Part 19

884 94 19
                                    

"Dah habis sesi membuli?"

Teguran seseorang mengejutkan ketujuh perempuan tersebut, mereka berkalih pandang ke arah pintu. Mereka mendapati Halilintar dan Blaze sedang berpeluk tubuh.

Gempa mendongakkan kepalanya, memandang ke arah orang tersebut. Dia kembali menundukkan kepalanya bila pandangan matanya bertembung dengan Halilintar.

"Macam mana..?"

"Macam mana kitorang boleh tau? Aku tak sengaja nampak Ying dan Dahlia tarik Gempa masa dia keluar tandas. So, aku beritahu Hali dan kitorang terus ke sini." kata Blaze sambil bermain dengan telefonnya yang berada di tangannya.

"Kau memang cari mati dengan aku ke ha? Aku dah cakap jangan ganggu dia lagi, tak faham bahasa? Nak aku guna bahasa kasar ke baru kau orang faham?"

Halilintar menerpa ke arah mereka, wajahnya dingin dan tatapan matanya merenung tajam pada mereka bertujuh. Blaze membuntuti Halilintar dari belakang

"Aku tak akan lepaskan korang lagi, aku harap kau orang drop out dari sekolah ni. Biar padan muka, perangai busuk macam bangkai!" kata Halilintar dingin.

"Kau ada bukti ke yang kami buli gemuk tu?" marah Dahlia.

"Gemuk? Dia ada nama okey? Gemuk-gemuk pun peloles okey, tak macam kau. Harap aje makeup tebal, sekali aku tampar jerebu satu Malaysia." Blaze membidas sinis.

"Kami ada bukti, perbuatan terkutuk korang semua tu dah ada dalam poket kami. Korang tunggu lah, pembalasan korang nanti."

Yaya merengus kesat, dia dengan kasar mencengkam rambut Gempa kuat membuat lelaki itu memekik kesakitan.

"Berhenti! Cukup!"

Halilintar menepis kasar tangan Yaya daripada terus menarik rambut Gempa dan pang! Satu tamparan hinggap dipipi perempuan itu.

Mereka yang lain sudah terkedu melihat Yaya ditampar dengan begitu kuat oleh Halilintar sampaikan membuat perempuan itu tersungkur jatuh ke lantai.

"Kau buat aku jadi dayus, tapi aku tak akan sesekali naik tangan kalau orang tak cari masalah dengan aku. Tulah makannya. Aku harap ni kali terakhir aku tengok muka korang kat sekolah ni. Jom Gempa."

Halilintar membantu Gempa bangun dari duduknya, tanpa menunggu lama dia terus menarik Gempa pergi daripada situ.

Blaze hanya mengerling kepergiaan mereka berdua, lantas dia berkalih pandang pada ketujuh perempuan yang suka buat onar di sekolah.

"Korang memang dah melampau! Aku dah lama berdiam diri, mungkin video yang aku rakam tadi dah cukup membuktikan perangai busuk korang tu! Aku harap korang ditendang keluar dari sekolah ni secepat yang mungkin."

Usai berkata begitu, Blaze terus menonong pergi dengan perasaan marah.

"Tak guna!"

•••••

Halilintar memandang Gempa yang berdiri di hadapan sinki sambil mendiamkan diri dengan kepala ditunduk. Anak matanya meneliti penampilan Gempa yang amat kacau itu.

"Kau okey? Tak payah jawab, aku tau kau tak okey. Diam aje." kata Halilintar bersahaja, tidak memberi peluang pada Gempa untuk bersuara.

Halilintar membalikkan tubuh Gempa, menghadap ke arahnya lalu dia mengangkat wajah Gempa yang sedari tadi menunduk, dia sedikit terkilan melihat ada aliran air jernih yang mengalir dipipi tembam itu.

"Dah jangan nangis," ibu jari Halilintar mengusap kedua pipi Gempa yang basah oleh air mata. Dia mula membersihkan kepala Gempa yang terdapat kulit telur melekat.

Pili air dibuka, Halilintar menarik perlahan kepala Gempa ke arah paip, dengan lembut dia membersihkan rambut dan wajah Gempa yang kotor itu sehingga bersih.

Gempa mencengkam pinggir sinki, esakkan kecil masih kedengaran dari belah bibirnya. Dia hanya diam bila dirinya diperlakukan selembut itu oleh Halilintar.

Setelah selesai, Halilintar menegakkan tubuh Gempa. Dia memandang wajah Gempa yang sudah bersih dari kotoran. Jari jemarinya menyisir rambut Gempa yang basah dan berantakan itu sehingga menjadi rapi.

Halilintar mengerling baju Gempa yang juga kotor dan berbau. Dia membuka butang baju sekolah Gempa, namun gerakan tangannya terhenti bila Gempa memegang tangannya.

"Hali nak buat apa?" soal Gempa polos dengan dahi berkerut bingung.

"Buka baju kaulah, ke kau nak pakai baju kotor ni?" kata Halilintar.

"Oh, okey." Gempa hanya mengangguk kecil, dan dia kembali membisukan diri. Anak matanya memandang polos ke arah Halilintar yang bersahaja sambil sibuk membuka butang baju sekolahnya.

"Please jangan tenung aku macam tu, kau buat aku hilang fokus."

"Okey, Gemgem tak pandang." Gempa membuang muka ke arah lain.

"Ohya, aku lupa sesuatu." Halilintar berhenti daripada aktivitinya membuka baju Gempa. Kini fokusnya beralih pada Gempa yang sudah memandang ke arahnya.

"Apa?"

Anak mata Halilintar jatuh pada bibir Gempa yang merah itu. Ibu jarinya menyentuh bibir itu dan diusap lembut.

"Bibir kau dah kotor dari orang yang salah dan aku tak suka. Aku tak suka bila ada yang sentuh milik aku tanpa izin."

Halilintar merenung anak mata Gempa yang membulat polos itu.

"Umm?"

"Biar aku bersihkan kotoran yang ada di bibir kau ni."

"Macam mana?" soal Gempa polos.

Halilintar tidak menjawab, malah dia mula menarik kepala Gempa merapat padanya lantas bibir lelaki itu diciumnya lembut.

Membulat mata Gempa bila dirinya dicium Halilintar, akan tetapi dia hanya diam sambil membalas renungan mata Halilintar padanya. Gempa mula melingkarkan tangannya dileher Halilintar dan mula membalas ciuman itu walaupun terasa kaku.

"Oh my goodness! My eyes!"

Mereka berdua tersentak bahkan ciuman mereka terlerai begitu sahaja.

Halilintar dan Gempa menoleh pada si empunya suara yang menganggu.

"Tak guna kau Blaze, ganggu aje kau ni!"








Tbc...

40 Day's I Love You (HaliGem) [C]√Where stories live. Discover now