"Puas hati kau gemuk?! Suka yang aku akan keluar dari sekolah ni?"
Gempa mengertap bibirnya, bila dibentak oleh Yaya.
"Yaya, aku.."
"Shut up your fucking mouth!"
Gempa memejam kelopak matanya rapat bila Yaya seakan mahu menamparnya, namun dia tidak merasakan apa-apa yang terjadi.
Gempa kembali mencelikkan kelopak matanya dan apa yang dia lihat adalah Halilintar berdiri dihadapannya sambil memegang pergelangan tangan Yaya yang mahu menamparnya.
"Don't touch my boy, bitch." kata Halilintar dengan suara yang rendah dan tegas. Wajahnya bengis, menatap Yaya tajam.
"Sakitlah, lepaskan tangan aku." rintih Yaya seraya mencuba meleraikan genggaman tangan Halilintar pada tangannya.
"Sakit? Kau buat orang boleh pula, sampai tak fikir apakah perbuatan kau tu tak sakitkan mereka? Nak buat sesuatu perkara tu fikirkan dulu, bukannya main terjah ikut suka kau aje! Blah sekarang!"
Halilintar semakin mengeratkan genggamannya pada tangan Yaya, buatkan perempuan itu merintih sakit.
"Sakit.. Aku..aku minta maaf, aku tak akan kacau dia lagi."
Gempa yang melihat itu berasa kasihan, dia menarik hujung baju Halilintar sambil mengusap belakang tubuh lelaki itu agar dapat menenangkan Halilintar yang sedang dipalu emosi marah.
"Linlin, lepaskan lah Yaya. Gemgem okey, dia.."
"Diam!"
Automatik mulut Gempa terkatup rapat bila mendengar suara bengis Halilintar, dia mengenggam hujung baju Halilintar dengan mulut monyok ke bawah.
Halilintar melepaskan tangan Yaya dengan kasar, anak mata merahnya merenung tajam pada perempuan itu.
"Pergi dan jangan pernah munculkan diri kau di hadapan kami! Bla!"
"Ba..baik." Yaya mengerling Gempa sekilas sebelum berlalu pergi dari situ dengan perasaan dendam.
Halilintar hela nafas, dia berbalik mengadap ke arah Gempa. Dia meraih tangan Gempa yang masih memegang hujung bajunya, tangan lelaki tembam itu dia genggam lembut.
"Linlin dah tenang, dah tak marah-marah?"
Kening Halilintar terangkat sebelah.
"Apa kau panggil aku tadi? Linlin?" Halilintar tidak menjawab pertanyaan Gempa malah dia melontarkan pertanyaan.
Kepala Gempa terlentok dengan senyuman manis yang terkesan polosnya.
"Ah Linlin tu nama manja yang Gemgem buat untuk Halilintar, Linlin suka tak?" kata Gempa polos.
Halilintar berdeham, "Panggilan macam apa tu? Hodoh betul."
Gempa buat muka. "Heleh, Linlin ni tsundere betullah. Cakap ajelah yang Linlin suka. Ke Linlin nak Gemgem panggil baby Linlin?"
Wajah Halilintar berona merah.
"Ba..baby? Kau jangan nak baby kan aku lah, tampo kang?"
Halilintar mengajukan penamparnya pada Gempa dengan wajah garang.
Gempa mencebikkan bibirnya, "Ha tamparlah. Tak takut pun."
Gempa menghalakan pipinya pada Halilintar.
"Tamparlah, kenapa diam?"
Sudut bibir Halilintar terangkat, dia mencium pipi Gempa sekilas disertai gigitan halus.
"Auch! Sakitlah, kenapa Linlin gigit pipi Gemgem. Ingat pipi Gemgem kuih pau ke!" marah Gempa sambil mengusap pipinya kasar. Dia pandang Halilintar tajam dengan pipi dikembungkan kesal.
"Tadikan kau suruh aku tampar so aku dah tampar kan? Guna bibir seksi aku ni so, please jangan buat muka macam tu lagi."
Wajah Gempa makin cemberut, mulutnya termuncung sedepa.
Halilintar yang tidak tahan melihat aksi comel Gempa, mula mencium bibir Gempa yang memuncung seperti itik itu bertalu-talu.
"Please stop it, sebelum aku makan kau." bisik Halilintar dengan kening dijongket tinggi, dia tersenyum nakal.
"Ha makanlah! Ingat muat ke? Mulut dia kecil aje, ada hati nak makan kita-auch!"
Gempa merintih sakit bila pipinya digigit Halilintar bahkan pipi tembamnya dikemam oleh bibir Halilintar.
"Apa Linlin buat ni, jangan makan pipi Gemgem lah. Nanti kalau Gemgem tak ada pipi, Linlin kena tanggung jawab."
Halilintar melepaskan pipi Gempa yang dia kemam seketika tadi, dia tergelak tatkala mendengar ucapan polos Gempa tersebut.
"Gem, kau buat aku makin nak makan kau sekarang juga."
Halilintar merenung wajah Gempa dalam-dalam. Dia menjilat bibir bawahnya, dia dengan sengaja membuka mulutnya seolah ingin memakan Gempa.
"Huargh Linlin dah jadi monster!!"
Gempa terus mengambil langkah seribu, melarikan diri daripada di makan oleh Halilintar.
Halilintar sudah tergelak terbahak-bahak, bila teringat wajah Gempa yang ketakutan itu.
"Hei emuk! Jangan lari nanti bergegar bangunan sekolah ni, siapa susah nanti kalau sekolah ni roboh!"
"Tak guna baby Linlin!! Gemgem nanak kawan dengan Linlin!"
"A..apa?! Woii jangan babykan akulah! Sini kau emuk, aku makan kau!"
"Huwa jangan!"
Gempa semakin melajukan lariannya bila Halilintar sudah buka langkah untuk mengejarnya. Laju mana pun dia lari, tetap terasa lambat sebab dia lari sudah seperti penguin dengan tubuh montelnya.
"Ha dapat pun kau emuk!"
Halilintar memeluk tubuh Gempa yang montel itu, Gempa memberontak.
"Lepaskan Gemgem!"
"Tak nak, tak nak."
Pelukan Halilintar pada Gempa makin dieratkan.
"Best betul peluk kau, empuk aje macam bantal peluk aku kat rumah aje."
Wajah Gempa memerah, "Ishhh! Lepaslah nanti orang nampak."
"Yelah! Nanti kita sambung balik karang ya? Aku tak akan lepaskan kau."
Tbc...
Huhuhuhu.. Ada orang tunggu citer ni lgi ke? Sya rasa jalan citer dia makin bosan aje? Hmmm..
YOU ARE READING
40 Day's I Love You (HaliGem) [C]√
Fanfic"Aku seorang yang gemuk dan hodoh, berlemak pula sana dan sini. Tapi, kenapa dia pilih aku sebagai orang yang istimewa dalam hidup dia?" Warning! Yaoi! Don't like, don't read! Start : 3/12/2019 End : 9/1/2020 Status : [Complete!] P/S : DON'T PLAGIAT!