Part 32

659 74 5
                                    

Ting! Tong!

Taufan yang kebetulan berada di ruang tamu, terus bergegas ke pintu utama rumah bila terdengar loceng rumah berbunyi. Pintu rumah dibuka, anak matanya terkebil-kebil melihat seorang lelaki yang sebayanya berdiri di depan rumahnya.

"Oh? Siapa ya?" soal Taufan hairan.

"Halilintar, bf adik kembar kau?" kata Halilintar sarkastik.

"Oh! Jadi kau lah bf adik aku ya? Hmmm, not bad lah? Patutlah Ge-aduh!"

Taufan mengaduh sakit bila tubuhnya ditolak kuat oleh seseorang sehingga terhantuk pada pintu.

"Yeah Linlin dah datang, jom masuk!" Gempa terus menarik tangan Halilintar masuk ke dalam rumah dan menuju ke tingkat atas.

"Woiii!! Gemgem, aku tak habis inter.."

"Diam! Jom Linlin, abaikan nyamuk tu."

Halilintar hanya mengangguk, sesekali dia mengerling ke arah Taufan yang tengah memandangnya dengan tatapan mata tidak puas hati.

Mereka berdua melangkah masuk ke dalam bilik Gempa. Pintu dikatup rapat dan mereka menuju ke tengah bilik lalu melabuh duduk di atas lantai yang beralaskan karpet kuning.

"Jom mula." Gempa mula membuka buku yang sudah dia sediakan sedari tadi.

Halilintar mengangguk, dia membuka beg sekolahnya yang dia bawa itu. Sebuah buku latihan dan buku teks dikeluarkan.

"Esok exam bahasa melayu, so kita buat latihan karangan boleh?" kata Halilintar.

"Boleh, boleh, boleh. Gemgem dah sediakan tajuk."

"Ohya? Tajuk apa?" soal Halilintar.

"Hmmm, gotong-royong? Boleh?"

"Okey juga, jom mula."

Mereka berdua mula melakukan latihan tubi bahasa melayu dalam keadaan yang senyap.

Sejam kemudian...

"Ohya Gem..." ucapan Halilintar tergantung bila mendapati Gempa terlena dengan keadaan meniarap, bahkan tangannya masih setia memegang sebatang pen.

Halilintar tersenyum, dia menarik perlahan pen biru yang berada digenggaman Gempa lalu diletakkan diatas buku. Halilintar meluruskan kakinya, lalu dia mengangkat kepala Gempa hati-hati agar lelaki itu tidak terganggu dan diletakkan ke atas pahanya.

Anak rambut Gempa yang menutupi dahi, dia selak ke belakang. Dahi Gempa dikucupnya perlahan. Pipi tembam lelaki itu dia belai sejenak sebelum menyambung kerjanya.

Tanpa Halilintar sedari, ada sepasang mata yang mengintai di sebalik celah pintu yang dibuka sedikit. Taufan.

Dia tersenyum manis melihat perilaku Halilintar pada adik kembarnya itu.

"Nasib baik dia tak ambil kesempatan kat Gemgem, nampak macam baik aje. Hmmm, okeylah." bisiknya seraya menutup pintu bilik Gempa perlahan agar Halilintar tidak menyedari dirinya tengah skodeng mereka.

•••••

Kepala Halilintar tertunduk ke bawah bila dirasa Gempa bergerak, dia tersenyum kecil tatkala melihat Gempa sedang mengusap wajah pada perutnya.

"Heyy, bangun emuk." ucap Halilintar sambil mengusap kepala Gempa lembut.

"Ouh Linlin, dah pukul berapa?" soal Gempa sambil mengenyeh kelopak matanya.

"Dah pukul 5.35 petang, dah bangun tak elok tau tido nak dekat-dekat senja ni." katanya, pipi Gempa dicubit perlahan.

"Yelah." Gempa bangun dari rebahannya di pangkuan Halilintar, dia mengeliat kecil.

"Aku dah nak balik ni, kau sambung buat malam nilah latihan tu ya?"

Gempa mengangguk kecil dengan senyuman polos.

"Baik."

Halllilintar mengemas peralatan belajarnya ke dalam beg sekolah. Mereka berdua berdiri saling berhadapan.

"Linlin tak nak makan malam kat sini?" Soal Gempa.

Halilintar menggeleng kecil sambil mengalas beg sekolahnya.

"Tak apalah, lain kali ya Gem. Hmmm, kau tak nak bagi ciuman perpisahan ke?" kata Halilintar dengan kening dijongket sebelah.

"Umm? Ciuman perpisahan?"

"Yelah, kat sini." Halilintar menunjuk pipi kanannya dengan senyuman nakal.

Wajah Gempa berona merah, dia berdecit perlahan.

"Mengada, meh sini."

Gempa mendekatkan wajahnya pada Halilintar, baru sahaja bibirnya mahu menyentuh pipi Halilintar, lelaki itu palingkan wajah ke arahnya dan tidak semena-mena bibir mereka berdua bertembung. Membulat mata Gempa kerana kaget dengan tindakan Halilintar tersebut.

Gempa menatap mata merah Halilintar, wajahnya bertambah merah bila lelaki itu mengenyitkan sebelah mata padanya.

Halilintar menekan belakang kepala Gempa, ciuman tersebut diperdalamkan lagi.

"Thanks goldy." kata Halilintar selepas ciuman mereka terlerai.

Gempa menutup wajahnya yang memerah itu, kepalanya diangguk malu.

"Sama kasih." jawab Gempa.

Halilintar tergelak kecil dengan gelagat Gempa tersebut, dia menyerabaikan rambut Gempa.

"Gemgem hantar sampai bawah ya?"

"Okey, jom."





Tbc..

40 Day's I Love You (HaliGem) [C]√Where stories live. Discover now