Part 28

725 83 7
                                    

Taufan mengalas beg sekolahnya, dia bersiul kecil. Di saat dia melintasi bilik kembarnya, dia berhenti. Kepalanya dijenguk ke dalam bilik Gempa yang terbuka luas itu.

Dia melihat Gempa yang sedang bersiap di hadapan cermin solek. Dia melangkah masuk.

"Oit! Ni nak pergi sekolah ke nak pergi mengorat orang ni?" sergah Taufan, dia berdiri ditepi Gempa dan dia memandang adik kembarnya dari hujung rambut sehingga hujung kaki.

Gempa hanya mengerlingkan mata malas, "Sibuk aje, biarlah."

Taufan mengetuk dagunya. "Hmmm? Aku baru perasan tubuh kau nampak kurus sikit? Kau berdiet eh? Tapi, okey juga."

"Betul ke Fanfan? Aku dah kurus sikit?" kata Gempa sambil memandang Taufan dengan anak mata berbinar-binar.

"Ya, aku tak tipu." jawab Taufan, dia mencubit pipi tembam Gempa.

Gempa tersenyum lebar. "Tak sia-sia aku berjogging dengan Linlin setiap petang."

"Linlin? Siapa tu? Pelik betul nama dia." kening Taufan berkerut hairan.

"Oh! Nama dia Halilintar, tapi aku panggil dia Linlin. Kenapa aneh ya? Tapi nama tu aku yang buat untuk dia, hehehe." kata Gempa dengan sengihan polos.

"Tak ada lah aneh mana. Tapi, kau ada apa-apa dengan dia eh? Siap buat panggilan manja lagi."

"Biasalah. Linlin kan kekasih aku."

Mata Taufan membulat. "Whatda?! Kau dah ada kekasih Gem? Kenapa aku tak tau?"

"Dah kau tak tanya," jawab Gempa selamba. Dia meraih beg sekolahnya lalu digalas kebahu.

"Tch! Siapa dia? Aku nak interview dia, berani betul dia bercinta dengan adik kembar aku tanpa minta kebenaran! Hmp!"

Mata Gempa terguling ke atas bila Taufan sudah masuk ke sifat posesifnya.

"Yaelah, aku memang hajat nak kenalkan dia dengan kau. Aku pasti kau akan terima dia."

"Yakinnya anda. Tapi, tak apa. Aku ada benda nak kenakan dia. Tunggu lah."

Taufan tersenyum jahat. Gempa mencubit perut Taufan buatkan kembarnya itu meringis sakit.

"Sakitlah."

"Jangan berani, nak prank dia yang bukan-bukan. Kalau tak siap kau." ancam Gempa sambil menunjuk penumbuknya.

"Tch. Kita tengok aje. Ohya, kalau kau nak kuruskan badan tu janganlah pipi kau pun kau kempiskan juga."

"Apasal pula?"

Taufan memegang kedua pipi tembam Gempa lalu dicubit geram.

"Nanti aku tak ada mainan dah."

"Mainan?"

"Yelah. Pipi kau ni adalah mainan favorite aku okey, kalau sehari tak gomol pipi kau hidup aku tak lengkap okey."

Pang! Kepala Taufan dilempang Gempa kuat buatkan lelaki itu mengaduh sakit.

"Biadap! Pipi aku bukan mainan okey, tch! Sudahlah." Gempa berjalan keluar dengan langkah terhentak-hentak. Pipinya yang sedia tembam itu makin tembam bila dia mengembungkan pipinya.

"Huaaa Gemgem! Sini pipi kau Gem, aku nak gigit!" jerit Taufan geram melihat pipi Gempa yang mengembung lucu itu.

"Oh no!"

Gempa terus melarikan diri bila Taufan sudah pasang kekuda mahu menyerangnya.

•••••

Gempa berjalan menyusuri koridor sekolah yang sedikit lenggang itu. Dia tersenyum lebar bila mendapati Halilintar dan Solar berjalan beiringi menuju ke kelas sambil berbual kecil.

Dia terus berlari anak mendekati mereka berdua yang belum menyedari kehadirannya. Gempa menyelip masuk di antara mereka berdua, dia memeluk lengan Halilintar dan Solar buatkan duo sepupu itu terkejut.

"Gem, kau ni buat terkejut kitorang aje. Ingat siapalah tadi." kata Solar sambil mengusap dadanya yang masih berdetak kencang kerana kaget.

Gempa hanya tergelak kecil, dia mengerling Halilintar.

"Linlin dah sihat dari demam?" soal Gempa.

Anggukan kecil dari Halilintar menjawab pertanyaan Gempa.

"Dah sikit." jawab Halilintar dalam senyuman kecilnya.

"Baguslah. Jangan sakit-sakit lagi ya? Linlin buat Gemgem tak tenang aje, tengok Linlin sakit." kata Gempa polos.

Halilintar memandang Gempa, lalu dia tersenyum kecil. "Tidak akan lagi."

Solar yang memerhatikan kemesraan mereka berdua sedari tadi hanya tersenyum sahaja. Dalam diam hatinya dipalu rasa perit namun dia hanya membuat tidak tahu sahaja. Malas mahu melayan perasaannya itu, takut akan melarat nanti susah pula dianya.

"Jom masuk kelas."

"Jom."







Tbc...

40 Day's I Love You (HaliGem) [C]√Where stories live. Discover now