Part 22

816 90 12
                                    

Halilintar memandang segenap bilik Gempa, dia tersenyum kecil.

"Kemas gila bilik dia, bagus." gumamnya.

"Linlin, nak tido dah ke?" soal Gempa yang baru melangkah masuk ke dalam biliknya, dia mengerling Halilintar yang duduk dibirai katil.

"Tak lagi, kenapa?" Halilintar kembali bertanya.

"Tak adalah. Kalau macam tu nak tak kita tengok movie?"

"Boleh juga."

Gempa dan Halilintar saling tersenyum.

"Okey, Gemgem nak ke tandas kejap. Linlin tunggu Gemgem kat bawah ya." kata Gempa seraya melangkah masuk ke dalam tandas.

Halilintar hanya memandang sahaja, dia bangun dan mendekati meja belajar Gempa. Dia membuka beg adidas miliknya, botol kecil berwarna putih dikeluarkan.

Halilintar mengerling pintu tandas sejenak, lalu dua biji pil ubat ditelannya sekaligus. Botol tersebut, kembali dia simpan ke dalam beg. Dia hela nafas sambil mengerang kecil.

"Linlin?"

Halilintar menoleh laju ke arah sumber suara, dia tersenyum kecil. "Ya?"

Gempa memandang wajah Halilintar yang tampak pucat itu. "Linlin okey? Muka Linlin nampak pucat aje, Linlin tak sihat?"

Halilintar berdeham kecil, kepalanya digeleng perlahan. "Aku okey, jom tengok movie."

"Tapi..."

"Jom. Jangan risaulah, aku okey." pintas Halilintar. Bibir pucatnya mengukir senyuman manis pada Gempa. Tangan lelaki itu dia tarik.

"Jom."

Gempa hanya pasrah sahaja bila tangannya ditarik oleh Halilintar. Dia risau sebenarnya akan Halilintar yang kelihatan lesu dan tidak bermaya sahaja pada malam itu.

"Linlin kalau Lin.."

"Shh! Diam."

Gempa hela nafas, mengalah.

Mereka berdua melabuh duduk di sofa. Gempa mula membuka TV, satu pendrive dipasangkan pada USB disisi televisyen. Dia mencari cerita yang menarik perhatiannya.

"Hmm, movie ni tak tengok lagi. Mesti Fanfan yang download, kita tengok yang ni ya Linlin." kata Gempa. Halilintar mengangguk sahaja.

Suasana di antara mereka berdua mula sepi, yang kedengaran hanyalah suara dari televisyen. Gempa mencapai balang biskut yang berada di atas meja kopi, dia menoleh pada Halilintar sambil menunjuk balang biskut itu pada lelaki itu namun Halilintar menggeleng kecil bertanda tidak mahu.

Gempa menjongket bahunya, dia mula membuka penutup balang biskut. Sekeping biskut oreo di masukkan ke dalam mulutnya.

"Err.." Halilintar telan liur bila melihat scene kissing di movie yang mereka tonton. Dia mengerling Gempa yang hanya diam sambil mulut mengunyah biskut oreo, mata lelaki itu membulat polos melihat scene tersebut.

"Macam Linlin buat kat Gemgem haritu kan?" kata Gempa tiba-tiba. Kening Halilintar terangkat sebelah.

"Kenapa? Kau nak try lagi ke? Aku boleh aje bagi."

Gempa menoleh dengan biskut oreo terjuih keluar dibelah bibirnya. Mata bulatnya memandang Halilintar polos.

"Nak ke?" soal Halilintar lagi. Gempa mengangguk kecil, sambil mengunyah biskut yang masih tersisa didalam mulutnya.

Senyuman Halilintar merekah lebar, dia terus menggigit biskut oreo yang terjuih di mulut Gempa hingga habis lalu dia terus menyambar bibir merah yang comot itu. Dia menjilat bibir Gempa yang comot oleh biskut oreo sebelum mencium lelaki itu makin dalam.

Gempa melenguh kecil bila lidah Halilintar membelit lidahnya dan menyerokai ruang mulutnya. Dia mencengkam bahu Halilintar.

"Uhhm.. ahm.. Linlinhh.."

Ciuman Halilintar turun ke leher Gempa, dia membubuhi banyak tanda merah disitu. Halilintar menjauhkan wajah dari leher Gempa, dia memandang wajah Gempa yang sedikit kacau.

"Dah, jom tidur." ajak Halilintar, rambut Gempa diusapnya lembut dengan senyum manis.

Gempa hanya menganggukkan kepala dengan wajah memerah.

"Okey, jom."






Tbc..

40 Day's I Love You (HaliGem) [C]√Where stories live. Discover now