duduk di meja paling belakang segera bangun dan mula melakukan apa yang disuruh oleh guru tersebut.

"Okey, kamu semua boleh keluar rehat." Ucap guru wanita tersebut, dia tersenyum manis pada anak didiknya lantas beredar keluar dari kelas.

"Linlin jom rehat." ajak Gempa pada Halilintar.

"Jom."

Mereka berdua bingkas bangun dari kerusi dan berjalan beriringan keluar kelas.

"Yow guys! Jom rehat sekali." sapa Blaze. Disisinya terdapat Solar, Thorn dan Ice.

Gempa tersenyum lebar seraya mengangguk kepalanya, manakala Halilintar hanya memandang dengan wajah datar.

"Jom! Lagi ramai lagi meriah!" seru Gempa semangat. Mereka semua tergelak kecil dengan tingkah lucu Gempa.

"Jom!"

•••••

Halilintar dan Gempa berjalan keluar dari bangunan sekolah sambil berbual kosong.

"So, amacam boleh jawab tak ujian tadi?" soal Halilintar. Bahu Gempa terjongket acuh dengan wajah monyok.

"Hei! Dah kenapa dengan muka kau tu?" Halilintar tersenyum geli hati melihat wajah Gempa itu.

"Hmmm, bolehlah. Main tembak-tembak aje. Hehehe."

Kepala Halilintar tergeleng perlahan, dia mengusap kepala Gempa kasar.

"Kau ni, janganlah main tembak aje. Nanti kalau ujian sebenar kau nak tembak juga? Nanti aku pula yang tembak kau baru tau."

Bibir Gempa menjuih ke bawah.

"Tembak pakai apa? Pistol?"

"Taklah, tembak pakai cinta aku pada kau." Kata Halilintar dengan gelak kecil.

Gempa hanya mencebik. "Tak lucu pun."

"Eh, kau ni dah kenapa? Badmood pasal tak boleh jawab exam tadi?"

"Hmm..." gumam Gempa.

Halilintar hela nafas lalu dia tersenyum seraya merangkul bahu Gempa.

"Petang karang aku pergi rumah kau, kita belajar bersama nak?" kata Halilintar cuba memujuk Gempa.

"Okey! Janji?"

"Janji."

Mereka berdua berbalas senyuman, sambil berjalan menuju ke pondok bas yang ada di depan sekolah mereka.




Tbc...

Hhui, Sya rasa chapt ni sikit keling dan hambar.. Sorry guys! Idea ke laut pula... 🤣

40 Day's I Love You (HaliGem) [C]√Where stories live. Discover now