Part 9

908 93 8
                                    

Wajah Halilintar masam mencuka, tatkala dirinya di tarik paksa oleh Solar menuju ke pejabat guru. Para pelajar yang lalu lalang di koridor, menumpu perhatian pada mereka berdua. Mungkin hairan dan tertanya akan Halilintar yang datang bersama pelajar baru.

"Tak payah lah buat muka macam tu, teman aku ke bilik guru aje pun. Lepastu, kau pi lah ke kelas kau. Lagipun aku tak tau kat mana bilik guru terletak. Tolonglah sepupu kau yang terhabis comel ni, eh?"

Solar mengedip-ngedipkan matanya sambil menggoyang tangan Halilintar yang dia genggam kemas itu dengan gerakan manja.

Halilintar menjeling jengkel, lalu dia membuang muka. Benci betul dia, apabila melihat wajah Solar yang seperti minta penamparnya itu.

"Fine!" ujar Halilintar malas dengan wajah tanpa ekspresi.

Sudut bibir Solar terangkat, membentukkan sebuah senyuman lebar.

"Thanks cousin, nanti aku payung kau. Jom! Nanti lambat pula nak daftar masuk kelas."

"Yelah."

•••••

Di dalam sebuah kelas, rakan sekelas Halilintar mengerumuni meja belajarnya seperti lalat. Soalan demi soalan dilemparkan pada Halilintar.

"Wei Halilintar, laki yang datang dengan kau tu siapa? Dia pelajar baru kat sini ke? Dia dan kau ada hubungan apa?" tanya salah seorang rakan sekelas Halilintar.

Gempa yang duduk sebangku dengan Halilintar, hanya mampu memandang wajah kelat Halilintar seakan rimas dengan pertanyaan memburunya. Dia mahu menolong, namun bila difikirkan balik baik dia diam sahaja daripada dia pula yang kena marah dan dicemuh.

"Jawablah Halilintar, jangan diam aje. Kitorang nak tau aje pun. Kan geng?" katanya. Para rakan sekelasnya pakat menganggukkan kepala, setuju dengan apa yang diperkatakan oleh Ketua kelas mereka.

Halilintar merengus kasar. "Boyfriend aku."

"Apa?! Boyfriend kau?" jerit mereka semua dengan wajah terkejut.

"Wah! Aku tak sangka, rupanya orang macam kau ni Uke!"

"Bingit betul. Laki pendek tu, sepupu aku lah bodoh dan satu lagi aku tetap seme okey." ujar Halilintar datar, setelah itu dia merebahkan kepalanya diatas meja.

Malas mahu melayan kerenah rakan sekelasnya yang seperti tiada kerja sahaja, tahu nak jaga tepi kain orang saja.

Selepas mendengar jawapan dan keterangan daripada Halilintar, mereka semua mula beredar ke tempat meja masing-masing. Selang beberapa saat, guru kelas mereka masuk untuk mengambil kedatangan pelajar yang hadir.

•••••

Solar tersenyum di hadapan kelasnya, dia memandang satu persatu wajah baru rakan sekelasnya.

"Perkenalan diri kamu pada rakan kelas kamu, anak didikku." kata Cikgu Gigi.

Kepala Solar terangguk faham. Dengan penuh keyakinan, dia memperkenalkan dirinya.

"Hai kawan-kawan. Nama aku Boboiboy Solar, boleh panggil Solar. Aku murid pindahan dari London. Tolong beri tunjuk ajar dan semoga kita dapat jadi kawan yang baik. Salam kenal." kata Solar semangat, kepalanya ditundukkan sedikit sekadar memberi tunduk hormat tanda perkenalan.

"Hai Solar!" sapa mereka semua dengan senyuman manis, menyambut kedatangan Solar dengan baik.

Senyuman Solar makin mengembang lebar, apabila mendapat respon yang begitu baik daripada rakan sekelasnya itu.

"Baiklah Solar, kamu boleh duduk di sebelah Thorn. Thorn sila angkat tangan." kata Cikgu Gigi.

"Woi kawan baru, sini!" sahut Thorn semangat sambil melambaikan tangannya pada Solar.

Solar mengangguk lalu dia mengorak langkah menuju ke arah Thorn yang bakal menjadi rakan sebangkunya.

"Hai!" sapa Solar seraya melabuhkan punggungnya di kerusi, dia tersenyum pada Thorn.

"Hai juga kawan! Nama aku Boboiboy Thorn, panggil aku Thorky eh Thorny. Hehe!" Thorn tersengih sambil mengaru kepalanya yang tidak gatal.

"Oh, hai Thorny. Aku Sol.." ayat Solar dipotong oleh Thorn.

"Tau dah. Kau tak payah cakap, kau dah kasi tau tadi kat depan. Aku tak pekak lagi. Okay friend?" kata Thorn selamba.

Solar menggulingkan bebola matanya ke atas. Perasaan jengkel hinggap di hatinya, apabila Thorn dengan seenaknya memotong kata-katanya tanpa diberi lampu isyarat.

"Whatever."

******
Tbc.

40 Day's I Love You (HaliGem) [C]√Where stories live. Discover now