"Linlin.. Oh Linlin.."
"Aku kat ruang tamu ni!!"
Gempa terus menuruni anak tangga, dia berlari terkedek-kedek ke arah Halilintar yang bersantai di ruang tamu sambil menonton televisyen.
Dia melabuh duduk di sebelah Halilintar dan lengan lelaki itu dia peluk manja.
"Linlin tengok cite apa?" soal Gempa. Halilintar tersenyum kecil seraya mengusap kepala Gempa lembut.
"Entah cite apa, aku main tengok aje." jawab Halilintar. Gempa mengerling ke arah Halilintar, pipi lelaki itu dia cium sekilas.
Halilintar menoleh, "Kenapa kau cium aku?"
Gempa tersengih. "Saja, Linlin nak main lawan pickup line tak?"
Kening Halilintar terangkat sebelah.
"Sure. Kau mula dulu."
Mereka berdua mengubah kedudukan mereka, saling duduk bersila diatas sofa dan mengadap antara satu sama lain.
"Okey, Gemgem mulakan dulu ya? Ehem, Linlin nak tau tak kenapa Gemgem nak kuruskan badan?"
"Kenapa? Sebab ramai orang ejek kau?"
Gempa tersenyum lalu menggeleng kepala.
"Salah. Sebab kalau Gemgem kurus senang nanti nak masuk ke dalam hati Linlin." kata Gempa sambil menunjuk dada kiri Halilintar.
Halilintar tergelak kecil. "Mehh aku balas balik ya? Cuma kau pilih antara dua genggaman tangan ni."
Halilintar menunjuk kedua tangannya yang digenggam erat.
Gempa menyentuh tangan kiri Halilintar, "Yang ni?"
Halilintar membukakan tangan kirinya, dan hanya kosong yang terlihat.
"Kosong? Kalau yang ni?" genggaman tangan kanan Halilintar dibuka, namun kosong juga.
"Kosong aje? Linlin nak mainkan Gemgem ya?" soal Gempa tidak puas hati.
Halilintar tersenyum, dia mencubit pipi Gempa.
"Sebab tangan ni aku biarkan kosong dan terbuka hanya untuk menyambut cinta kau aje." kata Halilintar dengan sebelah mata dikenyit.
Wajah Gempa berona merah.
"Gemgem pula, hmm Gemgem nak minta sesuatu boleh?"
"Nak minta apa?" soal Halilintar bingung.
"Minta-minta lah Linlin jodoh Gemgem." kata Gempa dengan senyum lebar. Dia tergelak kecil bila Halilintar mencubit pipinya.
"Linlin turn, kau tau tak apa beza dengan kepala paip kat masjid dengan kau?"
"Tak tau, kenapa?"
"Kalau kepala paip masjid aku nak ambil wuduk, kalau dengan kau aku nak batalkan wuduk."
Halilintar tergelak geli hati melihat wajah Gempa yang merah itu.
"Linlin ni, suka buat Gemgem malu. Tak adil ni.. Linlin rambut Linlin cantiklah Gemgem suka, tapi sayang.."
Dahi Halilintar berkerut sambil menyentuh rambutnya.
"Kenapa sayang?"
Gempa tersengih nakal. "Akhirnya Linlin panggil juga Gemgem sayang ya? Tehek!"
Kini wajah Halilintar pula yang berona merah.
"Yes akhirnya dapat tengok muka Linlin merah. Hehehe." gelak Gempa riang kerana berjaya membuat Halilintar malu.
"Oh okey.. Nanti 31 ogos tahun depan, boleh tak aku nak pacak bendera dekat hati kau?"
"Sebab apa ya?"
"Sebab disini lahirnya sebuah cinta."
Gempa hanya membulatkan mulutnya.
"Oh cenggitu ya? Linlin, Linlin tak rasa penat ke?"
"Penat? Penat lawan pickup line? Tak pula? Kenapa? Nak berhenti?" soal Halilintar bertalu-talu.
"Bukanlah. Sebab sepanjang hari Linlin asyik berlegar-legar dalam kepala Gemgem."
Halilintar berdeham. "Nakal. Okey, Gem kau ni ibarat matahari lah dan aku pula ibarat aiskrim.."
"Oh? Kenapa harus matahari?" soal Gempa.
"Sebab kalau kau senyum aku pula yang cair." kata Halilintar.
Gempa mengaru pipinya dengan dehaman kecil. Malu pula dianya.
"Ni last.. Kau ada penyakit diabetes ke?"
"Eh? Kenapa? Tak ada kut?" jawab Gempa ragu-ragu.
"Tak ada lah, sebab kau semakin hari semakin manis aje aku tengok."
Gempa hanya tersenyum dengan pipi memerah.
"Nak dengar satu pantun tak?"
"Sure, apa?"
"Dua tiga kucing berlari, mana nak sama si kucing belang. Encik Halilintar tidak boleh diganti, sebab encik Halilintar sorang yang Gempa sayang."
Halilintar tersenyum. "Encik Gempa pun Halilintar sayang."
Halilintar mencium bibir Gempa sekilas.
"Jom kita keluar jalan-jalan nak?"
Kepala Gempa terangguk semangat dengan senyuman lebar.
"Jom!"
Tbc...
Hahahahambar.. Maaf chapt ni sikit hambar lol. 🤣
YOU ARE READING
40 Day's I Love You (HaliGem) [C]√
Fanfiction"Aku seorang yang gemuk dan hodoh, berlemak pula sana dan sini. Tapi, kenapa dia pilih aku sebagai orang yang istimewa dalam hidup dia?" Warning! Yaoi! Don't like, don't read! Start : 3/12/2019 End : 9/1/2020 Status : [Complete!] P/S : DON'T PLAGIAT!