Part 38

748 76 7
                                    

Helaan nafas terhambur di kedua belah bibir Halilintar, terasa sedikit lega selepas menelan sebutir dua ubat penahan sakit.

Dia memandang pantulan wajahnya di cermin solek, pucat semacam sahaja wajahnya. Seperti mayat hidup.

"Kau okey?" kepala Halilintar terkalih ke arah sumber suara, dia melihat Solar yang melangkah keluar dari bilik air.

"Okey." jawab Halilintar sepatah.

"Aku tak percaya. Hmmm, tadi masa balik sekolah kau pergi mana?" soal Solar, seraya mendekati Halilintar yang masih mematungkan diri di hadapan cermin solek.

"Hospital."

Kepala Solar terangguk. "Apa kata doktor?"

"Macam biasa."

Solar mengeluh. "Apa tak ada pengembangan untuk rawat penyakit kau?"

Halilintar memandang wajah sepupunya dalam-dalam, dia mengeluh berat. Kepala digeleng perlahan sebagai jawapan untuk soalan Solar.

"Solar.."

Kepala Solar terangkat, dia pandang anak mata Halilintar yang tampak menyimpan banyak rasa di dalam sana. Dia meneliti wajah pucat Halilintar itu.

"Apa?"

Halilintar diam sejenak sebelum buka mulut.

"Boleh janji dengan aku?"

"Apa?"

"Tak banyak pun, cuma.. boleh tak kau tolong jagakan Gempa untuk aku?"

Mulut Solar seakan terkunci rapat, dia membalas pandangan mata Halilintar. Dia seakan tahu ke mana arah bicara Halilintar tersebut. Tidak semena-mena dadanya menjadi sesak.

"Kenapa pula?"

Halilintar tersenyum kecil. "Sebab aku dah tak dapat nak jaga dia dah. Janji dengan aku ya?"

Kepala Solar tertunduk ke bawah, merenung permukaan lantai bilik dengan tatapan mata yang kosong.

"Ba..baik. Aku janji."

"Thanks cousin." tubuh Solar dipeluk Halilintar erat.

Solar membalas pelukan tersebut, tubir matanya yang berair di kesat perlahan. Dia tidak mahu Halilintar melihatnya yang tengah bersedih itu.

•••••

Keesokkan harinya...

Halilintar memandang ke atas pentas, pengetua sekolah sedang buat ucapan pada pagi itu di perhimpunan sekolah.

Tangan Halilintar tergenggam kemas, bibir bawahnya digigit. Rasa sakit yang menyerang kepalanya ditahan sekuat tenaga. Ringisan kecil keluar dari belah bibirnya. Pandangan matanya sedikit berbalam dan gelap, namun dia gagahkan diri untuk tetap sedar.

Solar yang duduk disebelah Halilintar, perasan akan tindak tanduk sepupunya yang seperti menahan sakit. Dia mengerling pula Gempa yang berada di sebelah kiri Halilintar, lelaki itu tampak khusyuk mendengar ceramah ringkas dari pengetua sekolah. Dia berbalik memandang Halilintar.

"Kau okey?" bisik Solar. Dia memaut lengan Halilintar tatkala perasan akan tubuh lelaki hampir rebah.

Halilintar menoleh ke sebelah, senyum pahit terlakar dibibir pucatnya.

"Okey."

"Jangan nak tipu aku kalau kau sebenarnya tak okey!" bisik Solar dengan nada suara geram. Geram dengan sikap Halilintar, yang berlagak kuat diluar walha dalam diam sedang melawan rasa sakit.

Halilintar hanya tersenyum, dia sedikit terbatuk. "Fine, aku cuma pening aje."

Solar tidak menjawab, dia hanya memerhati sepupunya yang kelihatan lesu itu. Pegangannya pada lengan Halilintar diperkuatkan, dia risau jikalau lelaki itu rebah.

"Kalau sakit tu, cakap ajelah jangan nak sembunyikan." kata Solar tegas. Halilintar hanya tersenyum lemah.

"Hmmm."

•••••

"Gem.."

Tangan Gempa berhenti dari menulis di buku notanya, dia menoleh ke arah Halilintar sekilas.

"Apa?" Soalnya sambil menyambung kerjanya, sesekali dia akan menatap ke papan putih yang ditulis oleh guru bahasa sains.

"Esok cutikan? Boleh tak aku nak menginap di rumah kau?"

Mendengarkan itu, buatkan Gempa terbatuk kecil. Dia memandang Halilintar dengan mata membulat.

"Untuk apa?"

"Saja, boleh tak?"

Halilintar memandang wajah Gempa yang tampak sedang berfikir itu.

"Boleh, boleh, boleh!" sahut Gempa semangat.

"Suka kau eh?" Kata Halilintar sejurus mengusap rambut Gempa kasar.

"Mestilah suka, bolehlah kita luangkan masa bersama nanti hehehe."

"Yelah sayang.."





Tbc..

40 Day's I Love You (HaliGem) [C]√Where stories live. Discover now