Loceng berbunyi menandakan, waktu persekolahan telah pun berakhir. Semua pelajar mula mengemas peralatan belajar sambil bersorak riang. Namun, sebuah pengumuman dari pembesar suara mengalihkan perhatian mereka.
"Pengumuman kepada semua pelajar Smk Pulau Rintis, kamu semua di minta berkumpul di perhimpunan sekolah sekarang juga. Sekian terima kasih."
Semua pelajar mula mengeluh, lantas mereka beredar menuju ke perhimpunan sambil berbual dengan rakan-rakan mereka.
Namun tidak bagi Gempa, dia masih berada di dalam kelas. Dia ada sesuatu yang perlu dilakukan, iaitu membangunkan Halilintar yang masih lena di buai mimpi.
Gempa yang berdiri di tepi meja, mula bercangkung dan dia menongkat dagu di atas meja. Wajah damai Halilintar yang tenang diulik mimpi itu, dia pandang dengan senyuman nipis.
"Comel." bisik Gempa, dengan pipi berona merah.
Lama punya dia tenung Halilintar, dia tersentak apabila Halilintar mula mencelikkan kelopak matanya. Anak mata mereka bertaut buat seketika.
"Arghh!!" jeritan Halilintar menggema segenap ruangan kelas yang sepi itu.
Gempa bingkas berdiri daripada bercangkung, dia mengusap dadanya akibat terkejut dengan jeritan Halilintar itu.
"Hei! Dah kenapa awak jerit? Terkejut saya tau tak!" marah Gempa geram. Debaran didada, masih berdetak kencang.
"Kau lah! Yang kau pergi kejutkan aku macam tu kenapa? Aku ingat hantu manalah yang tenung aku tadi dengan kepala letak atas meja, kau ingat lawak? Nak aku sakit jantung apa?" omel Halilintar geram. Dia turut mengusap dadanya, sambil merenung Gempa tajam.
Tidak berkelip mata Gempa apabila mendengar leteran Halilintar yang panjang lebar itu. Pertama kali, lelaki itu bercakap banyak. Kalau tidak, mesti dua atau tiga patah perkataan sahaja yang keluar dari mulut Halilintar.
"Asal tengok aku macam tu?" soal Halilintar bengang. Anak matanya melilau memandang ruangan kelasnya, sunyi sepi hanya tinggal mereka berdua sahaja.
Belum sempat Gempa menjawab soalan Halilintar, lelaki itu sudah melontarkan soalan kedua kepadanya.
"Mana yang lain?"
"Sekarang dah waktu balik, tapi kita kena pergi tapak perhimpunan dulu. Cikgu ada nak bagitau sesuatu. Jom!" jawab Gempa ceria, seraya menarik lengan Halilintar supaya lelaki itu lekas berdiri.
"Eh, sabarlah emuk!" Halilintar meraih beg sekolahnya lalu membuntuti Gempa yang setia menarik lengannya.
"Woii!" jerit Gempa bila perasan yang Halilintar memanggilnya gemuk. Walaupun kenyataannya memang begitu.
Halilintar hanya mengendahkan amarah Gempa, dia merentap lengannya yang masih dipegang Gempa lalu dia berlari anak meninggalkan lelaki itu yang sibuk mengomel akan dirinya.
"Woii Halilintar tunggulah!"
Halilintar berhenti daripada berlari, dia berpaling lalu tersenyum sinis kepada Gempa.
"Tak nak! Bye Gempa emuk!"
Mata Gempa membulat, bibirnya dikemam. Geram.
"Boboiboy Halilintar!!"
Halilintar tergelak apabila berhasil membuat Gempa naik angin, dia terus menonong pergi.
Gempa hela nafas, namun bibirnya mengulas senyuman kecil tatkala melihat perangai sengal Halilintar yang tidak pernah lelaki itu tunjuk pada sesiapa. Pelik bin ajaib.
•••••
"Okey, disini saya nak buat pengumuman, yang minggu depan sekolah kita akan mengadakan festival." kata pengetua sekolah.
Semua pelajar mula bersorak.
"Cikgu, festival tu melibatkan apa?" Soal salah seorang pelajar di situ.
Pengetua sekolah tersenyum.
"Yang terlibat ya? Pada hari festival itu akan ada jual-jualan makanan, baju dan aksesori. Karaoke juga ada, pameran seni juga ada."
"Kamu semua boleh libatkan diri kamu juga, kalau kamu nak masuk mana-mana bahagian. Kamu perlu jumpa guru kelas or guru rumah sukan kamu. One more thing, orang luar boleh masuk."
Pengetua sekolah tersenyum melihat pelajar-pelajarnya yang mula bising mengenai festival tersebut.
"Itu sahaja yang saya nak beritahu kamu semua. Esok kamu boleh minta surat or apa-apalah itu pada guri kamu nanti. Saya akhiri ucapan saya dengan kamu semua boleh beredar balik. Terima kasih."
Selepas tamatnya pengumuman daripada pengetua sekolah, semua para pelajar mula beredar keluar dari dewan perhimpunan tersebut.
"Hei Hali, kau nak masuk apa nanti festival? Aku hajat nak masuk karok! Kau nak join dengan aku? Kita boleh duet!"
Blaze merangkul bahu Halilintar sambil berkata dengan nada riangnya.
Halilintar menggulingkan biji matanya, lalu dia menepis tangan Blaze yang melekat pada bahunya. Blaze menjuihkan bibir, bila diperlakukan seperti itu.
"Thanks but no thanks." kata Halilintar datar. Riak wajahnya kosong, seakan tidak berminat dengan apa yang kawannya itu cakap.
Blaze merengus kasar.
"Kau ni! Semua tak masuk, aku tak kira. Aku nak juga kau masuk, kita akan berduet berdua. Aku akan tulis nama kau, so kau tak boleh nak lari dah!" kata Blaze tegas, tidak memberi Halilintar untuk melarikan diri kali ini.
Halilintar hanya membuang muka dengan decitan kasar. Tidak suka bila dirinya dipaksa.
"Diam kau, maknanya kau setujulah tu."
Blaze mencuit-cuit pipi Halilintar, sengaja ingin menggoda lelaki dingin itu. Dia tersenyum lebar apabila mendapatkan jelingan maut Halilintar. Tidak gentar, dia sudah terbiasa.
*****
Tbc..
YOU ARE READING
40 Day's I Love You (HaliGem) [C]√
Fanfiction"Aku seorang yang gemuk dan hodoh, berlemak pula sana dan sini. Tapi, kenapa dia pilih aku sebagai orang yang istimewa dalam hidup dia?" Warning! Yaoi! Don't like, don't read! Start : 3/12/2019 End : 9/1/2020 Status : [Complete!] P/S : DON'T PLAGIAT!