Part 37

692 78 15
                                    

Gempa merenung wajah Halilintar yang sibuk melukis sesuatu di buku notanya, dia menungkat wajahnya.

"Heyy Linlin masih merajuk ke?" kata Gempa dengan senyuman manis.

Halilintar mengerling Gempa dengan hujung mata. Dia berdecit.

"Bila masa aku merajuk.." balas Halilintar bersahaja.

"Yelah tu.." perli Gempa.

"Betullah. Dah jangan nak kacau aku, buat kerja kau sudahlah. Nanti cikgu masuk nayalah kau." kata Halilintar.

Bibir Gempa tercebik ke bawah, dia mencium pipi Halilintar sekilas sebelum melanjutkan kerja sekolahnya.

"Jangan merajuk lagi ya?" bisik Gempa, dia mengenyit sebelah mata pada Halilintar.

Halilintar simpan senyum yang mahu terukir. Dia mengesotkan kerusinya merapat pada Gempa, tangannya dilingkarkan pada pinggang lelaki itu.

Gempa sedikit terkejut namun dia hanya tersenyum pada Halilintar.

"Dah nakal kau ya sekarang? Siapa ajar hmm?" soal Halilintar sambil mencubit pipi tembam Gempa.

"Halilintar yang ajarkan." jawab Gempa selamba. Dia tergelak kecil, bila Halilintar mengeletek pinggangnya.

"Gelilah Linlin."

"Biarkan, tuduh aku lagi."

"Tapi betul kan?"

"Tak betul."

Tanpa mereka berdua sedari, rakan-rakan sekelas mereka memandang iri bahkan ada yang geram dengan tingkah mesra dan comel mereka.

"Kyaa my otp berlayar!"

"Cis! Menyampah pula aku tengok! Tak sesuai langsung."

•••••

"Ohya, Gem. Harini aku tak boleh hantar kau balik, aku nak pergi sesuatu tempat. Kau balik dengan Solar ya?"

Gempa mengangguk kecil. "Okey, tapi Linlin nak ke mana?"

Halilintar mengerling Solar yang berpeluk tubuh sambil bersandar di tiang bangunan sekolah, dia palingkan wajah pada Gempa.

"Adalah. Aku bukan pergi nak curang di belakang kau. Aku setia okey orangnya." kata Halilintar sambil mendabik dada.

Gempa mencebik manakala Solar hanya menggulingkan bebola matanya.

"Gemgem tak kata Linlin nak pergi curang pun kan? Gemgem cuma tanya nak pergi mana ajelah. Tak apalah, yang penting lepas pergi ke tempat yang Linlin nak pergi tu terus balik okey?"

"Baiklah my queen."

"Heyy!!"

Solar hanya tersenyum melihat kemesraan mereka.

"Sudahlah, aku pergi dulu. Bye!"

Mereka berdua menghantar kepergian Halilintar sehinggalah kelibat lelaki itu menghilang daripada pandangan mata.

"Jom Gemgem."

Gempa mengangguk kecil lantas mereka berdua berjalan beriringan. Suasana di antara mereka hanya sepi sahaja, tiada yang mahu buka suara sekadar menghilangkan suasana sepi itu.

"Ehem." dehaman Solar menarik perhatian Gempa padanya.

"Ada apa Solar?"

"Tak ada apa."

"Tipulah. Aku tahu kau ada benda nak tanya aku or kau nak beritahu sesuatu pada aku?"

Sekali lagi Solar berdeham. "Kau macam tau aje."

Bahu Gempa terjongket acuh. "Apa dia?"

"Kau.. Sayang Hali?"

"Semestinya lah sayang, kenapa?"

Anak mata Solar menerawang, memandang langit petang itu.

"Tak ada apa. Hmmm, jikalau suatu hari nanti kau dengan dia berpisah buat selamanya, apa perasaan kau?"

Gempa terdiam buat beberapa minit, memproses dan mencuba hadam soalan yang seperti menghantar sebuah makna mendalam.

"Mestilah aku sedih. Tapi, kalau aku dan dia berpisah suatu hari nanti mungkin takdir aku dengan dia hanya setakat itu saja. Aku hanya mampu terima walaupun sakit, asalkan dia bahagia."

Solar merenung wajah Gempa yang muram itu namun lelaki itu cepat-cepat mengubah raut wajahnya. Gempa tersenyum pada Solar walaupun, senyuman itu nampak seperti paksa dan hambar dimata Solar.

"Gem.."

"Ya?"

"Walau apa pun terjadi, aku akan tetap ada disisi kau."

Gempa tersenyum lebar. "Terima kasih Solar, aku sayang kau."

Solar mengangguk perlahan.

"Aku pun sayang kau, lebih.."

Aku sayang kau lebih dari seorang kawan Gem. Sambung Solar didalam hati.

"Jom, dah nak sampai ni."

"Hmmm!"





Tbc...

40 Day's I Love You (HaliGem) [C]√Where stories live. Discover now