Yaya bersama kedua kawannya mengerling Gempa yang berjalan masuk di kawasan sekolah berdampingan dengan Halilintar di sisi.
Ying dan Dahlia menjeling ke arah Yaya.
"Yaya, aku rasalah kan. Ugutan yang kau kasi kat dia hari tu dia tak ambil peduli aje aku tengok. Ke dia nak kita bertindak dulu?" Kata Dahlia. Ying mengangguk setuju.
"Hmm, korang nak join tak untuk kenakan dia?" kata Yaya seraya menjongketkan keningnya.
Ying dan Dahlia saling berbalas pandangan lalu mereka berdua tersenyum sinis.
"Sure! Apa plan kau?"
Yaya hanya tersenyum, "korang rasa hari ni hari apa?"
"Hari.." mata mereka berdua membulat kecil, lalu mereka tersenyum.
"Aku rasa aku tau, dan aku dah ada idea." kata Dahlia.
"Apa?" soal Yaya dan Ying.
"Nanti aku kasi tau korang."
•••••
"Gemgem, jom rehat!"
Jerit Solar seraya melangkah masuk ke dalam kelas Gempa dan Halilintar.
"Jo.."
"Tak boleh, dia dah janji nak rehat dengan aku. Kau tak payah sibuk."
"Alah.. Sama aje kan, kalau rehat mesti pergi kantin juga kan?"
"Tak! Kami makan dalam kelas."
Gempa hanya memandang duo sepupu itu yang mula beradu mulut.
"Haishh! Dah jangan gaduh, benda boleh bawa bincang kan. Solar, jom lah join kitorang. Gemgem bawa bekal untuk kita bertiga. Jom."
Solar tersenyum lebar, dia menjelirkan lidah pada Halilintar yang tampak sudah bengang itu. Solar mengambil tempat di meja hadapan Gempa.
"Gemgem bawa bekal apa?"
"Nasi goreng!" Gempa mengeluarkan tiga bekas tupperware dari laci meja.
"Wahh nasi goreng, Gemgem ke buat?" soal Solar.
"Ya, hehe. Tapi tak tahu lah sedap ke tak." ucap Gempa merendah diri.
"Alah, mesti sedap punya." kata Solar sambil membuka penutup bekas tersebut. Semerbak bau nasi goreng, menyinggah masuk ke dalam rongga hidung mereka.
"Wahh! Macam sedap aje."
Halililintar hanya menjeling tidak puas hati pada Solar, namun dia diam.
"Hali kenapa? Tak nak makan?" soal Gempa bila perasan yang Halilintar hanya berdiam diri saja.
"Aku nak kau suap." pinta Halilintar dengan wajah datar. Solar tersedak nasi goreng tatkala mendengarkan itu.
"Seriously? Halilintar ke tu?" perli Solar.
"Kau diam. Cepatlah Gem."
"Err... Okey?"
Gempa menyua sesudu nasi pada Halilintar. Namun lelaki itu tidak membuka mulutnya.
"Buka lah mulut tu, macam mana nasi nak masuk."
Halilintar mengerling sudu yang terisi nasi goreng, tidak berniat mahu menerima suapan itu.
"Aku tak nak kau pakai sudu, tapi aku nak kau guna tangan. Cepat." kata Halilintar.
Mata Gempa membulat, manakala Solar sudah membuat gaya mahu muntah bila melihat drama yang Halilintar mainkan.
"Err, baiklah."
Gempa dengan patuhnya menurut permintaan Halilintar. Dia membasuh tangannya dengan air mineral, lalu nasi goreng digaul sejenak sebelum menyuap pada Halilintar.
Halilintar mengerling Gempa, mulutnya dibuka untuk menerima suapan Gempa.
"Macam mana?" soal Gempa tatkala nasi goreng yang dia suap selamat masuk ke dalam mulut Halilintar.
"Bolehlah." jawab Halilintar sambil mengunyah nasi goreng.
"Heleh, yelah tu. Tsundere, cakap ajelah yang nasi tu sedap." perli Solar.
"Diam kau. Sibuk aje."
"Heleh! Gemgem, Solar pun nak Gemgem suapkan. Boleh?" Solar membuat muka comel.
"Erk bo.."
"Tak boleh! Makan sendiri, tangan ada kan?" bantah Halilintar.
"Habistu, kau suruh dia suap kau boleh pula? Bukan tangan kau ada eh? Asal nak kena suap? Acah sweet ke?" Solar memerli lagi. Mereka berdua saling melempar renungan maut.
"Sudah! Korang ni, depan rezeki nak gaduh! Tak baiklah. Solar nak Gemgem suapkan juga ke? Mehh."
Solar tersenyum kemenangan, manakala Halilintar sudah masam wajahnya.
"Yeye! Thanks Gem!"
Gempa hanya tersenyum, baru sahaja dia mahu menyuap nasi pada Solar tangannya dipegang Halilintar dan nasi yang berada dalam tangannya tersuap masuk ke dalam mulut Halilintar.
"Tak guna kau, jeles cakap ah!" marah Solar tidak puas hati. Halilintar dengan spontan menjelirkan lidahnya pada Solar sambil mengunyah nasi didalam mulutnya.
"Gemgem, tengok boyfriend kau tu. Dia jelir lidah pada Solar, tak senonoh." Adu Solar pada Gempa.
"Abaikan dia Gem, anggap aje dia tu seekor nyamuk yang menganggu."
Gempa hanya hela nafas, tanpa mempedulikan mereka berdua yang mula buka kaunter gaduh. Dia terus memakan nasi gorengnya dengan lahap.
Tbc...
YOU ARE READING
40 Day's I Love You (HaliGem) [C]√
Hayran Kurgu"Aku seorang yang gemuk dan hodoh, berlemak pula sana dan sini. Tapi, kenapa dia pilih aku sebagai orang yang istimewa dalam hidup dia?" Warning! Yaoi! Don't like, don't read! Start : 3/12/2019 End : 9/1/2020 Status : [Complete!] P/S : DON'T PLAGIAT!