Halilintar mengerling Gempa yang duduk di sebelahnya. Lelaki itu sedari tadi hanya diam sahaja sejak tiba di sekolah. Halilintar menyentuh tangan Gempa yang berada diriba lalu digenggam lembut.
Gempa tersentak namun dia bisukan diri sambil memandang ke arah lain. Dia dapat rasa yang genggaman Halilintar pada tangan dieratkan.
"Gemgem.."
Gempa mengetap bibirnya kemas bila mendengar suara Halilintar yang lembut itu.
"Gemgem please jangan diamkan aku, aku tak kuat kalau kau diamkan aku. Please, Gem. Aku tak nak di sebabkan malam tu kau diamkan aku hari ni. Please sayang, say something.."
Suara Halilintar yang sayu itu menyapa cuping telinga Gempa.
Gempa pejam mata, dia lemah bila mendengar suara Halilintar yang kedengaran sayu sahaja.
"Linlin a.." baru sahaja Gempa mahu buka suara dan berpaling ke sebelah. Halilintar berganjak bangun dan berlari keluar kelas sambil menutup mulutnya.
Perasaan Gempa mula dipalu rasa risau, dia segera mengejar langkah Halilintar.
Dia mendapati Halilintar masuk ke dalam tandas, dari luar dia dapat dengar suara muntah yang berasal dari Halilintar. Gempa melangkah masuk, dia melihat Halilintar yang berdiri di depan sinki sambil memuntahkan sesuatu yang berwarna merah pekat.
"Halilintar..."
Halilintar tersentak terus dia membasuh mulutnya yang comot oleh darah, dia menoleh ke arah Gempa.
"Gempa.."
Gempa merenung wajah Halilintar yang pucat itu. Dia mendekati lelaki itu.
"Linlin apa tadi tu? Tadi tu da..darah kan?"
Halilintar diam sambil memandang wajah risau Gempa dengan tatapan mata redup.
"Taklah, sirap." jawab Halilintar berjenaka. Namun, lawak Halilintar tidak menjadi bila Gempa memandangnya tajam.
"Saya tak buta lagi Hali, saya boleh beza yang mana darah dan sirap." kata Gempa tegas, bahkan panggilannya turut berubah.
"Gempa..."
"Awak sakit apa Hali?"
Diam. Halilintar tidak menjawab pertanyaan Gempa. Dia cuba untuk sentuh Gempa, namun sudah ditepis terlebih dahulu.
"Awak tak nak kasi tau? Fine."
Selepas berkata begitu, Gempa terus keluar dari tandas dengan wajah ketara kecewanya.
Halilintar berdecit geram sambil meramas kepalanya yang berdenyut sakit. Setitis air mata jatuh di tubir matanya.
"Shit! Aku pun tak nak lah semua ni!"
•••••
Blaze dan Solar memandang Halilintar yang berwajah muram itu. Mereka bertiga berjalan keluar dari bangunan sekolah.
"Hali, kau gaduh dengan Gempa ke? Selalunya kau hantar dia balik?" soal Blaze dengan nada suara hati-hati, tidak mahu mencetus sakit di hati kawannya itu.
Halilintar mengerling Blaze dan Solar, dia mengeluh. Matanya menangkap kelibat Gempa yang berjalan melintas mereka bertiga.
"Gem.." Solar yang mahu memanggil Gempa terbantut bila tangan Halilintar menutup mulutnya.
Solar memandang Halilintar yang menggelengkan kepala.
"Biar aku settle sendiri masalah aku dengan dia, aku nak dia tenangkan diri dulu." kata Halilintar lantas dia berjalan meninggalkan Blaze dan Solar.
"Ishh! Aku tak suka lah tengok muka muram dia tu! Lebih baik aku tengok muka tak ada perasaannya tu." kata Solar.
Blaze menepuk bahu Solar. "Aku sokong."
"Benci betul, jomlah balik."
Tbc
YOU ARE READING
40 Day's I Love You (HaliGem) [C]√
Fanfiction"Aku seorang yang gemuk dan hodoh, berlemak pula sana dan sini. Tapi, kenapa dia pilih aku sebagai orang yang istimewa dalam hidup dia?" Warning! Yaoi! Don't like, don't read! Start : 3/12/2019 End : 9/1/2020 Status : [Complete!] P/S : DON'T PLAGIAT!