Gempa bangun daripada kerusi belajarnya, dia dah tak tahan. Dia perlu ke tandas sekarang juga.
Halilintar yang melihat itu, mula menegur.
"Kau nak pergi mana? Merayap? Tau lah cikgu tak ada, jangan buat hal." kata Halilintar seakan menuduh.
"Mana ada, Gemgem nak ke tandas lah. Nak kencing, Hali nak ikut?" bidas Gempa berbaur perlian.
Halilintar berdeham, pipinya memerah tipis.
"Ishh! Tak payahlah jujur sangat, dah pergi." halau Halilintar. Gempa hanya merengus kecil.
"Betul ni tak nak ikut?" kening dijongket nakal. Dia suka bila menyakat lelaki itu.
"Ishh! Dah pergi, aku lempang kang!" marah Halilintar.
"Alah.. Lempang guna bibir ke?" ucap Gempa polos, namun tidak dengan kerlingan matanya yang nakal itu.
Halilintar tidak menyahut, dia menyembamkan wajahnya di atas meja. Menyembunyikan wajahnya yang kemerahan itu.
Gempa terkekek kecil, dia mencubit pipi Halilintar seraya berlalu pergi.
Yaya yang melihat mangsanya sudah keluar kelas mula mengajak kedua kawannya untuk mengikuti Gempa.
"Jom mulakan plan kau, Lia."
"Jom."
•••••
"Fuh! Leganya.." Gempa tersenyum lega seraya melangkah keluar dari tandas.
Di saat dia keluar, tangannya ditarik oleh seseorang. Dia menoleh.
"Ying? Dahlia? Apa ni lepaskan aku!"
"Diam! Ikut aje kami!"
Dahlia dan Ying menarik tangan lelaki montel itu kasar agar membuntuti mereka berdua.
"Nak pergi mana ni? Eh, kita nak buat apa kat atas bumbung sekolah ni?"
Kedua perempuan itu, tidak menjawab pertanyaan Gempa. Ying membuka pintu untuk menuju ke rooftop, mereka berdua membawa Gempa ke tengah rooftop dan mendorong tubuh Gempa sekuat tenaga sehingga menyebabkan lelaki itu tersungkur ke lantai simen.
Gempa mengadu sakit. "Apa korang nak ha?"
"Guys! Keluarlah,"
Ying melaung dan keluarlah empat orang perempuan di balik dinding.
"Hai gemuk kesayangan kami." sapa mereka dengan senyum keji. Salah seorang dari mereka mengusap pipi Gempa, dan kemudian dicengkamnya wajah lelaki itu.
"Hmmm, kalau dipandang dari dekat kau comel juga eh? Pipi kau halus aje macam kulit bayi. Patutlah Halilintar suka kat kau, bahkan sekarang dah rasmi jadi kekasih dia. Tapi aku hairan, apa yang dia pandang kat kau eh?"
Gempa mengetap giginya, dia mengerling tanda nama yang terpasang di dada kiri perempuan itu, Hanim.
"Kalau korang bawa aku ke sini, hanya nak menghina baik tak payah." bentak Gempa, dia cuba untuk bangun namun terhalang oleh mereka berenam. Dia terkepung dan dihimpit.
"Hai, sebelum Yaya datang ke sini. Ada baiknya kita bermain dengan dia, ya tak geng?"
"Sure!"
"Korang rasa apa aku nak buat dengan budak montel kita ni eh?"
"Kau rasa? Ohya, tak salah kan kalau kita tolong panaskan line dalam hubungan gemuk kita ni dengan Halilintar. Nak tengok apakah, perasaan Hali bila dia tengok gemuk kesayangan dia ni buat di belakang dia."
"Hmmm, aku rasa aku tahu."
Ying membuka telefonnya, dia bersiap sedia mahu menangkap gambar.
Hanim tersenyum senget bila terpandang wajah pucat Gempa. Dia mula melakukan aksinya.
Cup!
Mata Gempa membulat lebar, bila bibirnya dicium oleh Hanim.
"Wahh! Mata aku dah tak suci."
"Yelah tu, tak suci kebendanya, kalau setiap malam kau tengok video boylove."
"Kau diam."
Mereka berlima menumpukan perhatian pada Hanim dan Gempa. Ying menangkap beberapa foto mereka berdua yang sedang berciuman itu.
"Hanim, kasi panas lagi."
Gempa mendorong kasar tubuh Hanim, buatkan ciuman paksa mereka terlerai. Gempa mengesat bibirnya kasar, dia tidak sangka yang dia akan dilecehkan oleh seorang perempuan. Bodoh betul.
"Tak guna ka.."
"Yaya datang! Cepat."
Mereka berenam mula buka ruang untuk Yaya.
"Korang main apa tanpa aku ni?" Soal Yaya.
"Nanti kami kasi tau kau, so kami nak ucapkan selamat hari jadi Yaya!"
Yaya tersenyum lebar. "Thanks girls! Tapi, mana kek aku?"
Mereka berenam tersenyum senget.
"Kejap!" mereka berenam mula mengeluarkan senjata masing-masing.
Gempa mendongak memandang Yaya yang hanya berpeluk tubuh dengan senyum sinis. Mata Gempa terpejam rapat bila tubuh serta kepalanya dibaling telur, tidak lama kemudian dia rasa yang kepalanya dicurah tepung dan diikuti air yang berbau amat busuk.
"Tada!! Kek hari jadi kau dah siap!"
"Wahh! Terbaiklah korang!"
Tubir mata Gempa berair, bibirnya terketar-ketar menahan esakkan.
Tbc....
YOU ARE READING
40 Day's I Love You (HaliGem) [C]√
Fanfic"Aku seorang yang gemuk dan hodoh, berlemak pula sana dan sini. Tapi, kenapa dia pilih aku sebagai orang yang istimewa dalam hidup dia?" Warning! Yaoi! Don't like, don't read! Start : 3/12/2019 End : 9/1/2020 Status : [Complete!] P/S : DON'T PLAGIAT!