Part 1

1.4K 120 11
                                    

Nafas dihembus perlahan seraya menggulingkan biji matanya, tatkala melihat kelakuan kurang faedah yang dilakukan oleh Yaya and the gang kepada Gempa.

Halilintar mengorak langkah menghampiri mereka berempat. Bahu Yaya di tolaknya perlahan, buatkan Yaya menoleh ke arahnya.

"Enough." arah Halilintar tegas dengan anak matanya menikam wajah Yaya tajam.

Melihat wajah Halilintar yang agak mengerunkan itu, membuatkan mereka bertiga melepaskan Gempa.

"B..baik." kata mereka bertiga gugup, seraya berundur ke tepi.

"Go." arah Halilintar lagi. Matanya tertancap pada Gempa yang bersandar didinding dengan kepala tertunduk ke bawah.

Yaya memandang Gempa geram, namun dia hanya memendam rasa sakit itu didalam hati. Dia memberikan isyarat mata kepada Ying dan Dahlia untuk pergi dari situ.

Ketiga-tiga gadis itu berlalu pergi, meninggalkan Halilintar dengan Gempa disitu.

"Kau okey?" tanya Halilintar bersahaja. Dia meneliti lelaki berbadan gemuk itu, dari atas sehingga ke bawah.

Gempa mengangkat kepalanya, memandang Halilintar dengan wajah bersisa air mata yang sudah mengering. Dia ukirkan senyuman tawar.

"Terima kasih Halilintar. Terima kasih sebab awak selalu ada untuk saya bila saya dibuli oleh mereka." kata Gempa perlahan.

"It's okay, maybe hanya kebetulan. Dahlah, jom masuk kelas." balas Halilintar seadanya, lantas dia melangkah pergi.

Gempa memandang belakang tubuh Halilintar yang sudah jauh ke depan, lantas dia membuntuti langkah lelaki itu dan menuju ke kelas mereka.

•••••

"Mama!!"

Gempa menapak masuk ke dalam rumah seiring menjerit memanggil ibunya.

"Mama oh mama, Gemgem dah balik ni. Mama kat mana?"

"Mama kat dapur sayang!" sahut satu suara dari arah dapur.

Gempa tersenyum, dia mencampak beg sekolahnya ke atas sofa. Gempa berlari terkedek-kedek ke ruang dapur.

"Mama!"

Puan Lily yang bersantai di meja makan sambil menikmati biskut oreo itu, memandang Gempa yang tercungap-cungap mengambil nafas kerana berlari. Puan Lily tergelak kecil.

"Meh sini, anak gebu mama ni." kata Puan Lily sambil mengamit tangan kepada anaknya, agar remaja lelaki itu menghampirinya.

Gempa mencebik sejurus mendekati ibunya. Dia melabuh duduk di sebelah Puan Lily.

"Makan biskut oreo tak ajak Gemgem." kata Gempa merajuk, matanya terjeling-jeling ke arah balang biskut oreo yang berada di tangan ibunya.

Puan Lily tersenyum nipis melihat gelagat anak montelnya itu. Tangannya terangkat, mengusap kepala Gempa.

"Eleh! Tak payah buat muka macam tu, mama dah faham benar dengan kamu ni. Nahh! Ambil lah, mama dah kenyang." kata Puan Lily sambil menghulurkan balang biskut yang berada ditangannya kepada Gempa.

"Yehay!"

Gempa tersenyum girang seraya menyambut huluran tersebut. Tanpa menunggu lama, dia menyua tiga keping biskut oreo ke dalam mulutnya sekaligus setelah membaca doa makan.

Puan Lily menggelengkan kepalanya, melihat gelagat Gempa itu.

"Macam mana anak mama ni tak gemuk, kalau kerjanya makan aje." perli Puan Lily selamba.

Gempa membuat muka toyanya, tidak menghiraukan perlian daripada ibunya.

"Kamu ni, cubalah kawal nafsu makan kamu tu. Mama risau dengan kesihatan kamu nanti. Kamu tahukan, orang gemuk ni senang dapat penyakit sebab tak kontrol cara makan dia. Kamu nak ke?"

Puan Lily memberikan nasihat kepada anak lelakinya itu.

Gempa berhenti daripada mengunyah biskut oreo, anak matanya memandang Puan Lily. Keluhan keluar dari mulutnya.

"Macam mana Gemgem nak kawal nafsu makan Gemgem, kalau nampak makanan aje dah meleleh air liur ni." ujar Gempa perlahan, wajahnya berubah muram.

Balang biskut diletakkan ke atas meja. Dia mengunyah biskut oreo yang masih tersisa di dalam mulutnya.

Puan Lily tersenyum nipis, pipi tembam Gempa dicubit perlahan.

"Belum cuba belum tau. Mama pasti kamu boleh sayang. Mama, papa dan abang kembar kamu si Taufan tu ada kat belakang kamu untuk sokong kamu tau. So, fighting!"

Kata-kata Puan Lily, sedikit sebanyak memberikan dia semangat yang membara untuk melakukan diet.

******
Tbc,

40 Day's I Love You (HaliGem) [C]√Where stories live. Discover now