Halilintar mengedarkan pandangan matanya ke sekeliling balai penerbangan itu. Wajah-wajah orang yang keluar daripada balai ketibaan, dipandangnya dengan teliti.
"Halilintar!!"
Halilintar menoleh, tercari-cari sumber suara yang memanggil namanya. Seulas senyuman kecil terbias pada bibirnya, tatkala dia terpandang dua susuk tubuh lelaki yang amat dia kenali.
"Abang Kasim!" sahut Halilintar. Tangannya dilambai kecil pada abangnya, tanpa mengendahkan sepupunya yang merengus kesal apabila dirinya tidak disapa oleh Halilintar.
Halilintar dan Kasim berpelukan, melepaskan rasa rindu yang terpendam selama tiga tahun terpisah. Solar hanya tersenyum kecil melihat dua beradik yang sedang melepaskan rindu.
"Ehem! Abang Kasim aje yang kau peluk? Sepupu kesayangan kau ni tak nak peluk ke? Tak rindu aku ke?" Solar mencelah masuk di antara mereka berdua, sehingga menarik perhatian dua beradik tersebut.
Kasim tergelak seraya meleraikan pelukan pada adiknya, manakala Halilintar hanya mencebik sebal. Dia memandang Solar dengan muka angkuhnya, buatkan lelaki dihadapannya menggeram kesal.
"Hai Hali, pergilah peluk sepupu kau tu. Kesian pula abang tengok, tak pepasal nangis anak teruna Aunty Mimi ni." kata Kasim dengan nada suara seolah mengejek.
Solar menjeling ke arah abang sepupunya, dengan geramnya dia menyikut perut Kasim.
Kasim mengerang sakit, dia pandang Solar bengang.
"Sakitlah!"
"Siapa yang mula dulu?" sindir Solar. Kasim hanya menggulingkan bebola matanya ke atas sambil mengusap perutnya yang terasa senak itu.
Halilintar yang sedari tadi hanya menonton drama petang daripada mereka berdua, mengeluh kecil.
"Kalau kau orang nak gaduh kat sini silakan, aku nak bla dulu. Korang dua balik jalan kaki, paipai!" kata Halilintar selamba, lantas dia mengorak langkah untuk pergi daripada situ.
Solar dan Kasim tersentak mendengarkan itu, mereka berdua tergopoh-gapah mengejar langkah Halilintar.
"Woii Halilintar, tunggulah!" jerit mereka berdua.
Halilintar tersenyum senget.
"Lambat tinggal."
•••••
Pada malam itu, Halilintar dan Solar duduk diam di birai katil. Mereka berdua saling membelakangi antara satu sama lain. Mulut masing-masing sibuk kumat-kamit.
"Asal lah, bonda suruh kau tido bilik aku? Padahal bilik tamu ada, banyak lagi. Sibuk juga pilih bilik ni! Buat apa ada bilik tamu, buat hiasan debu?" omel Halilintar tidak puas hati.
Solar yang samar-samar mendengar luahan hati Halilintar hanya mampu menahan tawa. Dia tahu apa yang membuat Puan Lily lakukan semua ini. Wanita tua itu hanya mahu mereka berdua saling akur antara satu sama lain dan boleh menjadi kawan bukan lawan.
"Tak payah nak mengeluh! Lagipun nasi dah jadi bubur. Pasrah ajelah. Dahlah aku nak tido, dahlah esok kena daftar masuk sekolah." kata Solar mendatar, lantas dia merebahkan tubuhnya ke tengah katil.
Dia perasan akan jelingan tidak puas hati daripada sepupunya itu, namun dia hanya endahkan sahaja. Lagi pula, dia rindu mahu mengusik dan membuli sepupunya itu. Dia suka apabila wajah yang selalu dingin dan angkuh itu berubah kesal.
"Tsk! Nasib aku kurang baik betul hari ni. Sabar ajelah Hali." bisik Halilintar pada dirinya sendiri. Dia mengerling Solar yang keasyikkan di tengah katil itu, buat macam katil sendiri sahaja.
"Woi pendek! Tepi sikit, kau ingat kau sorang aje ke nak tido? Aku pun nak tido juga lah, buat macam katil ni milik dia aje. Tepilah sikit!"
Halilintar menolak-nolak tubuh Solar sehingga lelaki itu beralih tempat ke hujung katil. Solar mendengus kasar. Halilintar melempar tubuhnya ke tengah katil, mengabaikan tatapan mata Solar padanya.
"Hei, kalaunya pun ke tepilah sikit. Sampai hati kau suruh aku tido kat hujung katil ni? Kalau jatuh macam mana?" berontak Solar.
"Kalau jatuh, pandai-pandai kau lah bangun sendiri. Dah besar kan?" bidas Halilintar sinis.
Solar menggigit bibir bawahnya, geram pula dia akan sepupunya yang kurang siuman ini. Sabar sahajalah.
Tidak lama kemudian, Solar menyungging senyuman senget.
"Okey. Tapi kau jangan marah aku kalau aku.." terus Solar berguling ke arah Halilintar lalu tubuh lelaki itu dia peluk kemas.
"Peluk kau!"
"Lepaslah!"
Solar tergelak besar, semakin Halilintar memberontak semakin kuat pula Solar memeluknya.
"Tak nak. Aku tak nak lepaskan kau."
Mata Halilintar menghelang tajam pada Solar. Dia tetap memberontak untuk melepaskan diri namun hanya sia-sia sahaja apabila Solar mula melingkarkan kakinya ke pinggang Halilintar. Dia peluk Halilintar seolah dia memeluk bantal golek sahaja.
"Solar!!"
Jeritan nyaring daripada Halilintar menggelegarkan satu rumah banglo pada malam itu.
Tuan Adam, Puan Lisa dan Kasim yang berada di ruang rehat keluarga hanya mampu menggelengkan kepala sahaja.
Kasim memandang ibu bapanya.
"Pabila Pikachu bertemu Solar gerhana, jadi lah Supra!"
Mendengar kata-kata spontan daripada Kasim buatkan gelak Tuan Adam dan Puan Lisa tercetus. Kasim hanya tersengih, terasa geli pula apabila mendengar nama panggilan yang dia buat secara spontan untuk Halilintar dan Solar.
******
Tbc..
YOU ARE READING
40 Day's I Love You (HaliGem) [C]√
Fanfiction"Aku seorang yang gemuk dan hodoh, berlemak pula sana dan sini. Tapi, kenapa dia pilih aku sebagai orang yang istimewa dalam hidup dia?" Warning! Yaoi! Don't like, don't read! Start : 3/12/2019 End : 9/1/2020 Status : [Complete!] P/S : DON'T PLAGIAT!