Part 2

1.1K 107 13
                                    

"Halilintar!"

Langkah Halilintar terhenti apabila, namanya dipanggil oleh seseorang. Dia palingkan wajah ke arah empunya suara, dia berdecit perlahan.

"Apasal kau?" soal Halilintar mendatar.

Yaya tersenyum manis walaupun hatinya sakit tatkala mendengar nada suara Halilintar yang serba datar itu.

"Tak ada apa saja. Jom kita masuk kelas bersama nak? Awal you datang? Oh I lupa, you kan selalu datang awal ke sekolah. Pelajar kesayangan cikgu lah katakan." kata Yaya.

Halilintar hanya endah tidak endah sahaja. Dia meneruskan perjalanannya ke kelas, malas mahu melayan gadis yang suka buat onar disekolah macam Yaya itu.

"Halilintar sayang, tunggulah I!"

Gila! Siapa sayang dia? Perasan tak habis betul minah ni. Omel Halilintar di dalam hati. Bebola matanya digulingkan ke atas.

"Hali, you nak tak jadi boyfriend I?"

Halilintar tersedak air liurnya sendiri. Mulutnya terbuka kecil, dia memandang Yaya dengan wajah bingung. Kelopak matanya terkebil-kebil. Hilang seketika watak dinginnya.

"Halilintar my cute pikachu? You still here?" Yaya melambaikan tangan di hadapan wajah Halilintar.

Halilintar tersedar, wajahnya masam lalu dia tepis tangan gadis itu. Yaya tersentak.

"Sorry? Who are you? I know you? Crazy." bidas Halilintar savage. Dia menolak perlahan bahu Yaya, lantas dia tersenyum mengejek dan berlalu pergi meninggalkan Yaya yang sudah naik berang itu.

"Tak guna! Siap kau Hali!"

Kakinya dihentak kasar, tangan digenggam kemas. Tubuh Halilintar yang makin menjauh dipandang tajam.

•••••

Cikgu Papazola berceloteh di hadapan kelas, bercerita kisah-kisah yang sudah menjadi sejarah berabad lamanya pada negara Malaysia.

Gempa tidak terlalu fokus pada Cikgu Papazola yang sedang mengajar, namun fokusnya hanya pada lelaki di sebelahnya. Halilintar.

"Aku tau yang aku ni hensem, kalau nak tenung anak teruna orang berpada-pada lah. Nanti jatuh ke zina mata." kata Halilintar selamba.

Gempa terkejut dengan wajah mula berubah merah sampai ke telinga. Malunya hanya Tuhan sahaja yang tahu, apabila dia tertangkap basah sedang merenung lelaki itu.

Halilintar tersenyum sekilas, dia mengenyitkan matanya pada Gempa. Gempa berdeham malu, kepalanya dihala ke hadapan.

Yaya yang duduk berselang dua meja daripada tempat mereka berdua, mengeram kesal. Api amarahnya naik, menguasai dirinya.

"Tak guna kau gemuk, aku akan singkirkan kau. Tunggulah nanti."

Permukaan meja dihentak kasar, buatkan seisi kelas menoleh ke arahnya.

"Yaya? Kenapa? Ada apa-apa nak ditanya?" soal Cikgu Papazola, wajah anak muridnya dipandang hairan.

Yaya tersentak kaget lalu kepalanya digeleng perlahan.

"Tak ada apa cikgu," jawab Yaya malas.

"Habistu kenapa kamu pukul meja?"

Yaya mendengus halus.

"Saja nak test meja ni kukuh ke tak." selamba sahaja Yaya menjawab soalan Cikgu Papazola.

Rakan sekelasnya ketawa kecil kecuali Halilintar dan Gempa. Cikgu Papazola hanya mampu menggelengkan kepala dengan sikap Yaya itu. Sudah masak.

"Tsk. Cari perhatian betul pompuan cekeding tu." gumam Halilintar mendatar. Gempa menoleh ke sebelah.

"Awak ada kata sesuatu ke?" soal Gempa.

"Tak payah nak sibuk."

Bibir Gempa terjuih ke bawah. Dia menjeling Halilintar kesal.

"Aku pula yang kena?" omel Gempa tidak puas hati. Halilintar hanya menjeling sahaja.

*****
Tbc..

40 Day's I Love You (HaliGem) [C]√Where stories live. Discover now