Halilintar menghela nafas berat sambil membuang pandangan mata di luar jendela.
"Linlin.."
Halilintar berpaling, dia memandang Gempa yang berdiri di muka pintu bilik.
"Ya?"
"Jom turun makan malam, Gem tunggu Linlin kat bawah ya?"
Halilintar hanya mengangguk kepala, sambil memandang Gempa yang sudah berlalu pergi selepas memanggilnya untuk turun makan malam bersama keluarganya
Halilintar menuruni katil, baru beberapa langkah dia berhenti sambil menekup mulutnya. Dia berasa ada sesuatu yang mendorong, mahu keluar dari mulutnya.
Tiba-tiba, darah segar berwarna merah pekat tersembur begitu sahaja dari mulutnya. Darah membuak-buak keluar dari mulutnya. Wajahnya berubah pucat bagai tidak berdarah. Nafasnya mulai tidak stabil. Dia termengah-mengah.
Dia memandang lantai bilik yang sudah dikotori oleh darah.
"Linlin, kenapa lambat sangat tu.."
Halilintar tersentak bila mendengar suara Gempa, dia memandang ke arah Gempa yang berdiri kaku dimuka pintu.
"Kau turun lah dulu, nan.." kata-kata Halilintar dipotong Gempa.
"Linlin kenapa? Macam mana boleh ada banyak darah kat lantai ni?"
Gempa memandang wajah Halilintar yang pucat itu, dia mendapati lelaki itu menekup mulutnya yang comot oleh darah.
Halilintar terdiam, dia melangkah ke belakang dan berpaling lantas dia masuk kedalam bilik air. Pintu bilik air dikuncinya. Dia bersandar pada badan pintu. Tangannya yang digunakan untuk menekup mulutnya, ditarik lalu dia merenung darah segar yang mengotori telapak tangannya.
Gempa yang masih berdiri kaku dimuka pintu, terus tersedar bila Halilintar menghilang ke dalam bilik air.
Entah kenapa, hatinya berdebar tidak keruan. Dia panik dan risau, tanpa fikir panjang dia mengorak langkah ke bilik air. Dia mengetuk pintu bilik air itu sambil memanggil nama Halilintar.
"Halilintar buka pintu! Linlin buat apa kat dalam tu, keluar lah!" jerit Gempa, diiringi ketukan pada pintu.
"Gemgem kenapa, terjerit-jerit ni? Apa ya.."
Puan Lily terdiam bila melihat lantai bilik anaknya yang penuh oleh darah merah yang pekat itu. Tuan Amato dan Taufan yang turut berada disitu, terdiam.
Gempa memandang mereka bertiga sekilas dengan air mata berderu-deru keluar dari kelopak matanya.
"Mama, papa, Fanfan. Linlin, dia ada kat dalam tandas. Gemgem takut, tadi dia...dia muntah darah."
Mereka bertiga terkejut dengan apa yang dikatakan Gempa.
Taufan tanpa membuang masa, dia terus menghampiri Gempa yang berdiri di depan bilik air. Pintu bilik air diketuk kasar oleh Taufan.
"Woii Halilintar buka pintu ni, kalau tak aku hancurkan pintu ni!"
Namun tiada sahutan dari dalam bilik air. Sehinggalah, mereka dengar sayup-sayup suara Halilintar muntah-muntah dan tidak lama kemudian senyap. Suara Halilintar sudah tidak kedengaran, membuatkan mereka semakin risau.
Taufan mengambil tindakan untuk menendang pintu bilik air itu sekuat tenaga sehinggalah pintu tersebut terbuka luas.
Mereka semua terkedu tatkala mendapati Halilintar yang sudah tidak sedarkan diri ditepi mangkuk tandas dengan mulut mengeluarkan buih dan darah.
"Halilintar!!"
Gempa melangkah masuk kedalam bilik air yang juga sudah kotor oleh darah. Kepala Halilintar dia pangku keriba. Pipi Halilintar ditepuk perlahan, dengan bibir terketar-ketar dia menyeru nama Halilintar
"Linlin, bangun Linlin. Jangan buat Gemgem macam ni, bangun!"
Gempa menggoyang tubuh kaku Halilintar, berharap lelaki itu membukakan matanya. Berderu-deru air mata mengalir di pipinya.
•••••
"Gempa! Apa dah jadi?"
Solar yang datang bersama keluarga Halilintar terus melontarkan soalan pada Gempa dengan wajah risau.
Gempa memandang wajah Solar dengan linangan air mata. Dia mula buka cerita apa yang berlaku sebentar tadi.
Mereka bertiga terkedu selepas mendengar apa yang dicerita oleh Gempa, kecuali Solar. Sebab hanya dia sahaja tahu apa yang tengah di derita oleh Halilintar.
"Sekarang macam mana keadaan dia?" soal Tuan Adam.
Keluarga Gempa menggeleng kecil.
"Belum ada apa-apa berita lagi, dia masih ada kat dalam bilik kecemasan tengah ditangani doktor." kata Tuan Amato.
Keluarga Halilintar mengangguk perlahan dengan raut wajah yang ketara risaunya.
Mereka semua duduk di kerusi menunggu, sesekali anak mata mereka memgerling bilik kecemasan yang masih bernyala lampu merah. Dalam hati, satu doa dipanjatkan untuk Halilintar.
Ting! Lampu merah bertukar hijau. Tidak lama kemudian, bunyi pintu bilik kecemasan terbuka dan keluarlah seorang doktor lelaki.
Mereka semua bingkas bangun dari duduk dan mendekati doktor lelaki tersebut.
"Macam mana keadaan anak saya dok?" Puan Lisa bertanya cemas, tambahan lagi melihat wajah serba salah doktor itu.
Doktor yang bernama Kaizo itu, menghela nafas berat. Rasa berat pula mahu menyampaikan berita yang akan menyakitkan perasaan mereka semua.
"Maaf, dengan berat hati untuk saya katakan ni. Anak Tuan sekeluarga tidak dapat di selamatkan lagi. Kami juga mendapati anak Tuan mempunyai penyakit yang dikategorikan serius."
Mendengarkan itu, buatkan dua keluarga itu terkedu dengan tubir mata sudah berlinangan.
"Maksud dok? Apa penyakit yang diderita oleh anak saya?"
"Kanser otak dan juga lemah jantung, semua sudah berada diperingkat akhir. Saya harap, Tuan sekeluarga dapat terima semua ni. Ikhlaskan dia pergi, mungkin Tuhan lebih sayangkan dia. Kalau macam tu saya pergi dulu."
Kaizo menundukkan sedikit kepalanya dan berlalu pergi.
"Allah."
Bruk! Tubuh Puan Lisa rebah namun sempat disambut oleh suaminya.
"Lisa.."
Gempa memeluk tubuh Taufan erat sambil menghamburkan tangisannya. Taufan mengusap belakang tubuh Gempa, sesekali dia mencium ubun-ubun Gempa sambil berbisik ayat penenang.
Solar mendongakkan kepalanya memandang siling hospital dengan tatapan mata yang kosong, dia pejam mata rapat. Seleleh air mata mengalir deras keluar dari tubir matanya. Dia tidak sangka hari itu tiba juga, hari yang dia takutkan kini terjadi dengan begitu pantas sekali.
"Hali.."
-Tamat-
YOU ARE READING
40 Day's I Love You (HaliGem) [C]√
Fanfic"Aku seorang yang gemuk dan hodoh, berlemak pula sana dan sini. Tapi, kenapa dia pilih aku sebagai orang yang istimewa dalam hidup dia?" Warning! Yaoi! Don't like, don't read! Start : 3/12/2019 End : 9/1/2020 Status : [Complete!] P/S : DON'T PLAGIAT!