Seminggu kemudian...
Keluhan berat terlepas dari mulut Halilintar. Dia mengenggam sehelai kertas A4 itu dengan erat, lalu direnyuk dan dibuang ke dalam tong sampah yang berada di tepi meja belajarnya.
Dia merebahkan kepalanya di atas meja belajarnya, esakkan kecil keluar dari belah bibirnya.
Solar yang melangkah masuk ke dalam bilik, dibuat terdiam seketika mendengar rintihan serta tangisan yang datangnya dari sepupunya.
Dada Solar dipalu rasa sebak, dia menutup pintu bilik rapat dan melangkah mendekati Halilintar. Dia mengusap kepala Halilintar lembut.
"Sakit sangat ke? Lepaskan kalau kau tak tahan, aku setia mendengar. Kalau kau diam, aku tak tau apakah kau sakit, so jangan tahan kalau kau tak kuat. Lepaskan." bisik Solar dengan suara mula kedengaran serak basah kerana menahan tangis.
"Sakit.. Sakit sangat.. Kenapa dia rasa sakit sangat.. Solar apa yang harus aku buat untuk hilang rasa sakit ni.." rintih Halilintar sambil meramas kepalanya.
Solar pejam mata, setitis air mata jatuh ke pipinya. Dia peluk kepala Halilintar seraya mengenggam tangan sepupunya yang masih meramas serta menarik rambutnya sendiri.
"Hali, aku pasti kau akan sembuh. Aku selalu berdoa yang kau akan lepas dari rasa sakit semua ni. Kau jangan lah putus asa. Ni bukan Halilintar yang aku kenal tau, Halilintar yang aku kenal dia tak pernah berputus ada dengan apa jua dalam hidup dia.
Tapi, kenapa sebab ini kau mahu menyerah? Kau tak sayang kitorang ke?"
Halilintar tidak menjawab pertanyaan Solar, melainkan terus menangis.
Solar mengusap belakang tubuh Halilintar sekadar mahu menenangkan lelaki itu.
"Menangislah jika itu sahaja yang boleh tenangkan kau, Hali."
•••••
Pada pagi itu, Halilintar dan Solar berjalan beriringan di koridor sekolah menuju ke kelas. Mereka berdua hanya diam sambil melayan perasaan masing-masing.
"Lepaskan akulah! Apa lagi kau nak dari aku ha?!"
Duo sepupu itu tersentak kaget bahkan langkah kaki mereka turut terhenti. Mereka berdua berbalas pandangan.
"Tu bukan ke suara Gempa?" mereka berdua berkata serentak, lantas mereka segera berlari ke arah datangnya suara tersebut.
Solar dan Halilintar berhenti dari berlari, wajah mereka berdua berubah marah bila mendapati Gempa diperlakukan tidak senonoh oleh Jack. Mereka berdua terus melangkah masuk ke dalam kelas yang sudah tidak digunakan.
Bugh! Satu tumbukan Halilintar lepaskan pada Jack sehingga membuat lelaki itu terundur beberapa langkah ke belakang.
"Biadap! Berani kau sentuh dia! Binatang betul!!"
Halilintar kembali menumbuk Jack, kali ini lelaki itu membalas pukulan Halilintar. Mereka berdua bergaduh dengan sengitnya.
Manakala Solar, membantu Gempa yang terduduk di sudut dinding kelas. Dia melihat keadaan Gempa yang kacau itu dengan pakaian sekolah sudah terkoyak rabak. Solar melepaskan jaket putihnya lalu dipakaikan pada tubuh Gempa.
"Kau okey?" soal Solar risau. Gempa mengangguk kecil dengan muka bengkak kerana asyik menangis.
"Linlin, Solar.."
Solar mengerling sepupunya yang masih baku hantam dengan Jack.
"Kau tunggu sini,"
Solar bangun dan mula bergerak untuk membantu Halilintar.
Gempa memandang mereka bertiga dengan tatapan mata yang risau. Dia takut mereka bertiga cedera teruk.
"Korang sudah!! Berhenti!" jerit Gempa mencuba untuk leraikan pergaduhan mereka bertiga.
Secara automatik mereka bertiga berhenti, masing-masing menghela nafas berat kerana penat.
"Bodoh!" Jack meludah air liurnya dan berlalu pergi meninggalkan kelas itu.
"Kau.."
"Sudah Hali.."
Solar memegang tangan Halilintar, mencegah lelaki itu dari kembali membelasah Jack.
Halilintar berdecit kesat, dia merentap tangannya dari genggaman Solar dan bergerak menerpa ke arah Gempa.
"Kau okey?" soal Halilintar sambil memegang wajah Gempa.
"Okey.." jawab Gempa dengan airmata mengalir turun ke pipi. Halilintar memeluk tubuh Gempa erat seraya mengusap belakang tubuh lelaki itu.
"Shh, kau dah selamat.."
"Hiks.. Gemgem takut Linlin.." Gempa menangis sambil memeluk tubuh Halilintar erat seolah tidak mahu dilepaskan.
Solar menundukkan kepalanya, hatinya tidak kuat melihat Gempa yang kacau itu.
"Ha.."
Tbc...
YOU ARE READING
40 Day's I Love You (HaliGem) [C]√
Fanfiction"Aku seorang yang gemuk dan hodoh, berlemak pula sana dan sini. Tapi, kenapa dia pilih aku sebagai orang yang istimewa dalam hidup dia?" Warning! Yaoi! Don't like, don't read! Start : 3/12/2019 End : 9/1/2020 Status : [Complete!] P/S : DON'T PLAGIAT!