Gempa tersenyum sambil menyuap sesudu bubur nasi pada Halilintar.
"Akhirnya habis juga, sekarang telan ubat ya?" kata Gempa, mangkuk yang sudah kosong tanpa sisa dimakan Halilintar ke atas meja tepi katil.
Gempa menghulur sebiji pil demam pada Halilintar bersama segelas air putih.
Halilintar menyambut huluran Gempa, lantas ubat tersebut ditelan lalu air putih diteguknya sehingga habis. Gelas kosong itu dia letak di atas meja.
"Terima kasih." kata Halilintar.
Gempa hanya tersenyum dengan kepala diangguk kecil. Dia mengusap kepala Halilintar.
"Linlin.."
"Ya?"
Anak mata mereka bertaut, saling menyelami ke dasar mata masing-masing.
"Gemgem minta maaf, sebab dah palaukan Linlin dan marah pada Linlin. Maafkan Gemgem ya Linlin?"
Gempa mengenggam tangan Halilintar lembut. Tangan lelaki itu dicium lama, memohon kemaafan.
Halilintar simpan senyum yang mahu terukir melihat telatah Gempa. Dia menarik tubuh Gempa ke dalam dakapannya. Kepala lelaki itu diciumnya bertalu-talu.
"Linlin maafkan, lain kali jangan buat macam tu lagi ya. Hati Linlin tak tenang kalau Gemgem palau Linlin."
Wajah Gempa memerah, dia menentang renungan iris merah Halilintar.
"Baiklah, Gemgem janji." Gempa mengangkat jari kelingkingnya dan disuakan pada Halilintar.
Halilintar mengusap hidungnya pada hidung Gempa lalu dia mengaitkan jari kelingkingnya pada jari Gempa. Ibu jari mereka berdua dilagakan sambil tersenyum manis.
"Alahaii, sweet betul kau orang ni. Tolonglah hormati orang yang jomblo ni." sampuk Solar yang kebetulan lalu di hadapan bilik itu sekadar mahu mengintai apa yang sepupunya dan Gempa buat.
Solar melangkah masuk ke dalam bilik dia bersama Halilintar.
Halilintar berdecit sebal, "Bonda dan papa tak balik lagi?"
Kepala Solar tergeleng kecil sejurus melabuh duduk di kerusi belajar.
"Belum lagi."
Solar mengerling Gempa yang diam sambil bermain dengan jari jemari Halilintar. Dia tersenyum kecil.
Halilintar yang perasan akan pandangan Solar terhadap Gempa, hanya mendiamkan diri. Dia perasan akan tatapan Solar yang seperti menyampaikan sesuatu, dia tidaklah bodoh mana untuk mengenali pandangan mata itu.
"Gem, kau tak nak balik lagi ke? Dah nak petang ni, nanti tercari pula mak kau." kata Halilintar, dia menatap lembut wajah Gempa.
"Oh! Yelah! Kalau macam tu, Gemgem balik dulu. Cepat sembuh ya Linlin."
"Aku hantar kau sampai depan ya?" tawar Solar, Gempa hanya mengangguk kecil.
"Bye Linlin, jumpa di sekolah esok. Cepat sembuh tau!"
Halilintar tersenyum. "Ya."
Gempa berlalu keluar bilik dengan Solar membuntutinya dari belakang.
"Solar.."
Solar yang sudah sampai di muka pintu, menoleh pada Halilintar.
"Ya?"
Mereka bertentang mata buat seketika.
"Tak ada apalah." kata Halilintar seraya merebahkan dirinya ke atas katil.
Solar hanya mengangkat bahu acuh, dia mula mengorak langkah yang terbantut tadi.
•••••
Helaian demi helaian buku diselaknya, dia mengeluh apabila fokusnya untuk belajar seperti terganggu.
Solar menutup buku belajarnya, dia hela nafas. Telefon pintarnya yang terdampar di meja kopi, dia capai.
Solar mula leka bermain dengan telefonnya, melayari laman sosialnya. Kerana leka dia tidak menyedari Halilintar yang baru turun dari bilik menerpa ke arahnya.
Halilintar melabuh duduk atas karpet berhadapan Solar, kedudukan mereka hanya terpisah oleh meja kopi.
"Solar.."
Kepala Solar terangkat, "Eh? Masa bila kau turun?"
"Baru aje, kau tu yang ralit main telefon sampai tak sedar aku datang."
Solar tersengih. "Ada apa? Tengok dari muka kau macam ada benda yang kau nak tanya aku? Apa?"
"Macam tau-tau aje, aku memang ada benda nak tanya kau. Tapi aku nak kau jujur."
Kening Solar terangkat sebelah. "Apa? Macam serius aje."
Hailintar berdeham sejenak, "Kau.. Kau suka Gempa ya?"
Tubuh Solar mengeras bila mendengar soalan yang tidak diduga olehnya terluah dari mulut Halilintar. Dia membalas pandangan mata Halilintar yang tampak tenang itu seolah tidak beremosi.
"Jujur aje, aku tak akan marah." kata Halilintar.
Solar mengenggam erat telefon pintarnya yang dia pegang itu.
"Aku bukan apa Hali.. Aku.. Maaf.."
"Kenapa kau minta maaf?"
"Maaf sebab ada simpan perasaan kat kekasih kau.. Maaf Hali.."
Tbc...
YOU ARE READING
40 Day's I Love You (HaliGem) [C]√
Fanfic"Aku seorang yang gemuk dan hodoh, berlemak pula sana dan sini. Tapi, kenapa dia pilih aku sebagai orang yang istimewa dalam hidup dia?" Warning! Yaoi! Don't like, don't read! Start : 3/12/2019 End : 9/1/2020 Status : [Complete!] P/S : DON'T PLAGIAT!