Solar dan Halilintar bertatap mata dengan aura yang kurang mengenakkan. Thorn dan Blaze yang menjadi penonton setia mereka, hanya mengunyah popcorn sambil melihat drama pagi dua sepupu itu.
"Oit! Sampai bila kau orang nak lawan mata ni? Jenuh pula aku tengok perangai korang dua ni, cepatlah makan oit! Kejap lagi dah nak masuk kelas, nak berlapar ke?"
Teguran daripada Blaze membuatkan Solar dan Halilintar buang muka dengan decitan kasar.
"Asallah aku boleh termasuk sekolah ni? Hadap muka kau hari-hari, kat rumah pun muka kau juga. Tak ada muka lain ke? Pencemaran alam pemandangan mata betul." getus Solar dengan muka selambanya. Sengaja mahu menyakiti hati orang di hadapannya itu.
Rahang Halilintar mengeras, tatkala mendengarkan kata-kata Solar tersebut. Mahu sahaja dia mencekik lelaki itu.
"Tsk! Habistu kenapa kau masuk juga ke sekolah ni, kalau tau aku sekolah kat sini?"
Halilintar membidas kata-kata Solar kasar. Matanya mengecil memandang wajah sepupunya dengan perasaan sebal.
Solar tersenyum sinis. Dia memeluk tubuh, dia pandang Halilintar dengan tatapan mata meremehkan.
"Saja. Sebab kalau kat rumah aku tak boleh selalu buli kau, kalau kat sekolah hari-hari boleh buli kau. Dalam satu hari aku mesti kena tengok muka kau yang tengah bengang, sebab kalau aku tak tengok hidup aku ni tak ada makna."
Halilintar memandang wajah Solar datar, alasan macam apa itu? Macam budak-budak sahaja. Tak ada makna kalau tidak melihat wajah kesal dia? Melampau betul!
"Kau memang.."
Kata-kata Halilintar dipintas Thorn dan Blaze.
"Sudah! Korang ni, daripada tadi lagi gaduh. Waktu rehat dah nak habis okey? Sudahlah, daripada tengok korang gaduh lebih baik aku bla masuk kelas dulu. Bye!"
Selepas itu Thorn dan Blaze terus melesap pergi meninggalkan duo sepupu itu yang tercengang seketika.
"Tsk! Abaikan mamat alien dua tu. Sekarang aku nak makan, tak ada mood nak gaduh dengan kau pendek." kata Halilintar dengan nada kesal.
Wajah Solar berubah kesal yang amat ketara apabila mendengar ayat terakhir Halilintar tersebut. Pendek katanya? Tidak ada adab betul!
"Biadap betul kau punya mulut wahai pikachu durjana, aku tak pendek okey? Aku cuma kurang tinggi ajelah, sistem tubuh aku tak bertumbuh dengan baik lah. Jangan nak hina." marah Solar.
Halilintar hanya menjongketkan bahunya acuh.
"Karut! Kesimpulan sains mana kau ambil tu? Tak ada dalam sains okey."
"Kesimpulan dari Boboiboy Solar, memang lah tak ada dalam sains. Kau cari pun tak akan jumpa. Bengap." kata Solar seolah meremehkan Halilintar.
Helaan nafas terlepas dari mulut Halilintar, mencuba untuk bertenang dan bersabar daripada menumbuk sepupunya yang kurang kalsium itu.
"Sudahlah kau, malas mahu layan. Aku bla, budak pendek." kata Halilintar datar, lantas dia beredar dari kantin sekolah meninggalkan Solar yang sudah bengang apabila mendengar panggilan Halilintar terhadap dirinya.
"Budak pendek? Dasar pikachu tiang elektrik. Siaplah kau nanti pikachu." bisik Solar dengan senyuman senget.
•••••
Loceng berbunyi, menandakan berakhirnya waktu persekolahan. Semua pelajar mula bersorak kerana waktu pulang sudah pun tiba, mereka sibuk mengemas peralatan belajar dengan semangatnya.
Gempa yang sudah selesai mengemas peralatan belajarnya mula berdiri, dia mengalas beg jenama adidasnya ke tubuh. Gempa mengerling ke arah Halilintar yang masih duduk di kerusi belajarnya sambil mengemas barang keperluannya dengan gerakan malas.
"Halilintar." panggil Gempa lembut. Satu tepukan kecil hinggap di bahu Halilintar.
Halilintar mendongakkan kepala memandang Gempa dengan wajah masam.
"Apa? Kalau kau nak balik pergilah, jangan nak tunggu aku. Sibuk aje." kata Halilintar datar dan dingin.
Gempa meneguk air liur, wajah Halilintar kian masam mencuka. Sepertinya lelaki itu tidak dalam keadaan baik, baik dia ambil langkah terlebih dahulu sebelum dia diamuk Halilintar kerana sudah mengganggunya.
"B..baiklah. Saya balik dulu, bye. Jumpa esok, Halilintar." kata Gempa gugup lantas dia berbalik dan berjalan dengan langkah terkedek-kedek keluar dari kelas.
Halilintar hanya mengerling kepergian Gempa dengan hujung mata.
"Boboiboy Pikachu Halilintar Durjana!"
Helaan nafas panjang terhembus dari mulut Halilintar apabila mendengar suara yang kedengaran menjengkelkan menerpa masuk ke gegendang telinganya. Telinganya seperti mahu keluar asap sahaja apabila mendengar panggilan amat manja daripada orang tersebut.
"Boboiboy Pendek Solar kurang kalsium! Biadap kau." bentak Halilintar sambil melempar pemadam pikachunya pada Solar yang sudah terkekek gelakkan dirinya. Solar sempat mengelat daripada terkena pemadam yang Halilintar lemparkan padanya.
"Kau tu, double triple biadapnya. Jom balik! Lambat betul lah kau ni, macam pompuan hamil duluan. Halilintar hamil duluan, kerana berdua.."
"Kau merepek apa pendek? Sejak kau masuk sekolah ni dan kawan dengan alien tu perangai kau macam hanat aje. Blah kau!"
Halilintar mengalas beg, lalu beredar keluar kelas meninggalkan Solar yang sedang menyumpahinya.
"Oit pikachu durjana, tunggu aku!" jerit Solar sambil mengejar langkah Halilintar yang laju itu.
"Wei, sebelum balik kita singgah makan nak? Aku laparlah, tadi makan sikit aje. Boleh eh?"
Halilintar mengerling Solar dengan hujung mata.
"Malas." balas Halilintar acuh. Mulut Solar termuncung sedepa.
"Ala! Aku belanja kau nak?" pancing Solar, cuba nasib mana tahu umpannya dimakan Halilintar.
"Okey."
Solar menggulingkan bebola matanya ke atas. Sebut pasal mahu belanja, baru setuju. Bedebah betul pikachu ni!
******
Tbc.Maaf hambar.. 😣
YOU ARE READING
40 Day's I Love You (HaliGem) [C]√
Fanfiction"Aku seorang yang gemuk dan hodoh, berlemak pula sana dan sini. Tapi, kenapa dia pilih aku sebagai orang yang istimewa dalam hidup dia?" Warning! Yaoi! Don't like, don't read! Start : 3/12/2019 End : 9/1/2020 Status : [Complete!] P/S : DON'T PLAGIAT!