Part 6

1.1K 108 29
                                    

Gempa tersenyum lebar, melihat deretan gerai yang di buka oleh pelajar dan cikgu dari Smk Pulau Rintis. Bahkan orang luar juga, turut membuka gerai di dalam sekolahnya.

Pada pagi itu, ramai orang luar mendatangi festival di Smk Pulau Rintis. Memang mendapat sambutan yang agak meriah pada tahun ini.

"Hali, lepas kita karok nanti. Nak tak kita try semua yang ada kat festival ni? Aku nak try naik kuda lah, hmm super duper pun ada. Nak try tak Hali? Kalau jawapan kau tak nak, aku akan paksa juga kau."

Gempa menoleh ke belakang, dia mendapati Blaze dan Halilintar yang berdiri tidak jauh daripadanya. Dia tersenyum kecil melihat wajah Halilintar yang kelat itu, kerana di paksa oleh Blaze.

"Kau tak payah nak gediklah! Tak payah pasang muka gedik kau tu, fine aku teman kau. Loya betul aku tengok kau ni." bidas Halilintar mendatar bila melihat Blaze yang membuat muka comel.

Blaze mencebikkan bibirnya. Disaat dia mahu membidas kata-kata Halilintar, terbantut seketika apabila suara daripada pengacara pada hari itu memanggil peserta-peserta yang hendak berkaraoke sebentar lagi.

"Hali, diorang dah panggil tu untuk yang nak karok. Jom!" Blaze menarik lengan Halilintar lalu menuju ke belakang pentas.

Mereka berdua menoleh ke arah Gempa yang turut berada di situ.

"Kau ambil bahagian juga ke Gempa?" soal Blaze ramah. Gempa menganggukkan kepala dengan senyuman manis.

"Ya."

Halilintar hanya memandang mereka berdua, malas untuk menyela masuk dalam perbualan kosong mereka itu.

"Ha! Datang pun korang, ingatkan tak datang dah. Kejap lagi MC akan sebut nama korang semua dan korang di minta ke atas pentas okey?"

"Okey cikgu!" jawab semua pelajar yang mengambil bahagian untuk berkaraoke.

"Bagus. Get ready okay? Fighting guys!" kata cikgu Hakim dengan senyuman diberikan kepada anak muridnya, lantas dia berlalu ke depan pentas.

"Wahh! Wahh! Guys, tengok ni siapa yang ada kat sini. Gemuk kitalah!" kata salah seorang pelajar perempuan yang berada di situ. Dia dan rakan-rakannya memandang Gempa jengkel.

"Dia buat apa kat sini? Nak try uji bakat ke? Entah-entah suara pun macam katak puru." mereka semua menghamburkan gelak.

Gempa diam sambil memandang kasutnya apabila dirinya dijadikan mangsa gelak dan hinaan. Di mana sahaja, mesti cemuhan begitu yang dia dapat.

Halilintar dan Blaze merengus halus, kurang suka dengan sikap biadap mereka yang suka merendahkan orang lain.

"Korang ni memang kurang ajarlah. Jangan nak hina dia lah, dia pun manusia yang ada perasaan macam kita juga. Kau orang memang tak ada hati perut eh? Duk cemuh orang sesuka hati tu dah kenapa? Kau ingat hina orang ni dapat pahala ke? Dapat dosa free adalah."

Gelak mereka dan hinaan yang mereka lontarkan pada Gempa mula reda, apabila Blaze buka kaunter ceramah.

"Kalau kau orang yang duduk kat tempat dia, apa yang kau orang rasa? Mesti rasa terhina dan sakit hati bila kena cemuh kan?"

Blaze berjeda, semua orang yang berada di situ, mula memandang ke arah Blaze.

Gempa tahan dirinya daripada menangis apabila ada orang yang mahu membelanya.

"Baik kau orang tengok diri tu sendiri dulu, perfect ke tidak, jangan nak hina orang lah kalau diri sendiri tu tak cukup perfect. Kau ingat manusia ni ada yang perfect everything ke? Helo sikit eh, semua ada kekurangan masing-masing."

40 Day's I Love You (HaliGem) [C]√Where stories live. Discover now