"So?"
Kening Halilintar terjongket tinggi sambil mulut sibuk mengunyah sotong bakar. Solar menjeling Halilintar sekilas.
"Apa?" soalan berbalas soalan. Halilintar berdecit, kesat.
"Sampai bila kau nak tumpang kat rumah keluarga aku ni? Rumah keluarga kau kan ada?" selamba sahaja muka Halilintar saat melontarkan pertanyaan tersebut.
Kening Solar bertaut sempurna. Kesal campur geram.
"Suka hati akulah. Yang kau sibuk apasal? Lagipun bukan aku yang nak sangat duduk sebumbung dengan kau, tapi bonda kau tu yang suruh aku tinggal di rumah tu. Katanya bonda Lily kalau aku satu sekolah dengan kau, senang sikit dia nak suruh aku pantau anak manja dia seorang tu."
Mulut Solar termuncung mengarah ke Halilintar yang sudah tercengang mendengar bait-bait kata Solar. Dia terkekek geli hati.
"Kau tak payah nak bodek aku ya? Aku tak manja okey? Kau tu yang manja." mendatar sahaja suara Halilintar. Dia merenung Solar dalam jelingan mautnya.
Bahu Solar terjongket dengan mulut menjuih ke bawah.
"Bukan aku yang kata okey, but your mother!" bidas Solar geram.
Bebola mata Halilintar terguling ke atas, dengan mulut dicebik.
"Whatever. Full stop nonsense. Kita makan dan balik. Aku mengantuk, nak tido. Mata aku ni dah nampak bantal saja." kata putus Halilintar seraya menggigit kaki ayam goreng.
Solar hanya mampu mengelus dada agar dapat bersabar.
"Hali, boleh aku tanya sesuatu?" Solar bertanya dengan nada suara teragak-agak.
Halilintar memberi isyarat melalui mata pada Solar agar lelaki itu melanjutkan apa yang mahu disampaikan.
"Hmm, budak lelaki montel yang ada dengan kau dalam kelas masa balik tadi bf kau ke?"
Halilintar tercekik tulang kaki ayam sebaik sahaja Solar melontarkan pertanyaan tersebut. Dada dipukulnya keras, pedih dan perih rasanya anak tengkuk.
Solar memandang Halilintar panik, dia mengusap belakang tubuh Halilintar sesekali dia menepuk-nepuk belakang tubuh lelaki itu.
"Kau okey tak?" soal Solar risau.
Halilintar berdeham keras, dia meneguk air cincau susu dengan perlahan sekadar untuk menghilangkan rasa perit di kerongkongnya.
"Okey tak ni?"
Kepala Solar dilempang Halilintar perlahan. Solar mengedip-ngedipkan matanya kerana terkejut, kepalanya diusap.
"Asal kau pukul aku hah?" marah Solar bengang, dia menonyoh wajah Halilintar kasar.
"Kaulah bodoh sangat yang pergi tanya soalan tu kenapa? Bengap!" kata Halilintar dengan nada keras. Wajahnya tegang.
Tidak lama, sebuah gelak tercetus dibibir Solar.
"Asal kau gelak? Dah gila agaknya." marah Halilintar. Dia berdecit kesat.
Kata-kata Halilintar tidak dapat menghentikan gelak Solar, melainkan lelaki itu makin meroyan gelakkan Halilintar entah sebab apa hanya dia dan Tuhan sahaja yang tahu.
"Oit!!" jerit Halilintar kesal sejurus itu dia menjirus air cincau miliknya ke muka Solar, sehingga membuatkan gelak Solar mati.
"Boboiboy Halilintar, biadap kau! Argh!"
*****
Tbc...
YOU ARE READING
40 Day's I Love You (HaliGem) [C]√
Fiksi Penggemar"Aku seorang yang gemuk dan hodoh, berlemak pula sana dan sini. Tapi, kenapa dia pilih aku sebagai orang yang istimewa dalam hidup dia?" Warning! Yaoi! Don't like, don't read! Start : 3/12/2019 End : 9/1/2020 Status : [Complete!] P/S : DON'T PLAGIAT!