Part 36

666 74 5
                                    

Like baby, baby, baby no
Like baby, baby, baby ooh

Gempa berhenti daripada mengulang kaji pelajaran bila telefonnya berbunyi. Dia memandang si pemanggil. Nama 'Baby Linlin' naik di skrin telefonnya, dia tersenyum dan segera menjawab panggilan tersebut.

"Holaa Linlin, ada apa call? Rindu Gemgem eh?" sergah Gempa sebaik sahaja dia menjawab panggilan tersebut. Terdengar gelakkan kecil dari seberang sana.

"Kalau iya, kenapa?" kini Halilintar pula mengusik Gempa.

"Iya, iyala. Hmmm, apa ada call?"

"Saja nak dengar suara kau sebelum tido," kata Halilintar seolah berbisik.

Jantung Gempa berdegup kencang mendengar suara Halilintar rendah itu. Pipinya berona merah.

"Tch! Ada pula macam tu." omel Gempa, padahal dia malu sebenarnya.

"Gemgem.."

"Ya?"

"Gemgem sayang Linlin?"

"Semestinya lah sayang! Habistu Linlin sayang tak kat Gemgem?"

Halilintar tersenyum. "Sayang.. Sayang sangat."

"Yeke?"

"Yaelah."

Hening seketika...

"Gem.."

"Hmmm?"

"Nak dengar satu lagu tak?"

Kening Gempa terangkat sebelah.

"Boleh juga, Linlin nak nyanyi lagu apa?"

"Dengar ajelah eh?"

"Okey."

Halilintar meletak telefonnya di atas meja yang ada di balkoni biliknya, gitar yang dipangku sedari tadi mula dipetik.

If this night passes
I'm scared that I might not see you

Those clear eyes
That familiar touch
Your face that I looked at while smiling
Will I not be able to see those again

Gempa terduduk dari acara meniarapnya di atas katil, sebaik sahaja Halilintar mula menyanyi.

My every day
You are there
Your every day
I am there

When that moon goes down
And the sun goes up
You who was with me
Will you not be there

Terdiam dan menghayati makna lagu yang mahu disampaikan Halilintar padanya. Gempa menatap ke luar jendela biliknya.

If I close my eyes
I think I'll remember the times that we are together

When I close my eyes
I think I will only remember the happy memories

Petikan Halilintar pada gitar terhenti sebaik sahaja lagu yang dinyanyikan berakhir.

"Goodnight my lovely goldy, sleep well bye love."

Tut..tut..

Kelopak mata Gempa terkedip beberapa kali, dia menatap skrin telefonnya yang sudah gelap itu. Tanpa dipinta tubir matanya berair entah sebab apa, yang dia tahu lagu yang Halilintar nyanyikan barusan seolah menghantar satu makna yang dia tidak tahu apakah ia.

•••••

Gempa mengerling Halilintar yang berada di sebelahnya, lelaki itu sibuk merenung keluar jendela kelas. Entah apa yang bermain difikiran lelaki itu, dia pun tidak tahu.

Gempa mencuit pipi Halilintar perlahan, dia tersenyum manis bila lelaki itu palingkan wajah ke arahnya. Halilintar membalas senyuman Gempa.

"Linlin okey?" Soal Gempa.

"Okey aje, kenapa?"

"Taklah, Gemgem tengok Linlin ni asyik termenung aje. Linlin ada masalah ke?"

"Mana adalah, hanya perasaan kau aje kut. Aku okey lah, jangan risau okay?"

Halilintar mengusap lembut pipi Gempa dengan senyuman tipis.

Gempa merenung wajah Halilintar dalam-dalam.

"Kalau Linlin ada masalah beritahulah Gemgem ya? Gemgem boleh jadi pendengar yang baik, mana tau Gemgem boleh tolong Linlin ke?"

Halilintar tidak menjawab, dia hanya tersenyum sahaja.

"Aku ada masalah.."

"Apa masalahnya?"

"Masalahnya, kenapa kau tak kurus-kurus lagi Gem?"

Wajah Gempa berubah cemberut, dia menampar bahu Halilintar kasar.

"Biadap!"

Halilintar tergelak kecil, "Tapi tak apa, tak kiralah kau emuk ke kurus ke. Aku tetap suka, tapi yang paling aku suka Gemgem yang emuk."

Gempa berdecit sebal.

"Tch! Malas layan Linlin."

Gempa membuang muka ke arah lain sambil berpeluk tubuh, mulutnya dimuncung sedepa.

Halilintar tergelak kecil, dia menarik tubuh Gempa masuk ke dalam dakapannya.

"Heyy, janganlah merajuk. Aku cakap benda betul okey?"

"Tak nak dengar, tak nak dengar." Gempa menutup kedua belah telinganya sejurus mencuba untuk leraikan pelukan Halilintar padanya.

"Tak nak dengar sudah." Halilintar melepaskan pelukannya pada Gempa, dia memalingkan tubuhnya ke arah tingkap kelas sekaligus membelakangi Gempa.

"Laaa, dia pula yang nak merajuk." omel Gempa perlahan.

Halilintar menjeling. "Biarlah."





Tbc...

40 Day's I Love You (HaliGem) [C]√Where stories live. Discover now